Sejak January 2017, aku adakan series blog about haul pula.
Sebagai peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Kata nak berjimat tapi simpan niat tak habis-habis. Haih.
Apa pun, aku suka akan semua barang yang aku beli. Kalau tak suka, tidaklah beli. Betul tak?
Apa aku beli dalam bulan Februari 2017? Mari aku cerita ek 😉
DUCKSCARVES – WORLD MAP IN GREY
Aku suka semua warna dalam World Map Duck Scarves (Pink, Grey, Lilac, dan Vintage). Semua cantik! Tapi aku beli satu saja dan pilihan aku adalah warna kelabu kerana warna ini sesuai dipakai dengan apa saja warna baju. Nak beli semua warna, memang tak lah kan.
Cantik! 😍 Aku suka warna dan material World Map Duck Scarf – high quality satin silk. Tak licin sangat. Just nice. One more Duck Scarf added to my collection. Happy! Kalau tak nak, boleh jual balik. Itu yang aku sentiasa fikir kalau beli Duck Scarves. Hihi.
BOOKS
Aku beli empat buah buku dalam bulan ini. Dan paling aku suka apabila aku sudah habis baca dua buah buku iaitu:
- My Not So Perfect Life by Sophie Kinsella
- Pena & Picagari by Dr. Khairul Hafidz
Both buku best! Novel Sophie Kinsella kelakar dan aku suka jalan ceritanya. Sophie Kinsella tak pernah mengecewakan aku! Pertama kali aku baca buku daripada Dr Khairul Hafidz, seorang doktor yang aktif di laman sosial Twitter. Banyak input yang aku dapat daripada buku beliau. Akan aku siapkan review buku dalam bulan Mac. Insyallah.
Aku baru saja beli novel Heartless dan ACOTAR pada hari Ahad lepas. Tergerak hati nak baca selepas baca review daripada Fatina dan Eyqa. Sekarang aku sedang baca Heartless.
PASTEL MARBLE PHONE CASES
Aku beli empat phone case dan ada aku cerita mengenainya dalam ENTRI INI. Feel happy to read if you are thinking of changing phone case 😊
CHARLES & KEITH PURSE
Dah berada dalam lingkungan umur 30-an menyebabkan aku rasa nak guna purse original. Hihi. Selama ini aku beli purse yang murah je. Beli di Uptown, Giant, atau mana-mana kiosk yang ada. First time spend more on purse. Kelakar nanye nak beli purse harga ratusan, takut nanti isinya tidak ratusan. Purse tak penting, yang penting isinya. Betul tak? 😏 Tapi takpelah. Merasa pakai sekali pun jadilah.
SEPHORA
Haha. Ini lagi kelakar. Aku tak suka mekap dan masuk Sephora. Serius blur jadinya. Masuk Sephora Sabtu lepas semasa keluar bersama #gengmakan dan pertama kali sangkut beli barang mekap atas nasihat daripada pakar mekap, Hanis. Hahaha. Hanis pandai mekap dan pandai juga mekapkan orang. Hanis kata, “umur dah 30-an ni, berjinaklah dengan mekap. Tak nampak pucat sangat muka tu”. Baik Hanis! Hihi.
Aku beli blusher NYX dan lip balm Sephora je. Berkenan sunguh dengan Shadow Palettes dan Stay All Day Lipstick by STILA tapi apakan daya, mahal weii! Yakin satu pembaziran kalau beli. Bukan guna sangat pun.
Sebagai beginner, biarlah aku beli yang murah saja. Lagipun aku jarang pakai eyeshadow. Cukup dengan compact powder dan lipstick. Ohh sekarang tambah satu lagi dalam list iaitu blusher NYX. Hihi.
That’s all ☺
So,
What have you bought in February 2017?