Hello 2018!!
Entri blog pertama dalam tahun 2018 dan menaip entri ini dengan menggunakan keyboard baru. Hihi. Encik suami dah upgrade PC dan aku boleh tumpang guna sehingga aku beli laptop (tak tahu bila 😅, impian itu masih ada).
Seperti biasa, menjelang tahun baru, pastinya kita semua akan recall kembali kehidupan yang telah dilalui sepanjang satu tahun yang lepas. Aku juga tidak terkecuali daripada melakukan perkara itu.
Aku sangat berterima kasih kepada rakan blogger yang memberi inspirasi untuk menulis entri Month Wrap Up. Sesungguhnya entri itu sangat membantu ketika aku recall kembali segala memori tahun lepas.
Aku tidak update entri Month Wrap Up untuk bulan November dan Disember 2017. Bila dah melangkah tahun 2018, rasanya entri untuk wrap up dua bulan terakhir tahun 2017 bakal terkubur begitu saja. Kira halal lah ye. Hihi.
Apa terjadi dalam tahun 2017 dalam hidup Siqah Hussin?
1. Kesihatan Mama tidak begitu baik. Sekejap sihat, sekejap boleh melakukan aktiviti. Mama boleh lemah tiba-tiba. Ayah dah bawa Mama berubat di banyak tempat tapi keadaan Mama masih sama. Rawatan di hospital juga sudah dibuat dan kesihatan Mama okay menurut laporan doktor. Sehingga sekarang, masih mencari punca.
Harap tahun ini kesihatan Mama bertambah baik. Nanti dah sihat, bolehlah kami bawa jalan-jalan. InshaAllah.
2. Bercuti bersama keluarga mertua di Perak. Memori tercipta walaupun aku dan suami hanya meluangkan masa selama 2 hari 1 malam saja di sana. Terpaksa pulang awal sebab suami kerja di hari minggu. So sad 😑 Tapi okaylah daripada tiada langsung. Bersyukur apa adanya 🙂
3. Dapat duit raya daripada anak saudara. Erysya, anak saudara aku yang kedua bagi aku duit raya weii tahun ni!! Seronok gila Mak Lang dapat duit raya. Duit belanja sekolah yang dikumpul oleh Erysya untuk dijadikan duit raya. Erysya bagi duit raya kat semua kecuali Haikal (abang dia). HAHA.
Gasaklah Haikal. Selalu sangat menyakat adik dia, dah tak dapat duit raya. HAHA.
4. Phone masuk air di Sunway Lagoon in May 2017. Dalam kegembiraan di Sunway Lagoon, ternyata ada juga kisah sedih terjadi. Sedih tak terkira melihat phone yang telah dimasuki air dan tak boleh ON. Kesilapan diri sendiri.
5. Terpaksa beli iPhone 7 Plus. iPhone user dan semestinya beli iPhone sebagai penganti phone. Sedih duit keluar T_T Walaupun dapat phone baru, masih rasa terkilan sebab terpaksa beli phone di saat aku tidak terfikir langsung untuk beli phone. Di saat sejumlah wang itu tidak patut dihabiskan untuk phone T_T
iPhone 6 Plus yang rosak itu menjadi barang prop paling mahal dalam gambar flatlays aku 😆
6. Alhamdullilah. Aku dapat satu anugerah di syarikat iaitu Value Champ Award for Trustworthy. Agaknya aku seorang yang dipercayai dalam menyimpan rahsia. Eh? HAHA. Terima kasih untuk ITT team terutama manager yang nominates aku. Thank you 🙂
7. Work on weekend at least once a month. Keadaan kerja sudah berubah. Selain HK, SG dan Taiwan, aku juga support payments untuk negara UAE. Makanya, at least once a month, aku kena kerja untuk UAE dari jam 2 petang – 11 malam. Tuntutan kerja yang harus dipenuhi demi mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah.
8. Company event in Pulau Tioman. Jadi volunteer di Pulau Tioman, paling tepat, di Kg Tekek Pulau Tioman. Pertama kali join aktiviti volunteer di sana dan rasanya cukuplah sekali saja aku pergi. At least, ada juga pengalaman. Bagi peluang pada orang lain pula jika masih ada dianjurkan tahun ini.
9. Tahun 2017 menjadikan perkahwinan kami menganjak ke angka tiga tahun. Alhamdullilah dikurniakan suami yang baik hati walaupun kadangkala annoying melampau. HAHA.
Semoga kehidupan kita kekal bahagia dan dilimpahkan rezeki daripada Allah. Semoga suami terbuka hati untuk membawa isteri bercuti di Korea atau New Zealand. HAHA. 😝
Semoga suami tidak mengunci isteri di luar rumah lagi pada tahun ini. HAHA. Boleh baca kisah lanjut dalam entri A True Story – I’ve Been Locked Out of House by My Husband.
