Entri blog kedua dalam tahun 2018 semestinya mengenai azam 2018. Tahun lepas, aku update perkara yang sama dalam entri My 2017 Resolutions tapi untuk tahun ni, aku tak nak guna tajuk yang sama.
Sebab biasanya azam aku untuk tahun baru lasting sehingga 1 Januari saja. HAHA. Kalau guna tajuk 2018 Resolutions rasa seram je. Rasa macam tak jadi walaupun sebenarnya pokok pangkal untuk mencapai azam/target dalam setiap tahun adalah diri sendiri.
Tak kisah kalau berazam macam mana sekalipun, apa saja nama yang diberi untuk azam itu, namun jika tiada disiplin dan istiqamah dalam mencapai azam tersebut, tiada apa juga yang jadi.
Ada 12 bulan dalam satu tahun. Rasa macam panjang masa yang diberi tapi sebenarnya singkat untuk kita. Harap ada sesuatu yang tercapai dalam 6 perkara yang aku rancang dalam tahun ini. InshaAllah.
Tahun 2017 menyaksikan perubahan ketara dalam berat badan aku. 60+ kg. Tak pernah berat badan aku mencecah angka 60 kg weiii!!
Rasa gemuk gila sekarang! ๐ Sila salahkan diri sendiri. Huhu. Tak jaga makan apatah lagi senaman. Jarang sangat. Entah kenapa sejak kahwin, aku sangat suka minuman manis. Mesti ambil minuman manis sekurang-kurangnya sekali sehari. Kadang-kadang sampai dua kali sehari. Haih. Sangat tidak sihat!
Minuman manis yang aku maksudkan adalah neslo ais, teh ais, milo ais dan segala jenis latte. Tak sihat kan? Takut je lama-lama nanti, kencing manis pulak. Huishh minta dijauhkan.
Nak salahkan hormon pun tak patut juga. Macam aku sorang je yang dah kahwin dan mengalami masalah always craving for sweet drinks.
Jadi, (setiap tahun sama je rasanya ayat ni ๐ ), aku berazam untuk kurangkan pengambilan minuman manis, nasi, makanan tidak sihat, dan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Sambil menaip sambil teringat Frappe Cookies di Family Mart ๐ ๐
Menyimpan duit dalam tahun 2017 tidak berjaya. Banyak menghabiskan duit pada perkara yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya shopping dan aku tidak dapat dipisahkan. Pantang betul bila tengok barang cantik terutama tudung cantik, buku dan sebagainya.
Gatal je tangan nak beli. Adoi. Bila dah hujung tahun, berfikir juga, kalau duit itu semua aku simpan dalam ASB, dah beranak-pinak duit. Boleh simpan buat bekalan di hari tua.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Untuk tahun ini, aku nak kurangkan perbelanjaan. Nak mula menabung juga.
Salah satu cara menabung adalah dengan mengamalkan 52 Weeks Money Challenge. Nak buat daripada tahun lepas tapi tak berjaya. Tahun ni, pastikan cabaran menyimpan duit dengan cara ini berjaya.
Dah beli tabung yang tidak boleh dibuka penutupnya ๐ช Ini saja cara untuk pastikan duit yang disimpan tidak dibawa keluar sebelum masa matang. Hihi.
![]() |
All are Premium Basic dUCk scarves from Matte Satin Silk material |
Kalau korang follow blog aku dan juga Instagram, pasti korang dah tahu yang aku adalah salah seorang #duckies. Pengemar barang dUCk.
Sejak beli Premium Basic dUCk awal tahun lepas, aku boleh dikatakan beli dUCk setiap bulan. Aku suka sangat shawl Premium Basic dUCk. Material yang aku suka adalah matte satin silk. Ada aku ceritakan dalam entri My Most Favourite of Premium Basic Duckscarves – Matte Satin Silk.ย
Tapi sekarang, bila melihat banyak kotak dUCk di rumah, rasa macam semak pula. Dalam hati terdetik juga, “kenapa aku habiskan duit beli dUCk? Takde jenama tudung lain yang aku suka ke?”ย
Sebenarnya jawapannya ada cuma entahlah. Baru-baru ni aku beli bawal di expo Muar, rasa best pula pakai bawal. Harga berpatutan dan selesa juga untuk dipakai.
Tapi kenapa aku masih pilih dUCk? Rasanya betullah aku kena jampi dengan dUCk. Haha.
#duckrehab adalah satu azam yang sangat perlu dicapai dengan jayanya
walaupun aku tak tahu boleh ke tak hapuskan jampi dUCk.
Dah bercadang dengan team #duckies (kawan-kawan di pejabat) untuk beli LE dUCk saja tahun ni. Kalau LE dUCk itu cantik #haraptakbanyakyangcantik . Selain itu, aku nak hentikan pembelian dUCk untuk Premium Basic. Kalau ada warna yang aku takde, barulah beli.
