Salam Jumaat. Review buku pertama dalam tahun 2017 π Ini adalah buku kedua yang aku baca daripada pengarang yang sama, Ahmad Damha. Buku pertama bertajuk Masuk Syurga Laju-Laju.
Aku suka dengan buku pertama beliau dan disebabkan itu aku terus beli buku kedua beliau setelah ternampak di kedai buku. Sebenarnya tak tahu pun Ahmad Damha ada keluarkan buku baru.
Title: Update Iman Laju-laju
Author: Ahmad Damha
Pages: 124
Publisher: Must Read Sdn. Bhd.
Publication Date: 2016 (1st edition)
Aku suka pada buku kedua ini sama seperti buku pertama. Ahmad Damha masih menerapkan kisah yang dekat dengan masyarakat dan orang kita.
Ada juga kisah penceritaan beliau yang harus kena setepek kat muka. Haha. “Aku ada buat benda ni.” “Eh, yang ni pun ada jugak.” π
Aku baca buku ini dalam masa sehari saja. Isi kandungan yang ringkas dan padat.
Di sini, aku kongsikan sedikit ayat-ayat atau kisah dalam buku ini. Moga sama-sama kita semua dapat input daripada buku ini.
![]() |
Kadang-kadang lupa tutup mulut masa menguap. Hodoh sungguh rasa. |
![]() |
Aku tengok jugak iklan sekarang π |
![]() |
Jenis jamak ini selalu dibuat ketika kerja π #kenaubah |
![]() |
Tempek kena kat muka! De-bush!Β |
![]() |
Kisah perumpamaan yang menusuk kalbu |
![]() |
Amalkan WWE setiap malam |
Aku hanya berkongsi 11 pages daripada total 124 pages. Banyak lagi kisah dan ayat-ayat menarik yang menyedarkan kita dalam buku ini. Recommended book to all. Boleh beli di kedai buku (MPH dan Popular) berhampiran.
Selamat membaca semua ^_^
Mudah-mudahan kita berada dalam kalangan hamba Allah yang cintakan ilmu-Nya, pada masa yang sama tidak rasa diri dah cukup mulia.