Suri Ryana adalah salah seorang penulis tempatan yang aku suka. Dari novel M.A.I.D hingga ke novel terbaru bertajuk Klik! Pengantin Musim Salju. Ini adalah novel ketiga daripada Suri Ryana yang aku baca selepas M.A.I.D dan Kimchi Untuk Awak.
Aku hanya menonton drama Isteri Separuh Masa. Pada mulanya aku nak baca novel Playboy Itu Suami Aku tapi disebabkan aku tak suka pelakon drama ini jadi terus tak jadi baca. Malas eh.
Aku ingatkan novel ini banyak berkisar tentang Korea memandangkan Suri Ryana kini tinggal di Korea tetapi rupanya Suri Ryana membawa kita ke Jepun. Suri Ryana selalu berjalan tau. Korang boleh follow instagram beliau. Semua gambar cantik dan orangnya pun cantik 💟
Dah sampai ke Instagram pulak. Menyimpang dah aku ni. Hihi.
Pasti. Entri ini panjang. Semoga korang berjaya baca sampai akhir 😄
Title: Klik! Pengantin Musim Salju
Author: Suri Ryana
Pages: 750
Publisher: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Publication Date: 1 May 2016
SYNOPSIS
Kaseh Lateefa atau Kay adalah seorang gadis lembut yang bertukar menjadi kasar kerana kisah silam yang hampir musnahkan hidupnya pada 10 tahun lepas. Adam Putra mahukan Kay berlakon sebagai isterinya dan pergi ke Jepun untuk bertemu nenek Adam yang baru menjalani pembedahan jantung. Adam Putra juga adalah lelaki yang menyelamatkan Kay dalam kejadian 10 tahun lepas.
Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi manisnya cinta yang terbina dalam hati mereka berdua. Masalah yang dihadapi dengan wujudnya orang luar yang cuba memusnahkan perkahwinan mereka iaitu Hud Mikael (sepupu Adam yang juga cintakan Kay) dan Karlisha (si bimbo dan bekas tunang Adam yang membatalkan perkahwinan mereka di saat akhir).
REVIEW
Aku suka novel ni dan mengambil masa selama 8 hari untuk habiskan pembacaan. Suka dengan jalan cerita yang menarik walaupun cliche (yes) sehingga aku boleh membacanya dengan bersungguh satu hari. Dari 180 pages hingga 500 pages.
Kisah cliche iaitu percintaan antara dua insan (Kay dan Adam) yang tidak suka sesama sendiri dan berakhir dengan perkahwinan, tapi aku tetap suka pada jalan penceritaan yang diolah oleh Suri Ryana,
Novel ini santai dan tak banyak konflik. Konflik melibatkan Hud Mikael dan Karlisha saja. Aku juga suka bila Kay tak merajuk lama. Tiada membawa diri hingga ke luar negara. Hanya ke kampung halaman saja. Hihi.
Suka Kay apabila dia tahu dia salah dan rasa malu nak berterus-terang akan kesalahan dia. Suka Adam apabila dia begitu cepat mengejar Kay dan seorang lelaki yang sangat mengambil berat, romantik, dan cool 😍
Aku tidak suka Kay yang bersungguh untuk menjadi seorang wanita yang kuat sehingga bertukar terus dari segi penampilan diri. Itu membuatkan orang lain salah sangka dan mengundang fitnah sehingga menganggap dia minat kaum sejenis. Nak jadi kuat dan boleh berlawan itu bagus. Tapi tak payah sampai tukar penampilan terus macam lelaki. Setelah bertemu Adam, Kay insaf dan membetulkan salah dirinya. Dia adalah punca kepada fitnah yang ada. Sedar pun.
Kali ni, Suri Ryana membawa aku terbang ke Jepun. Ada juga sedikit info mengenai Jepun diselitkan dalam novel ini. Aku baca novel sambil mengembara. Hihi.
Budaya, Bahasa, dan Tempat Menarik di Jepun:
1. Genkan dan Getabako
![]() |
Genkan dan Getabako. Credit photo here. |
Genkan adalah ruangan kecil yang terletak di bahagian hadapan sesebuah rumah. Pantang larang dalam ruangan ini adalah mesti berkasut dalam ruangan ini. Tidak boleh berkaki ayam atau stokin saja. Avoid stepping genkan in socks or with bare feet to avoid bringing dirt into the house.
Getabako adalah almari kiri dalam gambar di atas. Almari ini menyimpan selipar yang boleh digunakan dalam rumah. Tanggal kasut, letakkan selipar di atas lantai papan, sarungkan. Dan you’re good to go.
2. Yuki-onna
![]() |
Yuki-onna. Credit photo here. |
Yuki-onna adalah roh wanita salju yang terbunuh ketika salji turun. Dia akan muncul pada waktu malam yang bersalji. Tubuhnya tinggi lampai, rambut panjang berwarna hitam dengan bibir yang pucat kebiruan. Kulitnya pula sangat putih dan pucat macam mayat! Kadangkala dia muncul dengan kimono putih di badan. Kata orang, Yuki-onna suka sesatkan orang sehingga terjebak dalam ribut salji.