Namun begitu, aku masih stick to the plan to organize dUCk giveaway tahun ni. InshaAllah. Doakan aku murah rezeki ye ๐
![]() |
Ruang tamu ketika Aidilfitri 2017 |
Nak hias rumah memerlukan dana yang tinggi. Siapa setuju? ๐
Aku bercadang untuk memiliki sofa baru tahun ni. Sofa dalam gambar di atas dah ada sedikit kecacatan (koyak). Makanya sofa baru diperlukan. Dah lama simpan impian dan harap tahun ni ada rezeki nak memiliki sofa yang diidamkan.
Selain itu, aku nak juga rak buku baru. Plan nak beli rak buku warna putih (aku suka warna putih dalam hiasan rumah). Tapi kelmarin, suami belanja rak buku baru. Jadi aku terpaksa abaikan impian untuk memiliki rak buku warna putih. Warna coklat pun jadilah asalkan boleh tersusun semua buku. Dah suami nak belanja, setuju saja. Rezeki jangan ditolak. Hihi.
Selain itu, aku impikan untuk memiliki my blogging space. Nak ada meja putih dengan laptop dan boleh hias meja tersebut mengikut citarasa aku. Tapi tu lah, tak tahu boleh tercapai ke tak sebab sekarang dah ada desktop di rumah. Namun aku masih menyimpan impian untuk memiliki my own blogging space in future.
Sejak aku aktif blogging tahun lepas, aku mula berminat dengan flatlays. Sebab utama adalah gambar flatlays boleh digunakan dalam blog terutama gambar untuk review buku.
Jujur aku akui yang aku tak reti ambil gambar flatlays. Aku bukan seperti orang lain yang bijak susun atur barang dan rasa macam mudah je cara mereka ambil flatlays.
Pendek kata, aku hentam je sebenarnya main susun barang yang ada ๐
For me, the struggling to take flatlays photo is real. Rumah bersepah usah katalah. Haha. Bersepah dengan barang props. Walaupun aku tidak banyak barang props, masih rumah bersepah teruk masa ambil flatlays.
Disebabkan itu, aku lebih selesa berseorangan ketika dalam proses mengambil gambar flatlays. Lebih tenang dan orang pun tak pening tengok aku. Dan aku pun tak pening tengok orang yang tengok aku. HAHA.
Aku rasa flatlays aku biasa je. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, fuhh, gambar flatlays aku paling rendah kualitinya. Tapi, itu semua adalah idea aku dan aku habiskan banyak masa untuk menghasilkan gambar flatlays tersebut.
Mungkin tak cantik bagi orang lain, tapi cantik bagi aku. Jadilah ~ ๐ #sedapkanhati
Walaupun flatlays tak cantik macam orang lain, aku masih yakin post gambar flatlays di Instagram feed. Haha. Sebenarnya, aku tiada banyak gambar untuk dikongsi di Instagram feed (kurang berjalan kan), jadinya gambar flatlays je aku letak. Takdelah berhabuk Instagram. Hihi.
Bertuah rasanya bila aku ada kawan yang mempunyai hobi yang sama, Nadiah.
Kami sering bertukar dan berkongsi pendapat/ilmu mengenai flatlays. Bukan setakat kawan flatlays, kawan buku, kawan blogging pun orang yang sama. #gengmakan yang lain tak layan benda camni. Hihi.
Tahun ini, aku berniat untuk belajar lebih lagi mengenai ilmu flatlays, rajin ambil gambar flatlays please, dan nak menambah barang props (barang murah saja) ๐
![]() |
One of the book in 2018 TBR list |
Membaca dan aku tidak boleh dipisahkan. Korang pun dah tahu kan? Hihi.
Suami aku cakap rumah kami dah macam small library. Ada buku di mana-mana. Haha. Nasiblah kahwin dengan ulat buku ๐
Tahun ni, aku dah set untuk baca 50 buku dalam 2018 Reading Challenge di Goodreads. Harap berjaya. Jangan beriya beli buku tapi bacanya tidak. Mujur buku tiada tarikh tamat tempoh. Kalau ada, banyak buku aku yang dah tamat tempoh. Hihi.
Selain itu, aku nak join Farrah dalam 2018 Reading Challenge by PopSugar. Nampak menarik cabaran ni. Namun agak sukar untuk memenuhi beberapa genre buku yang disenaraikan. Sama ada aku tidak begitu minat dengan genre itu atau blur tak tahu judul buku yang berkaitan.
Tapi aku nak cuba juga mana yang boleh aku ikut dalam cabaran ni. Boleh mempelbagaikan genre buku yang aku baca. Tidaklah hanya terikat dengan genre buku kegemaran aku saja.
Jom korang join sekali cabaran buku ni! Lagi ramai join, lagi semangat ๐
That’s all for 6 Things I’m Looking Forward To in 2018. Harapnya kalau tidak semua, ada juga yang berjaya dilaksanakan. Kunci utama adalah diri sendiri. ๐ช๐
What are you looking forward to in 2018?