Kembali kepada siri Latest Korean Drama I Have Watched =)Β
Kali ni aku nak berkongsi empat drama Korea yang aku sudah tonton. Untuk membuatkan entri ini ringkas, aku hanya sertakan apa yang aku suka dan tidak suka dalam setiap drama Korea ini βΊ
THE K2
Inilah drama yang paling lama aku ambil masa untuk habis tengok. Berhenti di episod 12 dan berterusan tengok sikit-sikit sampai habis.
LIKE
Ji Chang Wook. Haha. Sebab utama aku menonton drama ni. Dari sini aku mengenali Ji Chang Wook dan terus tengok drama Healer yang dia lakonkan sebelum ini. Dan serius, aku lagi suka JCW dalam Healer.
Cloud 9. Dalam drama ni ada satu tempat khas bernama Cloud 9. Aku suka akan konsep Cloud 9. Hebat sungguh dengan teknologi yang ada walaupun tak tahu teknologi itu sungguh ada ataupun rekaan dalam drama ni saja.
Episod akhir yang superb! Akhirnya semua persoalan terjawab. Orang yang disangka jahat rupanya terpaksa jadi begitu kerana ayahnya.
Aku menangis dalam adegan Choi dan ayah Anna yang mati bersama disebabkan bom dalam Cloud 9. Tak sangka ayah Anna menyayangi Choi. Haih, asyik gaduh je. Bila nak mati, baru nak confess perasaan, show your love.
Hargai orang yang sentiasa menyayangi dan tidak pernah tinggalkan kita walau apa yang terjadi.
Ending yang comel. JCW handsome sangat dalam babak akhir. Hehe.
Majoriti drama ini adalah kisah politik dan perebutan kuasa. Kenakan satu sama lain. Mana yang bijak akan berjaya. Bosan dengan kisah politik sebenarnya. Tapi masih tengok kan? Hehe.
Chemistry JCW dan Yoona. Aku tak dapat rasa chemistry antara mereka berdua. Pertama kali tengok Yoona berlakon dan aku rasa dia okay je berlakon, cuma entahlah, tak suka sangat apabila mereka digandingkan bersama.
WOMAN WITH A SUITCASE
LIKE
Kisah peguam dan penyiasatan. Aku suka genre drama / filem begitu. Aku berterusan tengok drama ni sebab nak tahu jalan penyelesaian untuk kes yang diberi. Watak utama akan memastikan pengadilan setimpal dikenakan tanpa mengira status.
Aku minat Choi Ji Woo sejak Winter Sonata. Rasanya dia nampak muda sentiasa. Lakonan masih sama dan bagi aku, dia sangat padan membawa watak sebagai seorang peguam.
Choi Ji Woo akhirnya berjaya menjadi seorang peguam yang berjaya dan dikenali. Dia sangat mementingkan keadilan dan akan berusaha untuk bagi keadilan tersebut kepada client dia. Sangat bermotivasi.
DISLIKE
Hero utama tak kacak! Haha. Pada mulanya, aku malas juga nak tengok drama ni. Tapi disebabkan Choi Ji Woo dan jalan cerita kegemaran, aku teruskan juga tonton walaupun hero tak kacak. Hihi. Tapi sebenarnya, memang hero tak kacak pun. Lama-lama rasanya okay je dia. Padan dia dan Choi Ji Woo. Both dalam umur 30an-40an gitu.
Ending biasa je. Tiada tunjuk kisah antara Choi Ji Woo dan hero lelaki. Mungkin mereka bersama tapi kenapa tak tunjuk babak mereka berdua?
Keterujaan menonton drama ni sebab ada sedikit babak di Malaysia. Dan serius, babak di Malaysia menunjukkan yang Malaysia (Putrajaya) cantik sangat β€
LIKE
Buat pertama kali, aku setuju kalau Choi Soo Ah dan Seo Do Woo bercerai dengan pasangan masing-masing dan bersama. Aku tak suka tengok cerita kisah kecurangan pasangan tapi drama ini exceptional bagi aku. Aku suka walaupun tema cerita sebegitu.
Aku sangat kasihan pada Choi Soo Ah. Ada suami yang sangat mementingkan diri sendiri. Mujur ada Seo Do Woo di sisi. Seo Do Woo juga ada isteri yang suka ikut kepala dia je. Agak kasar bahasa aku rasanya? Haha.