Kelakar part Adam menceritakan kisah Yuki-onna kepada Kay. Kay yang ala-ala gadis brutal dan tidak pernah takut katanya, jadi seram bila dengar kisah Yuki-onna. Haha. Konon berani sangat 😝
3. Otaru Snow Light Path Festival
Pertama kali aku dengar festival ini. Festival ini diadakan setiap tahun pada musim dingin di bulan Februari di Otaru, a small harbor city in Hokkaido dan berlangsung selama sepuluh hari. Terus aku google sebab nak tahu macam mana keadaan festival ini. Dalam novel digambarkan sebagai tempat yang cantik.
Memang cantik!!!
![]() |
Credit photo here. |
![]() |
Credit photo here. |
![]() |
Otaru Canal. Credit photo here. |
![]() |
Kamakura. Japanese igloo. Credit photo here. |
Di sini, Adam dan Kay baru nak bermula detik-detik percintaan. Main baling bola salji yang dikepal. Alooo so sweet ~ 😍 My wishlist tu. Haha. Kay ada buat Yukidaruma (snowman) yang diberi nama Adam Putra. Hahaha.
4. Ikebana
Perkataan Ikebana berasal daripada perkataan ikeru dan hana. Ikeru ertinya tetap hidup dan hana ertinya bunga.
Ikebana adalah seni gubahan bunga yang simple dan unik di Jepun. Bilangan bunga tak banyak, hanya beberapa tangkai saja, dan tidak padat. Siap ada daun, rumput, ranting, batu, cengkerang siput dan air.
![]() |
Ikebana. Credit photo here. |
5. Sapporo
Tempat di Jepun yang selalu ada heavy snowfall. Tempat yang sangat cantik ketika musim salji. Beberapa babak dalam novel ini adalah berkaitan dengan tempat indah salji di Sapporo. Indah sangat 💓
Rasa nak pergi ke Jepun masa musim salji. Mesti ke Sapporo. Tempat wajib pergi jika ke Jepun ketika musim salji.
![]() |
Credit photo here. |
![]() |
Credit photo here. |
![]() |
Credit photo here. |
Kata-kata indah dalam novel ini:
You must make a choice to take a chance or your life will never change. – Adam Putra
You can close your eyes for something you don’t want to see. But you can’t close your heart for something you don’t want to feel. – Adam Putra
Letting go of your painful past is how you open yourself to a wonderful future. – Adam Putra
Well, they say Mr. Right won’t distract you from Allah. If he distances you from Allah, then he is Mr. Wrong! In this case, he is my Mr. Right. – Kay
Sometimes in life, you have to make a choice. And you can’t always have what you want. – Kay
Kita maafkan seseorang bukan untuk sesiapa, tetapi untuk ketenangan hati kita dan untuk kebahagiaan masa depan kita. Semua yang berlaku terselit hikmah yang besar. Itu yang pasti. – Kay
Memaafkan memang tak akan mengubah masa lalu tetapi dengan memaafkan aku yakin dapat mempermudahkan masa depan, Insyallah. – Kay
Bila kita cintakan seseorang, kita sepatutnya menjaga hatinya dari terluka, bukan menjadi penyebab luka itu. – Adam Putra
Somewhere, someone is surely made for you and Allah decided a perfect time to make you meet that person. Until then, doa. – Kay
Bersedia untuk muntah hijau. Haha
You give me every butterfly when you look at me with those eyes you know. – Adam Putra
Do you know how hard it was for me to face you sebelum kahwin? You made my knees go all weak everytime I see you. – Adam Putra
I love my eyes when you look into them. I love my name when you say it. I love my heart when you touch it and I love my life when you’re in it. – Adam Putra
You have no idea how fast my heart races when you look at me with those eyes. – Adam Putra
Dah muntah hijau ke? Haha. Romantik sangat Adam! Memenuhi ciri-ciri lelaki impian. Lelaki sebegini yang dianggap perfect dalam novel tapi susah jumpa di alam realiti. Baca novel boleh, percaya jangan. Haha.
Pendek kata, ini adalah novel yang ringan, menarik, manis, dan indah dengan cerita yang ringan. Aku menantikan novel terbaru daripada Suri Ryana kerana dia adalah salah seorang pengarang yang aku tidak perlu baca sinopsis atau review terlebih dahulu sebelum beli. One of my favourite author 😃
p/s: Aliff Satar dan Siti Nordiana bakal bergabung kembali dalam drama adaptasi Klik! Pengantin Musim Salju di Astro Ria. Sebenarnya aku tak membayangkan mereka berdua ketika baca novel ini. Tapi why not, cuba lihat sendiri drama ini nanti. Mungkin ada juga keserasian dan sesuai mereka berdua dengan watak Adam dan Kay. We will see ^_^