Smile. It’s Friday ☺
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kita bernafas dan bertemu lagi hari Jumaat yang penuh keberkatan. Aku sangat menantikan hari Jumaat. Yes, sebab weekend menghampiri. Hihi.
Alhamdulillah juga kerana aku dapat cuti minggu ini. Aku kerja tujuh hari seminggu pada minggu lepas dan ianya sangat memenatkan. Rasa tak terurus kehidupan.
Walau begitu, aku tetap bersyukur atas rezeki Allah yang masih ditetapkan untuk aku. Rezeki daripada hasil titik peluh aku bekerja. Insyaallah, semoga berkat rezeki yang diperoleh.
Apabila bercakap mengenai rezeki, aku teringat akan kisah VIRAL baru-baru ini mengenai Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin yang dikutuk keras oleh netizen. Aku salah seorang daripada mereka yang agak tidak puas hati dengan penerbitan buku itu.
Tidak puas hati kerana buku itu dijual dengan harga mahal. Novel dan buku motivasi yang aku beli lagi murah daripada buku tersebut. Pengisian juga mantap dan menjadi sumber inspirasi dan motivasi hingga sekarang.
Tapi mungkin benar apa yang dikatakan oleh pelakon Fattah Amin. Harga buku mahal kerana setimpal dengan kualiti buku tersebut dari segi penggunaan kertas berkualiti tinggi dan grafik. Entahlah. Siapa ada beli, boleh bagi aku pinjam? Hihi.
Kenapa aku mengaitkan rezeki dengan kisah VIRAL buku Fattah Amin?
Apabila aku fikirkan dengan lebih mendalam, penerbitan buku Fattah Amin adalah salah satu cara dia mencari rezeki.
Ada orang mempertingkaikan juga. Sebab Fattah Amin artis, jadi bukan main laju pihak penerbitan nak terbitkan buku dia. Orang lain sudah menulis sekian lama dan masih tidak diberi pilihan itu.
Jangan risau semua. Rezeki Allah itu luas. Rezeki itu milik Allah dan bukan ditentukan oleh manusia.
Apa hak kita untuk mempertingkaikan cara dia mencari rezeki? Sekurang-kurangnya dia cuba. Kalau tak berjaya, dia pasti tidak akan buat buku baru lagi. Kalau permintaan tinggi, mungkin akan keluar pula buku versi kedua oleh Fattah Amin. Bersiap sedia untuk dikecam lagi wahai Fattah Amin. Haha.
Cuba fikir. Tidak akan ada pengeluaran jika tiada permintaan. Betul tak?
Oleh itu, tidak perlu kita mempertingkaikan cara orang lain mencari rezeki. Biarlah. Fikir positif.
Rezeki milik Allah dan akan diberikan kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula pada bila-bila masa.
Back to Basic
Usaha. Doa. Tawakal.
Salam Jumaat. May Allah Bless Your Day.
❤