Dah hampir penghujung bulan Mei 2017 dan aku baru nak post mengenai April 2017 Wrap Up. Sooooo lambat. Kura-kura sungguh π
Bukan aku tak ingat post wajib setiap bulan untuk blog ini, cuma aku beriya siapkan entri Pulau Redang Holiday Trip. Mujur jugak siapkan, kalau tidak, tak tahulah bila nak siap. Mungkin tahun depan agaknya. Hihi.
Tanpa menambahkan lebih banyak masa untuk menaip, ini adalah ringkasan dalam kehidupan aku dalam bulan April 2017. Mana yang aku ingat =)
BLOGGING
1. Aku gagal lagi!! Gagal buat kali kedua untuk permohonan Google Adsense. Ada diberi sebab permohonan aku ditolak tapi aku masih tak tahu dan tak berapa faham akan sebab musabab itu. Aku ada google mengenai bagaimana untuk edit blog aku supaya permohonan Google Adsense diterima, tapi masih juga tidak berapa faham. Aku janji untuk mengambil serius perkara ini. Nanti aku belajar dan kaji lagi.
Kepada rakan blogger yang boleh memberi tips untuk permohonan Google Adsense agar diterima, bolehlah bagi komen di bawah ye. Really appreciate it <3
2. Aku nak tukar blog template baru seperti yang aku ceritakan dalam ENTRI INI, tapi sayangnya blog template itu terlalu mahal. Makanya, aku hanya tukar home page (view dan label square) dan sidebar (sebelum di sebelah kiri dan sekarang di sebelah kanan).
Jadilah kan, nak juga tukar sesuatu di blog. Hihi.
3. Semakin lama, aku perhatikan, semakin sikit jumlah entri blog aku setiap bulan. Makin merundum jatuh! Kadang-kadang ada banyak masa juga nak up entri baru tapi kalau dah malas tu, tak boleh nak buat apa lah. You know what I mean, right? =D
WATCHING
4. Filem. Ada enam filem aku tonton dalam bulan April. Banyak juga ye. Hihi. Hanya dua filem saja aku tonton di pawagam. Filem lain semuanya aku tonton secara online saja. Hanya ada satu filem saja yang aku tidak buat review bertajuk My PS Partner (Korean Movie). Filem ini ditonton selepas aku up entri Korean Movie Review.Β
Filem tonton di pawagam : Kimchi Untuk Awak dan Fast And Furious 8.
Filem tonton secara online (Korean Movies) : Fabricated City, Mood of the Day, A Man and A Woman, dan My PS Partner.
5. Rancangan TV. Aku ada cerita ke yang aku suka tengok I Can See Your Voice (Korean TV Show) di blog? Kalau korang ada tengok InstaStory aku, rasanya dah tahu yang aku suka sangat post mengenai rancangan TV ni. Aku suka sangat!! Expect the unexpected! π
Nanti aku buat post khas mengenai rancangan ni. Hihi.
6. Korean Drama. Aku hanya beriya tengok satu drama Korea bertajuk Strong Woman Do Bong Soon. Sumpah comel gilaaaaaaa drama tu!!!! π Ada tengok drama Whisper tapi hanya bertahan sehingga episod 6 saja. Pening ahh!
![]() |
Suka sangat view begini. Cantik <3 Bersungguh screenshot π |
READING
Mood membaca kembali!! Sehingga sekarang, mood membaca masih kekal dalam diri. Kita tengok sampai bila ye. Adakah mampu bertahan sehingga hujung tahun? Haha.
7. Finished reading: Aku habis baca lima buku dalam bulan April. Wow!! Satu pencapaian baik untuk diri sendiri. Maaflah aku up diri sendiri ye. Haha. Bukan senang aku nak mengadap buku je sebenarnya. Bulan March berjaya habis baca dua buku je. Itu yang terlebih seronok dalam bulan April. Hii.
