Peminat buku Fixi daripada Nadia Khan bertajuk Gantung dan Gantung 2, pastinya teruja dan tidak sabar untuk menonton siri drama adaptasi daripada buku tersebut.
Begitu juga dengan aku. Aku suka akan penulisan Nadia Khan yang berterus-terang dan keluar daripada isu cliche. Disebabkan itu, aku telah membaca semua buku hasil penulisan Nadia Khan di bawah terbitan Fixi.
Buku Fixi bertajuk Gantung telah diadaptasi kepada drama bersiri yang mengabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia. Nadia Khan turut memainkan peranan dalam pemilihan pelakon dan penulisan skrip dalam drama bersiri Gantung.
Pengambaran drama bersiri ini dilakukan di salah sebuah International School di Malaysia. Tak tahu pulak sekolah mana. Padanlah sebab dalam novel pun, mereka semua datangnya dari sekolah elit.
Gantung The Series telah mula ditayangkan di Indonesia pada akhir tahun 2017 dan telah tamat tayangan di Indonesia.
Tapi, permasalahannya sekarang, masih belum ada tarikh rasmi untuk tayangan Gantung The Series di Malaysia.
Aku tak tahu nak tunggu sampai bila. Nadia Khan juga tiada komen mengenai tarikh drama ni bakal ditayangkan di Malaysia. Hanya diserahkan pada yang pakar.
Disebabkan aku tidak sabar untuk menonton drama ini, aku tengok juga secara haram di media sosial. Dah ada beberapa akaun Facebook yang berkongsi full episode of Gantung The Series.
Tak nak support secara haram tapi terpaksa sebab lambat sangat nak tunggu. Haha. Terpaksa okay. Tolong jangan salahkan kami peminat Gantung di Malaysia kerana menonton secara haram 😅
![]() |
Credit here |
Drama ni telah membawa aku kepada pengenalan pelakon lelaki bernama Ikmal Amry (pelakon yang memakai kemeja kotak-kotak dalam gambar di atas) yang memegang watak Ray 💕 Baru tahu dia ni wujud dan terus follow Twitter. Haha.
Sejak baca novel dah crush on Ray sebab dia orang yang tenang je. Cool tak berapa layan benda bodoh yang The Musketeers buat. Satu lagi, Ray ni orang seni. Orang seni kan katanya mudah memahami dan nampak cool 😬
Disebabkan drama Gantung, aku bersungguh marathon all 16 episod semalam. Babak ada roh seram pun aku tengok jugak. Takde pejam mata langsung! Kenapa entah tiba-tiba berani? Haha.
![]() |
Credit here |
Ini adalah adegan terakhir dalam drama bersiri Gantung. Bertepatan dengan tajuk Gantung, ending drama pun nampak orang tengah gantungkan diri.
Sebenarnya dalam novel, ending bagi Gantung bukan begini. Mungkin itu akan disambung dalam Gantung The Series Season 2. Harap sangat ada Season 2 🙏🏻
Pendek kata, drama Gantung best!! Walau ada yang diubah sedikit mungkin untuk kesesuaian penonton, tapi tetap best! Aku suka semua pelakon, jalan cerita, eh semualah! Paling suka mestilah Ray. Ulang lagi sekali. Haha 💕
Kepada peminat Gantung The Series mesti dah tengok drama ni kan? Terpaksalah kita sama-sama tengok secara haram 😉
Nanti aku akan ulang lagi tengok jika disiarkan di Malaysia. Don’t worry. Sebab kita kena tengok secara halal barulah akan ada Gantung The Series Season 2.
Korang dah baca buku Gantung dan Gantung 2? Kepada yang sudah menonton drama ini tapi tak baca buku lagi, lebih baik pergi cari buku Gantung dan Gantung 2 agar tidak tinggal tanda tanya 😬