Assalamualaikum dan selamat pagi semua =)

Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Islam meletakkan hari Jumaat sebagai ketua dan terdapat lebih sedikit ganjarannya daripada hari-hari lain. Alhamdullilah bertemu lagi kita dengan hari Jumaat yang membawa barakah kepada kita semua =)
Hari Jumaat juga mempunyai banyak kelebihan yang lain. Antaranya adalah akan berlakunya hari Kiamat pada hari Jumaat, Nabi Adam dicipta dan juga disingkirkan dari syurga, selamat dari fitnah kubur bagi mereka yang meninggal pada hari Jumaat, kebaikan memotong kuku pada hari Jumaat, dan makbulnya doa di antara dua khutbah (waktu ketika imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat).
Aku nak juga berkongsi beberapa kata-kata indah yang boleh kita hayati dan ingati. Sebagai peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa bersyukur dan tabah dalam menghadapi segala ujian dalam hidup.



Salam Jumaat dan selamat bekerja, belajar, dan apa saja yang korang buat hari ni. Moga semuanya berjalan dengan lancar.
Have a nice day, all =)