Sedih 😭 Tak capai dek akal rasanya bila phone masuk air pagi tadi 😭
Sedih sangat. Terus rasa blur dan tak indahnya hidup aku. Aduhhhh!
Phone sangat penting weiii!! Semua benda dalam tu. Huhu.
Dan yes, phone aku TAK BOLEH ON sekarang.
Al kisahnya, hari ni ada acara GBS Cash Department Family Day di Sunway Lagoon. Aku guna beg kalis air yang sama aku gunakan semasa di Pulau Redang. Dan entah kenapa, kali ni, beg itu tidak kalis air.
Dah masuk air maknanya tak kalis air lah kan. Geram lak rasa. Dahlah beli mahal weii, RM25!
Masa aku sedar, air dah masuk sehingga paras button phone T_T Phone dah berkelip-kelip dan akhirnya OFF.
Rasa tak best sebab tak boleh ambil gambar di Sunway Lagoon. Dahlah selepas entah berapa tahun baru aku menjejakkan kaki ke sana, phone pula rosak dan tak ambil gambar langsung.
Naik jambatan gantung pun tak ambil gambar T_T Nak pergi lagi ke Sunway Lagoon memang rasanya lambat lagilah.
Tiada mood nak cerita mengenai Family Day. Hati tengah sedih T_T
Sekarang, phone aku sedang berhibernasi dalam bekas beras. Tolong doakan phone aku boleh ON dan boleh digunakan ye korang. Pleaseeeee 😟
Tak tahu berapa lama aku nak letak dalam bekas beras. Aku takut nak bawa keluar nanye. Takut nak terima kenyataan kalau phone aku tak boleh on 😢
Huwaaaa! Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T