Disebabkan aku baru ada semangat nak blogging, makanya bulan Mac 2021 baru kita update mengenai 2020 Wrap Up. okay? 😀 I saved the points on Notes and today is the time to transfer all the points here on my blog. Like, finally!!
Without further ado, here is my 2020 Wrap Up from A to Z. There are some alphabets that I cannot figure out the stories; hence, I will leave them as *fill in the blank*.

A : Ayah dan Mama sudah berpindah ke Karak, Pahang. Huhu. Berdua jela aku dan Aliff di sini nampaknya.
B : Book-buying ban for the first time in my life only lasted for two weeks 😀
Buddy read with Aliyah – Kami mulakan buddy read dengan buku apa eh? Dah tak ingat. Haha. Selepas itu, kami berdua siap ada buddy read list okay dan for now, we have more than 50 books to be read together (>‿◠)✌
C : Collaborations with BookXcess and Big Bad Wolf and I was super happy for that. Thank you 🙂
D : dUCk or dUCk – Aku boleh katakan yang tahun 2020 adalah satu tahun yang aku sudah mula berkurangan dalam pembelian dUCk. Insaf ke atau sebenarnya, design dUCK tidak berapa menarik perhatianku. Can’t figure out the real reason but apa pun, aku tetap bersyukur 🙂 Bersyukur kerana duit tidak ke arah itu.
E : Exchange gift – The first exchange gift that I joined was organized by Untitled Book Club. Thank you to my secret giver and Untitled for organizing this event. I missed the second exchange gift, anyway 🙁
F : First Book’s Date with the favourite person from Reading Muslimah iaitu Safa, Faraa, dan Aliyah pada tarikh keramat 5 September 2020. Kali kedua aku bertemu Safa dan Faraa, pertemuan pertama kami ketika di Big Bad Wolf 2019, manakala kali pertama pertemuan dengan Aliyah. We had a great time together at Kinokuniya, and discussing about Reading Muslimah. Thank you my sweet girlfriends for the amazing moments 🙂



G : Goodreads Reading Challenge – Pada mulanya, aku meletakkan cabaran membaca sebanyak 50 buku untuk tahun 2020 dan aku telah menaikkan jumlah buku buat cabaran ini kepada 100 buku. Alhamdullilah, menjelang akhir 2020, aku telah membaca 116 buku.
Gift – I received two books for my birthday. Kalau dah namanya book lover, mestilah buku menjadi hadiah kegemaran. kan? Hihi. Terima kasih Aliyah dan Kak Rozel kerana mengingati diri ini 🙂

H : Holly Jackson – One of the authors that I decided to include on my auto-buy author list. I read A Good Girl’s Guide to Murder series and completely in love with her writings.

I : iPhone 11 Pro Max – new phone for me 🙂
J : *fill in the blank*
K: Kerja dari rumah – Sejak Mac 2021, aku mula kerja dari rumah kerana Covid-19 dan sehingga hari ini, aku masih bekerja di rumah. Alhamdullilah. Aku suka sangat kerja di rumah sebenarnya. Siapa tak suka kan? Tak perlu bersiap awal pagi, nak hadap jalan sesak segala. Terima kasih company kerana memahami kami dengan memberi kemudahan untuk bekerja dari rumah.
Kindle – YESSSSSS!!! New Kindle in the house 😀 Hadiah birthday daripada suami. Terima kasih!! Haha. Tak sangka request dan dapat. Saja je bagi hint, sekali suami kata proceed. Suami dah tak nak belikan buku, Kindle okay lah asal dia tak nampak penambahan buku di rumah ini *onmybirthdaydate* :p
Korean Drama – I have watched 20 Korean dramas in 2020 and some of my favorites are Reply 1988, Chocolate, Find Me in Your Memory, Romantic Doctor Teacher Kim 2, and The World of Married Couple.

L : Did IG live for the first time in my life! Aku segan sebenarnya kalau sesi menunjukkan diri tapi apabila ditawarkan untuk mewakili Iman Publication untuk live bersama penulis Auni Zainal, rasa tidak wajar pula untuk aku tolak. Jadi, aku melawan segala rasa dalam diri dan menerima tawaran live. Alhamdulilah, sedikit sebanyak aku belajar sesuatu daripada buat live. Hihi.
M : Happily married ( ͡♥ ͜ʖ ͡♥)
N : Netgalley – Tahun pertama aku mendapat eARC daripada Netgalley. Ini pun sebenarnya terjebak dengan Aliyah. Saja jela cuba juga request dan dapat beberapa eARC untuk dibaca dan review.
O : Online activities. Seperti tahun sebelumnya, media sosial yang paling aku aktif masih tetap Instagram. Twitter bila aku teringat je (ikut mood), manakala Facebook, tak payah cakaplah, Aku dah lupa. Haha. Namun di Instagram, kejap aku aktif dengan bertubi-tubi post dan story, kejap tiada hilang entah ke mana. Tapi menghilang pun tidaklah lama. Menghilang di post tapi masih ada di story dan sekarang Instagram dah ada feature reel, bolehlah muncul di Reel pula. Hihi.
P : Pre-loved books – Ada beli beberapa pre-loved books di Carousel dan Instagram. Ada juga beberapa akaun di Instagram yang aku telah aktifkan post notification.
Q : *fill in the blank*
R : Review Copy – Alhamdullilah. I received some review copies from the writers and publications. Thank you all for sending me the review copies in return for an honest review 🙂

S : Siriusiqa – Of course, I must include my bookstagram in this 2020 Wrap Up 😀 My account has reached 3.5k followers as of 2020 and I’m thankful for that. Thank you so much for all my followers and also secret admirers (if any). Hihi.
T : Ten Year Reward – Dalam tak sedar, dah sepuluh tahun rupanya ye aku bekerja di GBS Standard Chartered. Setia sis ni tau. Haha. Thank you especially to my team and also company for all the great support! Alhamdullilah.
Times Read – I, as one of the Times Read non-fiction book reviewers. I am so grateful for the opportunity and hope we can continue to work together in many years 😊
TikTok – Aku buka akaun TikTok @siriusiqa !!! Haha. Terjebak jugaklah dengan TikTok bila duduk lama sangat kat rumah.
U : Unread books – or To-be-read list. Banyakkkkkkkkkkk. Malas lah nak kira. Okay, honestly, bukan malas, sebenarnya, haha, takut nak kira 😬
V : *fill in the blank*

W : Wawancara pembaca bersama penulis di Google Meet pada bulan November 2020. Aku berkongsi mengenai sudut pandang sebagai seorang pembaca mengenai buku motivasi di Malaysia. Harapnya aku bisa membantu sedikit sebanyak dalam pemberian input mengenai apa yang pembaca mahukan daripada para penulis buku motivasi di Malaysia.
X : X-periment in creating Instagram templates. Aku mula buat Instagram templates sebelum PKP kalau tak silap dan berterusan buat beberapa template yang lain seperti monthly reading wrap up, currently reading, finished watching and reading, dan daily tracker. Sekarang, setiap bulan aku hanya buat daily monthly tracker saja. Template lain hanya guna yang sama je.
Y : *fill in the blank*
Z : Zero-error! I wish takde error in work in 2020 tapi sayangnya itu tidak terjadi. I made a few mistakes in working. Promised myself not to make the same mistake again in the future!
That’s all. Just a summary of my life in 2020. Akhirnya, berjaya juga siapkan 2020 Wrap Up post di blog. Yeayyy! Satu kemajuan buat diri Nurulsiqah 👏
Thank you for reading!
Write later,