Salam Jumaat yang indah. Alhamdullilah masih dipanjangkan umur pada hari ini.
Hari ini semestinya hari yang paling seronok sebab esok kita akan bercuti panjang. Yeayy! Pasti masing-masing sudah ada aktiviti hendak dilakukan bersama mereka yang tersayang. Apa pun, pastikan diri dijaga dengan baik ye =)
Just a short sharing today. Perkongsian kata-kata hikmah atau mutiara kata yang dipetik daripada Kak Long. Aku copy dan paste di sini =)
Bila masalah itu BESAR, maka KECILkanlah.
Bila masalah itu KECIL, maka anggaplah tidak ada masalah.
Jika TIDAK ADA MASALAH, maka jangan CARI MASALAH.
Tapi, jangan pernah lari dari masalah.
Hadapi dengan tenang.
Mustahil dalam hidup ini tidak ada masalah. Apa yang membezakan kita adalah cara kita menghadapi masalah. Jangan pernah putus asa dan kecewa sehingga memudaratkan diri.
Jangan kerana satu masalah mampu membuatkan kita membuat tindakan yang akan menyebabkan kita sesal di kemudian hari. Beringat sebelum terkena.
Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Insyallah. Sentiasa yakin dan percaya akan ketentuan Allah.
Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam.
Have a nice day dan jumpa lagi ☺❤