![]() |
Flatlay yang diambil semasa bermalam di Cyberjaya |
Aku lebih berminat dengan produk penjagaan kulit berbanding barang mekap. Tapi tidaklah sampai tahap tiada langsung barang mekap. Eyeshadow, blusher, eyeliner, mascara itu ada semuanya cuma tak guna sangat.
Satu-satunya barang mekap yang aku akan sentiasa pakai tanpa gagal adalah lipstick. Aku tak akan meninggalkan rumah tanpa secalit lipstick di bibir. Benda lain tak pakai takpe.
Kadang-kadang, aku boleh je keluar tanpa pakai foundation dan compact powder, tapi lipstick tetap pakai. Macam pelik kan? Hihi.
Lipstick sangat penting bagi aku. Untuk orang yang tak suka mekap, ada lipstick saja sudah memadai. Compact powder mestilah ada kan. Dan untuk penambah seri di muka, kadang-kadang aku pakai blusher.
Kadang-kadang atau jarang-jarang? Senang kata, ikut kerajinan 😁
Dalam entri ini, aku nak berkongsi mengenai review tiga jenama lipstick yang aku gemari sekarang. Hanya ada tiga jenama ini saja dalam beg mekap yang tak tahu bila nak penuh tu 😀
LIPSTICKWITU LIPSTICK BY THE DUCKGROUP
![]() |
LipStickWitU Lipstick. Atas: Bubbly Carol Bawah: Pinky Phoebe |
Semasa dUCk baru keluarkan produk mekap mereka, aku tidaklah berminat sangat untuk beli. Ada pergi ke dUCk Cosmetics untuk melihat sendiri barang mekap yang dikeluarkan, tapi hanya pergi tengok je.
Ada aku ceritakan mengenai sedikit review mengenai dUCk Cosmetics dalam ENTRI INI.
Entah kenapa tiba-tiba aku nak beli LipStickWitU Lipstick in Pinky Phoebe. Memang suka dengan warna lipstick ini sejak pergi dUCk Cosmetics.
![]() |
LipstickWitU Lipstick in Pinky Phoebe |
Review aku mengenai LipstickWitU. Perlu diingatkan ini bukan review berbayar tau. Hanya review peribadi dan jujur daripada aku.
Katanya this one is matte tapi aku rasa macam lipstick satin biasa. Aku suka lipstick ni sebab ia tak keringkan bibir. Bila pakai, rasa lembap je. Sesuai untuk mereka yang bibir kering macam aku.
Paling best bila aku tidak perlu apply lip balm sebelum pakai LipStickWitU Lipstick ini. Boleh terus pakai je lipstick ni dan bibir tak nampak merekah. I love it!
Lagi satu, aku suka packaging part magnetic. Rasa macam unik sebab tak pernah lagi jumpa lipstick ada part magnetic. Atau aku yang tak tahu? Maklumlah, takde kaji sangat pasal jenama produk lipstick yang lain.
Minus point pula bila LipStickWitU Lipstik ini tidak long lasting. Biasalah point yang ni kan. Jadi, kena rajinlah reapply.
Senang je nak remove LipStickWitU. Bila makan pun dah boleh hilang, eh minum air pun boleh hilang jugak. Lap guna tisu pun boleh. No need makeup remover or wet tissue.
![]() |
LipStickWitU Lipstick in Pinky Phoebe |
![]() |
LipStickWitU Lipstick in Bubbly Carol |
Sekarang, aku ada dua warna untuk LipStickWitU Lipstick. Pinky Pheobe warnanya pink (mestilah!), dan Bubbly Carol untuk nude color.
IN2IT LIQUID MATTE LIPSTICK
![]() |
||||||||||
IN2IT Liquid Matte Lipstick Atas: VM 03 Ravish Tengah: VM 05 Rogue Bawah: VM 04 Regal |
In2It adalah produk bibir yang aku guna pada mulanya sebelum bertemu dengan jenama produk bibir yang lain. Ada aku baca mengenai review In2It liquid matte lipstick di beberapa blog dan menyebabkan aku ingin mencubanya.
