Dua hari terakhir sebelum berakhir tahun 2016 dan datangnya tahun 2017. Aku berkeinginan nak buat 2016 wrap up tapi sayangnya tidak berkesempatan. Tiada masa nak belek phone (untuk pilih gambar) dan diari untuk tengok kembali apa yang telah dilakukan dalam tahun ini. Sesungguhnya, kemalasan mengupdate blog juga sedang melanda diri 🙁
Namun begitu, aku akan teruskan dengan entri Month Wrap Up. Another series on my blog 😊
KERJA
Kehidupan kerja seperti biasa. Cuma cuma cuma, hehe, yang buat aku gembira sangat adalah Sheima akan kembali bekerja semula pada 9 Januari 2017. Minggu terakhir tanpa Sheima akhirnya tiba. Yeayy! Kepada rakan blogger yang baru follow, Sheima adalah manager aku yang on maternity leave selama tiga bulan sejak Oktober 2016. Ada aku cerita dalam entri >> October 2016 Wrap Up. Tanpa Sheima, kami sesak nafas. Kami serabut dan segalanya. Sheima is a good manager and understand us very well. We are happy you’re coming back to us. Miss you! 😊
NOVEL
Aku baca tiga buah buku dalam bulan ini. Bulan lepas hanya mampu baca satu buku saja. Ada peningkatan nampaknya. Bulan ini semangat membaca buku kembali dalam diri. Hihi.
1. Update Iman Laju-Laju by Ahmad Damha
Aku akan review setiap buku pada tahun depan. Plan nak buat review sebelum 2017 tapi tidak sempat. Nak buat review buku pun mengambil masa yang lama tau. Hihi.
KOREAN DRAMA
Currently watching adalah Goblin, Legend of the Blue Sea (LOTBS), Hwarang, dan 7 First Kisses.
GOBLIN. Love love love this drama! Love the lead actors, Gong Yoo dan Lee Dong Wook. Bromance! Kelakar jugak! Hihi. Aku suka juga pada pelakon wanita dalam drama ni. Semua watak sesuai dengan karakter masing-masing. OST Goblin pun best! Aku beli semua lagu OST Goblin. Setakat sekarang, ada 6 lagu ❤️
LOTBS. Lee Min Ho oppa dan Jun Ji Hyun sebagai pelakon utama sangatlah serasi dan comel! Sejuk hati tengok Lee Min Ho. Haha. Dan kelakar dan eee comelnya kau ni bila tengok aksi comel Jun Ji Hyun. Walaupun jalan cerita mengisahkan percintaan antara mermaid dan manusia yang tak pernah terjadi, aku layankan je sebab pelakon best! OST paling aku suka dalam drama ni bertajuk Shy Boy by Ha Hyeon Woo dan Hidden Story by 2nd Moon.
HWARANG. Setakat hari ni, baru ada 4 episod. Jalan cerita untuk tiga episod pertama agak slow sebab baru nak perkenalkan apa dan siapakah Hwarang. Episod 4 dah nampak agak menarik jalan cerita dan aku harap berterusan menarik sehingga ke akhirnya. Dalam drama ni, penuh juga dengan pelakon lelaki yang agak comel cuma karakter dan penampilan mereka tidaklah tampan seperti dalam Scarlet Heart Ryeo.
7 FIRST KISSES. Agak menyampah tengok web drama ni tapi aku teruskan juga sebab pelakon lelaki yang handsome! Sekarang dah habis 7 episod dan wanita itu tiada kiss dengan mana-mana lelaki pun. Adakah Lee Min Ho lelaki bertuah itu? Nantikan episod seterusnya, episod akhir mungkin. Masalahnya, Lee Min Ho sebagai lelaki bertuah atau pelakon wanita itu yang bertuah? Selepas 7 lelaki handsome tak berjaya, akhirnya dapat Lee Min Ho oppa yang sentiasa menjadi no 1 dalam hati aku. How dare you? Haha. ❤
FOOD
Ohh I love food! Susah betul nak buang tabiat suka makan. Camne nak diet camni? Konon nak kuruskan badan next year? Hmm 😜
Salah satu makanan yang aku suka adalah pencuci mulut. Dan untuk bulan ni, aku ada makan dua jenis pencuci mulut iaitu:
KUIH KERIA GULA MELAKA ABANG GEMOK
Sekarang sedang viral kuih keria gula melaka. Ramai pula yang bagi resepi kuih keria. Yang jual pun apa kurangnya. Aku pernah makan Kuih Keria Haji Jalil Limbongan di Melaka dan aku tak berapa suka kuih keria itu. Lain orang lain citarasa kan.
Jumpa pula Kuih Keria Gula Melaka Abang Gemok Sentul yang diperkenalkan oleh Halimi, rakan sekerja aku. Aku suka kuih keria ni! Serius sedap! Memenuhi citarasa aku. Disebabkan itu, aku repeat order. Hihi.
Kalau korang teringin nak order, boleh direct whatsapp no 0108167756. Boleh tanya secara detail dengan mereka. Aku tak tahu jarak untuk delivery. Rasanya sekitar Selangor dan KL saja.
HOKKAIDO BAKED CHEESE TART
Sedap!!!!! Tengok tanda seru, sikit punya panjang kan? Maknanya serius sedap lah tu. Hihi. Ada dua flavor iaitu cheese tart dan chocolate tart. Aku lebih suka chocolate tart. Mungkin cheese tart dah terlalu biasa. Suka akan kelainan dalam chocolate tart.
Hokkaido Baked Cheese Tart ⇉ aku beli di Subang Parade.
Itu saja cerita dalam December Wrap Up. Tak banyak yang berlaku pun. Perkara biasa saja. Hii.
Aku akhiri entri ini dengan gambar random snap seperti biasa 😊
![]() |
Belanja SELFIE satu. Hihi. Sempena entri blog terakhir untuk tahun 2016 🙂 |
Dear followers and readers,
Terima kasih atas ukhuwah dan persahabatan yang terjalin antara kita semua. Terima kasih kerana sudi singgah, follow, dan komen di blog ini. Aku sangat menghargainya. Semoga kita bertemu lagi dalam tahun 2017 pula.
Teruskan blogging. Hidup blogger untuk semua! (-‿◦)
Take care, stay safe, and happy holiday, all ☺️
SELAMAT TAHUN BARU 2017!!