10. First Blog Giveaway. Aku telah menganjurkan giveaway pertama blog ini pada bulan Oktober 2017. Terima kasih kepada semua blogger yang meluangkan masa untuk menyertai blog giveaway aku. InshaAllah, aku akan anjurkan lagi giveaway pada tahun ini 😊 Mungkin satu atau dua giveaway. Please join nanti okay. Pesan siap-siap. Hihi.
11. Hadiah daripada rakan blogger. Aku kembali aktif blogging tahun ini dan berkenalan dengan ramai blogger yang baik hati. Terima kasih Hanis, Kak Shikin, Kak LZ, Cik La dan Mek Ayunie yang memberi aku hadiah tahun lepas. Seronok tau dapat hadiah tidak disangka daripada rakan blogger.
12. Followers dan Pageviews. Alhamdullilah. Setelah setahun kembali aktif, followers dan pageviews blog ini semakin bertambah. 408 followers dan pageviews melebihi setengah juta. Terima kasih semua yang singgah, baca, dan tinggalkan komen. Aku sangat menghargainya. Jangan serik datang blog ini ye 😀
13. Blog Template. Rasanya lebih daripada tiga kali aku tukar blog template tahun lepas. Belum dikira lagi dengan tukar home page, blog header, watermark dan signature. Suka betul tukar segala macam di blog. Ada je yang tak puas hati dan tidak kena di mata.
14. 2017 Goodreads Reading Challenge telah berjaya dilengkapkan dengan sempurna. Chewaahhh! Aku telah baca 79 buku dalam tahun 2017. Lebih 39 buku daripada yang aku set dalam cabaran ini.
15. E-books. Baru mengenali erti E-Books. Terima kasih Fatina yang memberi tunjuk ajar dalam mencari E-Books. Sejak itu, aku gigih mencari E-Books yang aku nak. Bila jumpa satu E-Books yang aku suka, kepuasannya melampau tau. Boleh lompat kijang. Hehe.
Nak juga jadikan ini salah satu topik dalam 2017 Wrap Up. Hihi. Tak dinafikan, sedikit sebanyak, kita pasti akan rasa gembira jika hasil kerja kita dihargai oleh orang lain. Dihargai dengan cara our posts will be highlighted by someone. Mesti happy kan?
Begitu juga dengan aku. Gembira dan dalam masa yang sama, perasaan malu itu ada sebab sedar diri ini yang serba kekurangan. Buang jauh-jauh perasaan itu. Yakin dengan diri sendiri. Bagaimana nak yakin? Pakai Dnars lah. HAHA. Mengarut dah nie :p
16. Entri mengenai satu-satunya larian yang aku sertai dalam tahun 2017 iaitu Standard Chartered KL Marathon 2017 telah featured di laman Facebook Jom Kita Lari. Banyak kisah mereka yang berlari di dalam laman Facebook ini yang boleh memberi semangat untuk kita juga aktif melarikan diri. Berlari, bukan melarikan diri. Lain maksud tu :p
17. Cik Sara Aisha berkongsi review novel di Instagram beliau yang diambil daripada blog aku dalam entri Review Novel | Salju Kyoto by Sara Aisha. Rasa gembira dan lega juga sebenarnya. Hehe. Lega sebab penulis setuju dengan review yang aku tulis.
18. Featured di Instagram The Duck Group. Ini lagilah buat aku terkejut dan malu. Malu sebab flatlay aku yang sangat biasa itu dipilih untuk difeatured. Flatlays orang lain semua gempak weii. Malu dan rasa nak hands down terus bila tengok flatlays orang lain yang cantik T_T
Dahlah gambar flatlay ni diambil dalam keadaan main-main. Yang main-main itu biasanya menjadi pilihan. Yang bersungguh beriya ambil gambar, takde pulak terpilih ek 😅
Tapi apa pun, terima kasih @theduckgroup for the featured. Rezeki di hujung tahun ler ni. HAHA.
Aku dah beli LipstickWitU Bubbly Carol yang dimaksudkan itu 💄💋
19. Tahun 2017 adalah tahun di mana aku banyak menghabiskan masa di rumah. Tak banyak berjalan. Travel yang aku maksudkan bukan ke luar negara tau, hanya di dalam negara saja. Asal tidur hotel maksudnya travel okay. Hihi.
Hanya empat destinasi aku berjalan dalam tahun 2017. Alhamdullilah. Merasa juga melihat tempat orang.
- Pulau Redang (bersama geng makan)
- Pulau Tioman (company event)
- Perak (bersama keluarga mertua)
- Penang (bersama suami)
*******
*******
Alhamdullilah untuk tahun 2017. Kenangan indah semestinya diingati agar diri sentiasa bersyukur dan kenangan tidak indah perlu juga diingati supaya ianya dapat dijadikan pengajaran dalam menempuhi hari-hari mendatang.
“Memories are the key not to the past, but to the future”
Thank you for reading, all ~ 🙂