Dah cuba, dan mestilah aku suka! Sebab tu, beli sampai tiga warna. Hihi.
Warna cantik dan texture pun okay. Minus point yang ada cuma aku mesti kena pakai lipstick ini selepas pakai lip balm. Kalau tak, bibir aku akan jadi kering dan lipstick jadi tak sekata.
SILKY GIRL MATTE JUNKIE LIP CREAM
![]() |
Silky Girl Matte Junkie Lip Cream Atas: 04 Vintage Tengah: 01 Retro Bawah: 07 Dolly |
Ini produk kedua yang aku cuba selepas In2It. Aku mulanya tak berminat nak pakai Silky Girl sebab aku allergic dengan lipstick Silky Girl. Bila pakai je, esok pagi mesti bibir aku jadi bengkak. Tak tahulah apa sebabnya.
Setakat sekarang, aku tak boleh pakai Lipstick Silky Girl dan Mac. Tapi tu lah, dalam setiap produk itu mempunyai pelbagai jenis lipstick kan. Tak sure jenis yang mana satu yang aku tak boleh pakai for Mac. Teringin nak beli lipstick Mac sebenarnya.
Warna pertama yang aku cuba untuk Matte Junkie Lip Cream ini adalah warna 07 Dolly. Warna macam oren sikit. Aku pun tak tahu apa yang merasuk aku beli warna camni. Tak pernah pakai pun.
Kalau dari segi pemilihan warna lipstick, aku lebih kepada suka warna yang selamat seperti pink dan nude color.
Plus point untuk Silky Girl Matte Junkie Lip Cream adalah tidak perlu pakai lip balm sebelum pakai lip cream ni. Point ini paling aku suka. Sebab aku tak suka pakai lip balm sebenarnya. Malas. Haha.
Walaupun tak pakai lip balm, lip cream ini mampu memberikan pemakaian yang sekata dan bibir aku tidak nampak kering.
Dan.. Boleh pula aku pakai Silky Girl ini. Ingatkan allergic dengan semua produk lipstick Silky Girl. Mujur ambil keputusan untuk cuba. Tak menyesal. Hihi.
![]() |
|
Flatlay sama cuma background je berbeza. Gambar first guna marble paper, gambar ni guna karpet 😀 |
Kesimpulannya,
Untuk produk drugstore, aku lebih memilih Silky Girl Matte Junkie Lip Cream berbanding In2It Liquid Matte Lipstick. Sebabnya sudah dinyatakan di atas iaitu tidak perlu pakai lip balm.
Untuk LipStickWitU Lipstick by The DuckGroup pula. aku suka dengan produk ini dan harganya RM70 untuk satu lipstick. Tak tahulah kalau bagi korang, harga RM70 untuk local brand agak mahal.
Cuma untuk aku, harga RM70 berpatutan untuk lipstick sebegini. Cuma yela, tambah sikit duit dan boleh beli lipstick jenama antarabangsa terkenal yang lain.
Apa salahnya, support local brand 😉 Give them some time to improve their product. Improve tang mana pun aku tak tahu. Sebab aku rasa okay je dah. Hihi.
Aku cakap begini bukan sebab aku suka dUCk tau. Memang aku suka dUCkscarves (#duckrehab failed!). Tapi untuk produk dUCk yang lain, kalau suka beli, kalau tak suka, takpe.
Aku tidaklah pro-dUCk sangat. Ada juga barang dUCk yang aku tak minat seperti The Butterfly dUCk dan Cotton Towel. Bagi aku, tak worth it dengan harga.
Apa ke dah bebel pasal duckscarves pulak? Haha. Mungkin ini tanda nak buat entri mengenai dUCkscarves pulak? 😆
So,
What are your favourite lip products?
Please share with me. Nanti boleh aku cuba try test beli. Aku suka cuba produk baru terutama daripada drugstore. Hihi.
Thank you for reading and have a lovely day, all <3