Happy New Year 2017! Lima hari berlalu dalam tahun 2017 dan baru hari ni aku nak up satu entri. Sesungguhnya kehidupan sekarang yang agak sibuk membuatkan aku sukar nak siapkan entri.
Bukan setakat itu, BW pun tak sempat 😔 Nanti ada masa aku akan BW korang semua ye.
Entri pertama tahun 2017, aku nak bercerita mengenai 2017 Resolutions. Kira azam baru lah ni. Hihi. Tahun baru akan disambut bersama azam baru. Pasti ada target untuk dicapai dalam setiap tahun. Apa pun, kita hanya merancang, Allah tentukan segalanya.
Azam baru adalah salah satu perkara yang aku akan fikirkan setiap kali datang tahun baru. Suka berazam. Harap boleh tertunai dengan jayanya azam tahun ini. Hihi.
SAVING MONEY
Perkara paling penting untuk dibuat pada tahun ni. Setiap tahun aku lebih mengharapkan duit simpanan dalam bentuk duit kutu saja. Ada menyimpan tapi hanya sedikit. Tak semangat lah kira. Atau kalau simpan pun, pasti akan digunakan sebelum waktu tabung itu ‘masak’.
Dalam tahun ni, aku nak menyimpan dengan bersungguh dan tidak guna duit itu selagi belum tiba masanya. Cara aku menyimpan masih sama. Menabung RM5 dan duit syiling. Ada aku pernah ceritakan dalam >> Tabung Hijau.
LOOSE WEIGHT
Berat badan aku naik sebanyak 8 KG selepas kahwin. Banyak weiii! Tahun ni aku nak kurus! Pleaseeeeeee! Kalau boleh sebelum raya. Nak tempah baju raya tahun ni pun tak semangat sebab gemuk 😢
HEALTHY LIFESTYLE
Kalau nak kurus, semestinya kena buat perkara ini. Healthy lifestyle merangkumi pemakanan dan senaman. Healthy food and regular exercise.
Less sugar intake. Less caffeine intake. Moge vege and tenusu intake. Drink green tea regularly.
Senang tulis tapi ini adalah azam yang paling susah nak dilakukan. Aku adalah pencinta makanan dan tak suka badan berpeluh. Huhu. Bayangkan betapa susahnya nak buat dua perkara ini dengan sifat aku yang itu. Tapi tahun ni pasti kena buat jugak! 💪
![]() |
Rindu nak buat aksi lompat. Sekarang tak boleh lompat sebab dah berat + orang kata wanita tak elok lompat selalu, nanti sistem peranakan jatuh T_T |
MEDICAL AND DENTAL CHECK UP + MAMMOGRAM
Aku tak ingat kali terakhir aku buat medical dan dental check up. Mungkin lebih daripada lima tahun. Aku tak nak bertangguh lagi untuk buat check up. Ayah pernah suruh pergi buat medical check up tapi aku yang malas buat. Huhu.
Suami aku buat medical check up setiap tahun memandangkan dia adalah seorang tentera. Aku pula kena ada initiatif sendiri untuk buat medical check up.
Selain itu, aku nak juga buat ujian Mammogram. Kanser payudara adalah kanser nombor satu dalam kalangan wanita dan pencegahan awal sangat penting. Aku tak boleh tangguhkan juga ujian Mammogram. Dari setahun ke setahun nak buat, tapi masih tak jadi apa.
Nak kena kaji bagaimana prosedur untuk buat medical check up dan Mammogram. Ada sesiapa yang ada pengalaman?
HAVE MY OWN LAPTOP
Aku nak ada laptop sendiri tahun ni. My wishlist adalah Macbook tapi mahal weiii! Jadi, tak kisah apa jenis laptop asalkan ada satu laptop kepunyaan aku sendiri 😊🙏
HIKING
Teringin sangat nak hiking! Tempat pertama yang aku nak hiking adalah Bukit Broga. Orang kata Bukit Broga adalah satu tempat hiking yang paling senang dan sesuai untuk beginner macam aku. Dan nama beginner, jadi tak nak susah sangat halangan tu. Hihi.
COMPLETE MY READING CHALLENGE
I have challenged myself to read 25 books in 2017. Tahun lepas aku cabar diri untuk baca 15 buku dan aku berjaya baca 24 buku. Jadi tahun ni, aku up sikit jumlah buku. Harap tak lama ada reading slump sindrom 😅
Nak habiskan baca 9 buku yang aku ada cerita dalam >> Books I Want to Read in 2017.
RUN! RUN!
Pertama kali melibatkan diri dalam larian tahun lepas. Dan tahun ni, aku berniat untuk join larian lagi. Standard Chartered KL Marathon 2017 is a must! Jom korang, kita lari sama-sama. Kita jumpa di finish line 😊
Ini saja azam tahun baru aku yang boleh dikongsikan di sini. Ada lagi azam yang lain cuma biarlah rahsia dan menjadi ingatan untuk diri aku saja.
Aku ada baca ramai rakan blogger yang dah buat entri mengenai 2017 Resolutions. Masing-masing ada impian dan target masing-masing. Seronok baca. Aku harap kita sama-sama berusaha untuk mencapai semua azam kita semua dalam tahun ini. Insyallah 😃
Apa yang paling korang nak capai dalam tahun 2017? Azam 2016 ada yang dibawa ke tahun 2017 ke? ^_^