Lagi dua review buku, Perfect dan Anding Ayangan, masih berada dalam draft. Expect my delay =p
8. E-Books: Aku mula mengenai erti E-Books. Aku ada post mengenai E-Books dalam entri Here’s A Quick Way To Download E-Books tapi aku terpaksa delete atas sebab tertentu. Sebenarnya aku tak delete. Aku move to draft je. Sayang pula nak delete. Kalau ada sesiapa yang nak bertanya mengenai E-Books, boleh email aku personal lah ye =)
![]() |
Antara E-Books yang aku download. Setakat sekarang: total ada 60 buku. Tak tahu bila baca, yang penting download je dulu π |
FRIENDSHIP
9. Percutian bersama Geng Makan. Pada 29 April – 1 May 2017, kami bercuti di Pulau Redang. Best sangat!! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pulau Redang sangat cantik π Aku dah siapkan semua entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip. Ada empat bahagian. Feel free to read =) >> Follow My Trail.Β
10. Hadiah daripada rakan blogger. Gembira sangat apabila aku menerima bungkusan daripada seorang rakan blogger, Hanis Amanina. Berkenalan melalui blog dan terus kekal berkawan. Terima kasih Hanis sebab sudi jadi kawan Siqah. Semoga hubungan kita berkekalan sampai bila-bila. Hii. Nanti balik Malaysia, kita jumpa okay π
![]() |
Dalam sekelip mata, habis coklat ni Hanis. Sedap =) |
FOOD
Mohon maaf siap-siap boleh? Bahagian makanan ini tidak boleh dilupakan. Semestinya ada dalam senarai Month Wrap Up. Hihi.
![]() |
11. Makanan di atas daripada Selera Ramai Ikan Singgang di Kampung Baru. Kalau nak makan di sini, pastikan order ikan rebus goreng, singgang, dan kerabu pucuk paku. Sedap!!
Aku hanya makan di sini dalam dua kali setahun kot. Hihi. Akan singgah kalau pergi volunteer di tempat berdekatan. Kalau tidak, idok ler aku menapak ke Kampung Baru untuk makan. Jauh dan malas.
12. Anis Coffee Latte di Petronas. Masih kekal menjadi kegemaran aku. Sekarang, packaging Anis Coffee telah bertukar dari botol besar kepada botol yang lebih kecil. Harga pun sudah berkurang. Baguslah keluarkan dalam botol kecil. Bukan banyak sangat pun nak minum.
Tak boleh minum selalu. Manis. Tapi aku suka. Anything about latte. Hihi.
13. Wahai Fattah Amin! Kami datang makan di kafe awak tapi awak tiada pun. Sampai hati tak melawat kafe hari itu ye. Hahaha.
Makanan di atas adalah daripada Stalkers Cafe by Fattah Amin. Pergi ke sini bersama Tasha dan Syira. Serius blur tak tahu nak makan apa. Lalu terus pergi ke sini. Ini adalah kali kedua kami makan di sini. Aku ada cerita details dalam ENTRI INI. Feel free to read =)
Makanannya? Biasa je. Daging burger berkecai dan berterabur membuatkan aku rasa tak berapa wow!
14. Makanan Jepun. Aku makan di Food Court NU Sentral. Nama kedai adalah Izumi Japanese Cuisine. Tak ingat nama menu di atas cuma sedap makanannya. Nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak weii. Jenuh jugak nak habiskan. Fuh!
15. Ikan Bakar Pak Din Tanglin. Ohhh ini ternyata sedap!!! Hihi. Aku ada cerita mengenai kedai ini dalam entri Food Must Eat in Kuala Lumpur. Boleh baca di sana ye kalau nak tahu details =)
16. Makanan Korea. The Street Cafe di SS15 Subang Jaya. Ini adalah kedai makanan Korea kegemaran kami. Mesti cuba makanan di sini kepada semua peminat makanan Korea =)
RANDOM PICTURES
Seperti biasa, kalau diperhatikan, setiap entri Month Wrap Up akan berakhir dengan gambar yang diambil untuk bulan itu. Gambar terpilih saja iaitu gambar yang nampak okay bolehlah cantik di mata aku. Hii. Mujur semua gambar masih ada dalam phone =)
![]() |
Gambar di pagi hari dari balkoni rumah π |
Tiga gambar di bawah ini diambil di Tanjung Emas, Muar. Balik kampung sebentar dan pergi berjalan di sini bersama suami dan PIL π
![]() |
Both are my favourites. Husband and sunset <3 |
![]() |
Suka warna langit masa ni <3 |
![]() |
<3 |
Gambar langit je yang ada untuk bulan April. Macam biasa jugak lah kan. Always look up. Langit sentiasa cantik <3
Sekian saja entri April 2017 Wrap Up. Niat di hati nak gabungkan sekali dengan entri April 2017 Haul tapi macam dah panjang sangat entri ini. Lagipun, aku malas nak ambil gambar. Hihi. Makanya entri haul akan aku up di lain hari.
So, how’s your April 2017? Lambatnya aku tanya soalan ni ππ