Disebabkan pasangan mereka yang annoying itu, aku sangat mahukan Choi Soo Ah dan Seo Do Woo bersama.
Suka dengan ending drama ni. Akhirnya mereka berpisah dengan pasangan masing-masing tapi mereka tidak terus bersama. Masing-masing membawa diri dan buat apa yang dorang nak buat. Muhasabah diri lah tu agaknya :p Seo Do Woo setia menanti sehingga Choi Soo Ah kembali dan ingin teruskan hidup bersamanya.
Bercucuran air mata aku tengok babak terakhir drama ni. Simple je babak di airport. Aku gembira sangat sebab Choi Soo Ah akhirnya bertemu kebahagiaan dengan seorang lelaki yang sangat mencintai dan menghargai dirinya.
Pertama kali aku menangis menonton drama Korea bukan kerana sedih, tapi sebab aku gembira =D
DISLIKE
Aku tak suka dengan watak suami kepada Choi Soo Ah dan isteri kepada Seo Do Woo. Annoying sangat dorang tu! Sangat! Rasa nak hempuk kepala dorang kat dinding biar sedar cepat sikit. Melampau lagi nampaknya ayat aku. Haha.
Drama ini sangat slow. Dah kata melodrama kan. Serius slowwwwww ~ Untuk mereka yang tak suka akan cerita yang slow, mungkin tidak akan berterusan menonton drama ini.
MOON LOVERS: SCARLET HEART RYEO
Aku jatuh cinta dengan OST Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo lebih daripada aku suka dramanya. Aku baru tengok drama ini di ONE HD minggu lepas. Disiarkan 20 episod pada hari Sabtu dan Ahad. Jenuhlah marathon tengok.
Aku nak tengok drama ni hanya kerana aku dah suka OSTnya dan dalam masa yang sama, aku nak tengok drama yang hangat diperkatakan. Ramai aku dengar suka drama ni daripada yang tak suka.
Aku? Bagi aku drama ni biasa je. Aku tidak terlalu suka. Tengok hingga episod akhir sebab nak tahu ending dan nak tahu bagaimana Hae Soo kembali ke zaman sekarang.
LIKE
Semua pelakon comel dan cantik termasuk manusia jahat dalam drama ni. Termasuk juga maharani. Eh semualah =D
Pakaian cantik. Aku suka tengok drama zaman dahulukala sebab suka tengok pakaian mereka. Semua cantik!!! Nak juga cuba sarung pakaian sebegitu di badan sendiri. Nak kena pergi Korea ke? Hihi.
Tempat pengambaran cantik. Aku suka istana lama mereka. Aku suka akan peninggalan sejarah dan rasa kagum dengan orang Korea yang masih menjaga asal usul mereka dengan baik. Semua tempat dalam istana cantik =)
Paling suka pasangan Hae Soo dan Wang So. Mereka sangat padan bersama. Bagai pinang dibelah dua. Hihi. Adegan romantik yang comel je =)
Kelakar dan comel. Aku paling suka watak Wang Eun. Selalu dikenakan dan pasti terkena. Hihi.
OST drama Korea yang best!! Semua lagu best termasuk lagu apabila orang mati dalam drama. Haha. Aku beli 11 lagu OST drama ni. Lagu paling aku suka adalah Say Yes, For You, dan I Love You, I Remember You β€
Suka dengan semua babak antara Hae Soo dan Wang So. Aku sukakan lelaki seperti Wang So. Jatuh cinta dan go for it! Yeayyy!
DISLIKE
Pada mulanya drama ini menarik dengan kisah persaudaraan semua putera dan Hae Soo. Lama kelamaan drama ni dipenuhi dengan kisah tragik dan perebutan takhta sehingga sanggup bunuh saudara sendiri, dan perebutan cinta antara Hae Soo, Wang So, dan Wang Wook.
Ending. Punyalah tak best ending gitu. Haih. Rasa penat tengok 20 episod dengan ending sebegitu π Sedih tapi kenapa aku tak nangis?
Dah habis review drama Korea. Empat sekaligus. Dan pendek je entri kali ni tanpa sinopsis dan cerita lebih mendalam. Malas nanye. Haha.
Ada yang tengok drama Korea di atas? Apa pendapat korang, suka atau tidak?