Salam semua ~ Selamat berpuasa dalam bulan Ramadhan. Lambat aku wish kan. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan memperbaiki puasa kita dalam tahun ini supaya menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyallah.
Ini adalah entri pertama blog ini dalam bulan Ramadhan. Hari ini 1 Jun 2017. Mungkin dalam bulan ini, aku akan kurangkan sedikit aktiviti blogging. Sebenarnya mood blogging semakin merundum ni haa. Tapi aku cuba juga up entri agar blog ini tidak bersawang. Malas eh nak bersihkan sawang kat blog π
Seperti aku katakan sebelum ini juga, at least up new blog post once in a week π
Aku mulakan entri bulan ini dengan kisah utama dalam bulan May iaitu Standard Chartered KL Marathon 2017 (SCKLM2017) yang berlaku pada 21 May 2017. Boleh dikatakan SCKLM2017 adalah aktiviti tahunan aku. Terpaksa sebab dah kata kerja di Standard Chartered Bank. Terpaksa tau. Hihi.
Kisah larian tahun lepas, korang boleh baca dalam entri ini >> First Time Marathon in Standard Chartered KL Marathon 2016.
Tahun ni SCKLM2017 semakin meriah sebab ramai rakan sekerja dan seorang rakan Uni yang join sekali. Lagi seronok berlari bila ada geng walaupun tidak lari bersama-sama. Yela, lain orang lain ketahanan mental dan fizikal kan. Hii.
Pada hari kejadian, kami (aku, Tasha, dan Hanis) berjanji bertemu di LRT Asia Jaya seawal jam 5.30 pagi. Lebih baik awal sebab nanti confirm LRT penuh sesak dan itulah yang terjadi sebenarnya. Berhimpit dalam LRT sehingga ke Masjid Jamek.
Sesudah tiba di Masjid Jamek, disebabkan sudah ada pengalaman, chewahh, kami terus beli sarapan (roti dan milo) di kedai serbaneka di situ. Wajib sarapan dulu sebelum lari. Nanti kang takut pengsan dan tiada tenaga pula di tengah jalan.
Walaupun rasa payah nak habiskan larian 10 KM, tapi tak nak lah aku naik ambulans π΅
![]() |
Aku pilih Leisure. Ikutkan waktu kena habiskan larian 10KM dalam masa dua jam. Tapi takpe, tak kisah pun. Yang penting habiskan larian 10KM =) |
![]() |
START! |
Nervous juga sebenarnya nak lari 10KM. Without proper training. Sebulan lebih aku tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Dengan berat badan yang makin meningkat tahun ini, rasa lagi lemah dan nervous nak berlari.
Alhamdullilah. Semua berjalan dengan lancar. Paling best bila, haha, tahun ni kaki aku tidak cramp! Yeayyy! Boleh berlari sehingga ke garisan penamat. Syukur sangat. Dan lagi seronok juga apabila berlari sejauh 3 KM dalam hujan. Hihi. Kalau ada daun pisang, dah boleh jadi memori daun pisang tengah jalan π
Bila hujan, rasa sejuk je. Cuma risau sebab takut jalan licin. Tapi Alhamdullilah, semuanya baik saja =)
Semestinya sesi bergambar selepas lari. Yeayyyy! Tahun ni, kami tidak bergambar di finish line. Malas nak tunggu orang lain habis lari. Masa ni fikir nak balik je. Lagipun encik suami tak boleh datang pada hari tersebut atas tuntutan kerja. Dah tiada photographer. Tahun lepas, dia yang beriya suruh bergambar di finish line =D
Kalau ada orang nak layan ambil gambar, kami lagi melayan. Haha =D
![]() |
10 KM Finisher =) Alhamdullilah. Medal tahun ni bulat pula bentuknya =D |
![]() |
With ITT team! Congrats all ~ Yeayyy! πͺ |
![]() |
Bersungguh ambil gambar lompat dengan red skirt tutu. Hihi. Dua orang lelaki itu lagi kurus daripada kami T_T |
![]() |
With Fiza, kawan USM. Kami graduasi Sains Senaman dan Sukan di USM Kubang Kerian. Fiza kerja dalam bidang sukan di ISN. Aku je yang dah beralih ke dunia banking. Hihi. |
![]() |
Kisah sebelum lari. Terjumpa pula dengan akak senior di USM. Maaf kak, saya lupa nama akak. Tapi ingat muka akak =) |
Dah habis kongsi gambar, ini pula cerita mengenai prestasi larian aku. Aku rasa happy juga sebab tahun ini aku tamatkan larian 10KM dalam masa kurang daripada dua jam dan kurang 4 minit daripada tahun lepas.
Empat minit yang berharga. Hehe. ππ
![]() |
10 KM in 1 hour 49 min 26 sec. |
Berlainan pula dengan keputusan larian di Nike Run Club App. Beza satu KM weiii! Jauh tu 1 KM. Tak tahulah mana yang tepat. Tak kisahlah kan.
![]() |
11.44 KM in 1 hour 47 min 53 sec |
![]() |
Pencapaian terbaru aku dalam larian ini. Seronoknya ada 5 pencapaian baru. Hihi. Setahun sekali je ada pencapaian baru beb! =P |
![]() |
Suka tengok peta larian! Pusing mengelilingi KL. Baru aku tahu lokasi Quill City Mall. Selama ni dengar je. Hii. |
Alhamdullilah. Larian tahun ini lagi baik daripada tahun lepas. Tahun depan? Tengoklah macam mana nanti. Hihi.
Aku macam tertarik nak join larian di Dataran Batu Buruk Terengganu pada 23 September ini tapi hmm tiada teman. Lagipun jauh pula rasanya nak pergi. Encik suami pula tak tentu kerjanya. Makanya, boleh join larian di sekitar KL saja. Dengan syarat, ada geng! Hihi.
Korang pernah join larian tak? Kalau ada yang berminat nak join Standard Chartered KL Marathon 2018, bolehlah bagitahu. Nanti boleh kita jumpa di sana. Insyallah ^_^Β
Thank you for reading =)