28.10.1986.
Tarikh aku dilahirkan. Hari ini, aku berumur, 31 tahun 3 hari. HAHA.
“Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Nurulsiqah, Allah selamatkan kamu”. Boleh tak, nak nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Hihi.
Lambat tiga hari untuk update blog mengenai my birthday, tapi aku gigihkan juga untuk update. Setiap tahun (dua tahun je sebenarnya, hihi), aku update mengenai birthday di blog.
Kalau ada yang nak baca, aku bagi link di bawah π
2015:Β 29 tahun πΒ Β dan On My Birthday This Year
2016:Β I’m Officially 30 Years Old and 2 Days
Alhamdullilah untuk semua nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Ada suami, keluarga, dan kawan-kawan semua. Kawan di sini termasuklah kawan di alam maya (Blogger, Instagram, dan Twitter). Semua sekali. Hihi.
Nak dijadikan cerita, tahun ni, suami aku bukan orang pertama yang wish birthday. Dia ingat a night before, tapi sudahnya lupa nak wish bila jam menunjukkan pukul 12 am dan terus lupa nak wish sampai keesokan harinya. Masa tu, keluarga aku dah wish kat Whatsapp group.
Mula-mula aku nak buat mengada π , nak merajuk sebab he’s not the first one yang wish. Tapi, haha, tak jadi merajuk. Sebab aku tahu suami ingat birthday nanye cuma tak wish awal. Tak kan hal kecil pun nak merajuk bagai. Come on Siqah! Umur 31 tahun dah. Haha.
Dulu kan, masa berumur 12 tahun, aku pernah menangis sebab arwah Mak lambat wish birthday. Biasanya setiap tahun arwah Mak akan menjadi insan pertama yang wish birthday, cuma tahun tu, arwah Mak buat tak tahu je dengan aku.
Aku pelik jugak, “aik, tak kan Mak lupa birthday aku?”. Ahli keluarga aku yang lain semua wish tapi arwah Mak buat dekkk je.
Sedih weii~ Serius sedih! Pergi sekolah pun duk tahan je air mata memikirkan Mak tak wish birthday lagi. Bila balik sekolah, mogok tak nak makan selagi Mak tak wish birthday. Haha. Gilalah! Barulah aku tahu yang sebenarnya malam birthday aku, Mak plan nak buat surprise party. Dah tak jadi surprise lah, sebab aku dah mogok kan. Haha.
Itu kenangan paling best on my birthday dan setiap tahun, aku pasti ingat kenangan itu. Al-Fatihah untuk arwah Mak.
Berbalik kepada cerita hari jadi pada tahun ini π
Disebabkan bukan senang birthday aku jatuh pada hari cuti, semestinya aku ajak suami keluar jalan-jalan. Dan sebagai birthday girl, suami turutkan saja apa aku nak on that day. Apa lagi? Inilah peluang yang dinanti. Setahun sekali je beb! Kena gunakan sepenuhnya. HAHA.
Kami pergi ke Subang Parade sebab aku nak makan Hokkaido Baked Cheese Tart. Aku tak nak kek! Nak cheese tart je tapi sudahnya, beli jugak kek sebab suami yang nak makan.
![]() |
Makanan yang selamat masuk perut di Subang Parade. Kek Pandan (tak ingat nama sebenar kek ni) sedap dan tak manis. Kami suka! Makan kek di My Own Bakes. |
Selepas pusing satu Subang Parade, aku memilih satu kasut Crocodile (hunter) dan satu buku daripada Yasmin Mogahed bertajuk Love & Happiness sebagai hadiah hari jadi. Ada juga selit buku π
![]() |
Jagiya! Kamsahamnida ~ Saranghaeyo <3 |
Bergerak dari Subang Parade, suami tanya, “nak ke mana lagi?”. Aku terus bagi satu destinasi yang aku beriya nak pergi sejak tahu kewujudannya melalui satu gambar di Instagram. Hihi.
![]() |
The Parque Cafe <3 Akan cerita details mengenai kafe ini dalam entri seterusnya π |
![]() |
Lagi makanan yang selamat masuk dalam perut kami berdua π Latte untuk kali kedua. Hihi. |
On the way balik, suami bawa pula ke taman berdekatan dengan rumah. Rasa bersalah dan malu juga sebenarnya duduk lepak je di taman ambil gambar. Sebab semua orang yang lain tengah berlari, aku dan suami je yang melepak. Hihi.Β
Sedang asyik kami melepak sambil meng-edit gambar, ada dua orang budak sekolah datang mendekati kami berdua. Ingatkan nak apa. Rupanya nak minta tolong akak dan abang ni untuk menjawab survey. Sekarang, budak sekolah Tingkatan 1 dah bagi survey kat orang. Advance! Tak ingat pula masa aku Tingkatan 1, aku buat apa. Tapi yang pasti, bukan bagi survey lah. Hii.Β
![]() |
Sempatlah juga ambil gambar di sini π |
Sebelum Maghrib, kami dah bergerak balik tapi sebelum tu, ada lagi persinggahan terakhir. Hihi. Pasar malam!! Yeayyy! Beli roti bom kegemaran!
Malam pula diisi dengan main tiga pusingan Sahibba. Baru beli Sahibba, jadinya semangat main Sahibba menjelma. Aku kalah!! Tak sangka suami pandai main Sahibba. Bijak, sel-sel otak sentiasa berhubung. Haha.
Ini saja kisah yang berlaku pada 28 Oktober 2017. Alhamdulillah. Aku bahagia dapat meluangkan masa bersama yang tersayang di hari lahir. Cukup gembira juga menerima ucapan dan doa tulus ikhlas daripada keluarga dan kawan-kawan π
Thank you everyone for the du’a and wishes! Doa yang baik-baik, semoga doa itu kembali kepada korang semua juga π