Hello semua ^_^ Rasa macam dah lama tak update blog. Enam hari pun sudah terasa lama sebenarnya. Rindu blog 😎
Aku malas nak update blog namun gigihkan juga sebab aku masih nak berkongsi kisah hidup aku dan biar ia bersemadi di sini.
Aku juga sudah lama tak menjenguk blog rakan blogger. Sejak phone aku masuk air minggu lepas. Bagi aku sedikit masa untuk melawat korang semua okay. Pasti akan diterjah =)
Untuk entri ini, aku akan ceritakan serba sedikit apa yang terjadi dalam hidup aku semenjak aku berjauhan daripada dunia blogging. Jauhlah sangat :p
Meh baca cerita aku yang tak seberapa ni ye. Hihi.
1. Phone aku masuk air Sabtu lepas >> ENTRI INI dan masih tidak boleh ON sehingga sekarang. Makanya, aku masukkan semula phone ke dalam bekas beras. Rasanya kena hantar repair jugak tu. Harap sangat boleh repair. Huhu.
2. Aku beli phone baru Ahad lepas. Nampak sangat tak boleh hidup tanpa phone kan? 😂 Phone sangat penting bagi aku. Bukan setakat untuk melayari internet dan laman sosial saja, paling penting adalah untuk hubungan sesama insan. Suami aku susah hati bila aku tiada phone. Payah nak berhubung. Terima kasih ye encik suami kerana melayan kerenah isterimu ini =D
![]() |
My new gadget =) iPhone 7 Plus Rose Gold |
3. Aku beli phone di Celcom. Sebab nak dapatkan rebate RM700. Banyak tu rebate! 7 bulan tak payah bayar bil. Itu yang aku nak sebenarnya. Hii.
4. Walaupun dah ada phone baru, aku masih sayangkan phone lama. Tiga tahun guna wei. Kalau tak rosak, memang tak lah aku beli phone baru ni. Keadaan memaksa sebenarnya. Phone lama tetap akan aku hantar repair dan harap sangat phone boleh on. Banyak data disimpan dalam tu dan tiada backup. Huhu.
5. Semua E-Books hilang!!! Rasanya macam dah backup dalam iCloud tapi takde pulak. Aku tersalah cara backup atau iCloud tak boleh backup E-Books yang tidak dibeli? Aku pun tak tahu. Tanpa membuang masa, aku download kembali satu persatu E-Books. Sayangnya, ada satu E-Book yang aku tak boleh download sebab broken link T_T
6. Kalau korang tak perasan, aku dah delete my post about “Here’s A Quick Way to Download Free E-Books” atas sebab tertentu. If anyone wants to know the details, please email me personally =)
7. Aku dah habis baca dua novel sepanjang lima hari ini. Novel bertajuk Everything Everything (E-Book) by Nicola Yoon dan Terukir Cinta (Physical Book) by Anna Lee. Plan nak tengok filem Everything Everything tapi tiada tayangan pula. Tak kan kena banned pulak kan? 🙍
8. Aku dapat kembali my 8500+ photos. Thank you iCloud! Tapi ada juga gambar yang tiada. Aku tak tahu kenapa tiada atau mungkin aku yang tak perasan. Semua gambar dalam All Photos folder berterabur, sudah tidak mengikut masa dan tarikh gambar diambil. Pening.
9. Nasib baik aku dah siapkan semua entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip. Antara gambar yang tiada adalah gambar di Pulau Redang.
10. Aku tidak sempat menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Traveloka #MYTravelAdventure. Aku dah draft sedikit dan pending gambar tapi sayangnya phone aku pulak rosak Sabtu lepas. Semua gambar hanya ada dalam phone je. Boleh siapkan entri tersebut pada hari Isnin tapi sayangnya aku tiada mood. Apapun, TQ Traveloka for invitation. Maybe, next time =)
11. Aku tidak berpeluang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2017. Jadi, aku beli online tiga buah buku yang aku bercadang untuk beli di pesta buku tersebut. Boleh je sebenarnya beli di kedai buku nanti tapi aku nak juga beli online. Tak nak pergi kedai buku sebab takut terbeli buku lain. Langkah berjaga-jaga. Hihi.
![]() |
Perang Melawan Mitos – beli di MedTweetMY Hidup Yang Aku Pilih by Muharikah dan Arkitek Jalanan by Teme – beli di Iman Publication. Note: Tak baca lagi 😀 |
12. Akhirnya bakal tiba juga hari yang dinanti. Haha. Larian pertama aku pada tahun ini adalah di Standard Chartered KL Marathon 2017 yang akan berlangsung pada hari Ahad, 21 May 2017. Seram sejuk sebenarnya nak lari 10KM. Mampu ke aku buat? Dah sebulan lebih tak lari langsung! Malas! Dan bila dah tiba hari, alamak, takutnya! Harap mampu aku habiskan larian 10KM. Doakan aku ye korang =)
Tahun ini, aku akan lari bersama red skirt tutu juga sempena support #PositiveLivingMY untuk HIV. Suka pakai skirt ni. Tak payah beli seluar sukan sekali dengan skirt tu. Tak jumpa nanye nak beli kat mana. Hihi.
Tahun ini merupakan tahun kedua aku join Standard Chartered KL Marathon. Korang boleh terjah entri aku mengenai my first marathon a.k.a larian 10KM dalam ENTRI INI ^_^
13. Banyak entri tertunggak sebenarnya. April Wrap Up, review buku, Blue Sky Tag, Sunshine Blogger Award. Terima kasih kepada rakan blogger yang tag aku. Nanti aku buat ye. Aku akan cuba siapkan semua entri tertunggak dalam bulan ini. #siscuba
Cuma kadang-kadang blogging slump melanda diri juga. Takpelah. Asalkan blog masih ber-update. Walaupun seminggu hanya sekali. Jangan lupakan aku ye korang. Hihi 😍
Taking good care of yourself, okay.
Till then,