Dalam entri aku bertajuk 6 Things I’m Looking Forward to in 2018, salah satu daripada points yang aku nyatakan adalah “Save More and Less Shopping”.
Bab Less Shopping tu macam tak berjaya sangat. Setakat ini lah. Haha. Walaupun aku tak beli new dUCks (still in #duckrehab mood), tapi aku banyak beli benda lain. Tambah lagi kalau masuk Mr. DIY. Rasa nak beli semua barang. Hihi.
Bab Save More, wajib pastikan azam ini berjaya. Tolonglah berjaya. Janganlah hangat-hangat tahi ayam lagi. Please!!
Untuk azam menyimpan duit ini, aku telah memilih untuk mengamalkan satu cabaran yang diberi nama:
The 52-Week Money Challenge
![]() |
52 Week Saving Challenge |
Rasa macam dah lama tahu mengenai cabaran menyimpan duit ini tapi tak pernah bersungguh nak amalkan. Sampailah Tasha beli Planner Malaysia 2018 dan dalam planner itu sudah tertulis 52 Week Saving Challenge seperti gambar di atas.
Aku pun bersemangat nak buat dan terus beli planner yang sama. Sebenarnya, boleh je dapatkan dan print sendiri cabaran ini tapi malas. Nak juga ianya datang dalam bentuk buku. Hihi.
Why I Chose This Challenge?
The idea is simple! Aku percaya aku boleh melakukannya. Chewahh!! Nampak tak betapa berkobar-kobar semangat aku sekarang? 😆
Dalam bulan pertama, kita perlu simpan sebanyak RM1 dan semakin meningkat nilai simpanan mengikut minggu sepanjang tahun. Maknanya, RM2 untuk minggu kedua, RM3 untuk minggu ketiga dan seterusnya.
By the end of the year, kalau kita istiqamah dalam melakukannya, kita boleh mengumpul sebanyak RM1,378.
Walaupun rasanya nilai itu tidak banyak mana dalam zaman sekarang tapi lepas wei kalau nak beli tiket penerbangan tahun depan. Haha.
Buat masa sekarang, aku tiada plan untuk kegunaan duit simpanan ni. Hanya niat untuk menyimpan duit saja. Terfikir juga sebenarnya, kalau setiap kali rasa nak beli dUCks, simpan duit nak beli dUCks tu, mesti makin berganda duit kan 😅
How to Make This Challenge Successful
The Way You Save the Money. Dah nama pun setiap minggu akan berganda RM1, makanya apabila menghampiri hujung tahun, pasti nilai setiap minggu menjadi angka yang agak besar.
Jadi, tak perlu ikut sangat setiap minggu yang dinyatakan. Kalau rasa ada duit lebih, hanya masukkan saja duit itu dalam tabung dan pastikan tick kotak yang ada dalam list cabaran ini.
Yang penting simpan duit, tak kisah cara apa pun yang hendak digunakan. Customize this money challenge to suit your own lifestyle 😊
Share and Do It Together with Someone. Tidak dinafikan bahawa apabila kita berkongsi idea atau cabaran dan melakukannya bersama-sama orang lain, kita akan jadi lebih semangat. Mestilah kan!! Malu kalau orang lain berjaya lengkapkan cabaran tapi kita tidak.
Jadi, lakukan cabaran ini bersama orang di sekeliling korang. Sangat penting dalam usaha untuk memotivasikan diri kita supaya melakukan cabaran ini secara berterusan.
![]() |
|
3 tabung dan hanya 1 aku punya. Cuba teka yang mana? 😀 |
Pemilihan Tabung. Pastikan tabung yang tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya. Point ini sangat penting. At least for me. Haha. Tabung yang aku ada semuanya boleh dibuka penutupnya, tak kisah penutup di bawah atau di atas tabung.
Dan itulah punca kenapa cabaran menyimpan duit tidak pernah berjaya. HAHA. Mana taknya, bila rasa nak guna duit, korek tabung. Bila nak penuh entah kalau camtu kan? 😜
3 tabung di atas adalah milik aku, Tasha dan Aien. Kami berada dalam satu team di pejabat dan bersungguh nak jayakan cabaran ini 💪
![]() |
Perjanjian kami bertiga. Siap ada saksi tau. Haha. |
Surat Perjanjian (optional). HAHA. Selepas kami bising bercerita pasal cabaran ini, Kak Marsitah @ Kak Ctah terus panggil kami untuk buat surat perjanjian. Kata Kak Ctah, sekarang semua kena ada perjanjian dan bila ada perjanjian, barulah kita akan lebih semangat untuk melaksanakan cabaran.
Jadi, termeterai perjanjian seperti gambar di atas. Siap ada saksi weii! Haha.
Dan jika salah seorang daripada kami tidak berjaya menyimpan RM1,378 pada akhir tahun ini, orang tersebut mesti didenda dan dendanya adalah belanja kami bertiga makan dan tempat makanan akan dipilih oleh kami (bahaya kalau geng ITT pilih tempat makan). Haha.
Kalau kami semua berjaya melakukan cabaran ini, kami boleh celebrate dengan pergi makan juga cuma bayar sendirian berhad lah. Hihi.
![]() |
Planner Malaysia 2018. Planner kedua yang aku beli sebab ada bahagian Finance Tracker, Cash Flow, dan 52 Week Saving Challenge |
How about you? Do you join me in this money challenge? Or any easy tips to save money?
Thank you for reading and have a lovely day <3