Akhirnya Kita Bertemu..
Filem Dukun tular di laman sosial sejak minggu lepas. Filem yang telah siap pada tahun 2006 dan setelah 12 tahun berlalu, filem ini telah ditayangkan sejak 5 April 2018.
Dikatakan filem ini tidak mendapat kebenaran untuk ditayangkan dahulu kerana filem ini diklasifikasikan sebagai terlalu sensitif, kerana ianya sangat dekat dengan kisah kehidupan sebenar Mona Fandey yang berlaku sekitar awal tahun 2000.
Dan akhirnya berjaya ditayangkan. Adakah isu “terlalu sensitif” itu tiba-tiba hilang begitu saja?
SINOPSIS
Diilhamkan daripada kes berprofil tinggi pada awal tahun 2000, Dukun menceritakan mengenai seorang peguam, Karim (Faizal Hussin) yang mencari anaknya yang hilang, Nadia (Elyana). Dalam pencarian itu, Karim meminta bantuan bantuan pihak polis dan pihak polis juga memintanya untuk menerima kes Diana Dahlan (Umie Aida),
Diana Dahlan dibicarakan atas tuduhan membunuh Dato’ Jefri. Diana telah mengaku dan ada kaitan antara Diana dan anak Karim, Nadia yang menghilangkan diri.
Pelbagai kisah misteri terjadi sehingga menjawab persoalan mengenai kematian Dato’ Jefri dan kehilangan Nadia.
Dapatkah Nadia ditemui? Apakah hukuman yang dijatuhkan terhadap Diana?
REVIEW
Secara jujurnya, filem ini agak bosan bagi aku. Serius, aku terpaksa menahan mata daripada tertidur di dalam wayang. Aku yang ajak suami pergi tengok filem ni, tak nak lah aku pula yang tertidur. Mahu kena marah nanti. Haha.
Indah Khabar Dari Rupa
Mungkin inilah yang aku dapat simpulkan daripada filem ini. Dukun is okay, yes okay, cuma jangan meletakkan harapan terlalu tinggi. Nanti takut korang kecewa. Mungkin kerana filem ini menjadi viral di laman sosial, jadi aku meletakkan harapan tinggi untuk filem ini. Dan akhirnya, hmm agak kecewa.
Sebenarnya, aku suka tengok cerita penyiasatan. Tapi entah kenapa, tidak untuk filem ini. Hmm.
Kisah Sebenar Mona Fandey + Fiksyen + Ilmu Hitam
Kisah Mona Fandey yang dinyatakan dalam filem ini adalah benar. Dia merupakan pengamal ilmu hitam dan membunuh seorang yang berpengaruh. Korang boleh rujuk pada Wikipedia Mona Fandey. Fiksyen adalah mengenai kemunculan Karim dan anaknya serta pengakhiran filem ini.
Aku rasa fiksyen lah bab Karim dan anaknya. Hihi.
Lakonan Terbaik
Walaupun aku agak kecewa dengan filem ni, tapi tak dinafikan, lakonan semua pelakon terbaik terutama Umie Aida yang memegang watak Diana. Serius wei, menakutkan tengok lakonan Umie Aida. Ada juga sesetengah adegan yang membuatkan mata aku tertutup. Hihi.
Elyana juga bijak melakonkan watak yang diberi. Nampak Elyana muda dalam filem ini. Dah namanya filem ini 12 tahun lepas kan. Lakonan Elyana menjadi. Pandai dia berlakon.
Semua pelakon best sebenarnya!! 👍
Lagu Berhantu
Haaa. Lagu berhantu yang dimaksudkan bukanlah lagu tu berhantu. Haha. Ada satu lagu yang dinyanyikan oleh Diana dalam filem ini yang melodinya bakal membuatkan korang terngiang-ngiang selalu.
Ada aku baca review orang mengatakan lagu itu seperti menyerupai lagu dalam filem Pengabdi Setan (aku tak tengok filem Pengabdi Setan jadi tak tahu lagu yang dimaksudkan). Cuma perlu diingatkan bahawa filem Dukun telah menjalani pengambaran 12 tahun lepas.
Kesimpulannya, walaupun filem ini bagi aku, indah khabar dari rupa, tapi sebenarnya
filem ini wajar dipuji berdasarkan faktor-faktor lain seperti lakonan
hebat para pelakon.
Korang boleh tonton filem Dukun dan nyatakan pendapat korang mengenai filem ini. Peringatan bahawa ini adalah review peribadi aku saja tau. Mungkin pendapat korang berlainan. Contohnya, suami aku cakap filem ini okay. Cerita Mona Fandey yang perlu diketahui oleh semua orang di Malaysia 👀
Rating: ★★★
Selamat menonton, rakyat Malaysia!! ^_^