Aku baru beli novel ni di Prolog Media minggu lepas. Sesungguhnya aku terpikat dengan novel ni sebab kulit muka buku yang cantik. Gatal tangan tertengok pula Instagram pihak penerbit yang aku sangat percaya dan terus terlajak beli dua novel baru yang sedang dalam promosi minggu lepas.
Baru je habis baca semalam dan rasa macam rajin pula nak menaip review novel ni. Hihi. Semangat update blog yang ada tidak boleh dipersiakan. Sebab entah bila semangat rajin itu datang lagi 😅
SYNOPSIS
![]() |
Kulit muka buku belakang untuk sinopsis. Baca sinopsis dan buat aku lebih tertarik untuk baca novel ini. |
REVIEW
Pilihan aku adalah tepat. Pilihan untuk mempercayai Prolog Media. Hihi.
Plot cerita yang menarik dan meninggalkan pembaca dengan penuh tanda tanya. Sambil membaca sambil aku berfikir apa yang terjadi sebenarnya. Tak tercapai dek akal fikiran.
Bagaimana Noura boleh berada di Finland ketika dia bermimpi? Bagaimana dia boleh bertemu Vesa dan selepas terjaga dari mimpi, ada bukti yang menunjukkan itu semua bukan mimpi.
Aku teruskan pembacaan. Baca dan baca lagi. Bertambah pening bila Vesa pula boleh datang ke Malaysia semasa dia bermimpi. Dah pulak, kenapa dengan mimpi je ni?
Apakah punca kejadian ini berlaku? Ada juga diterangkan mengenai dimensi ke-4 iaitu ruang dan waktu tapi sumpah aku tak faham. Haha. Bab fizik tolonglah jangan bagi kat aku. Ajarlah berkali-kali pun, aku tetap bengap bab fizik. Serius aku mengaku. Haha.
Dan akhirnya punca kejadian terbongkar juga. Sungguh tidak disangka bahawa itulah punca sebenar kejadian mimpi yang berlaku pada Noura dan Vesa.
Semuanya bermula dengan sepasang cincin meteor yang diberi nama Cincin Two Soul. Sepasang cincin Two Soul yang mempunyai kuasa magis. Rekaan yang unik tanpa mengubah serpihan batu meteor telah menjadikan Two Soul adalah cincin meteor yang menjadi rebutan.
Dream Soul + True Soul = Two Soul
Plot cerita menjadi semakin menarik apabila Vesa benar-benar dalam dunia realiti datang ke Malaysia untuk menjejaki Jardi (sepupu Vesa) yang ingin mendapatkan satu cincin Two Soul daripada Noura.
Semakin bersemangat baca bab ni kerana Vesa dan Noura juga bakal bertemu dalam dunia realiti buat pertama kali. Fuhh! Ini yang aku tunggu sebenarnya. Mesti sweet. Haha.
Aku juga suka dengan kisah di sebalik cincin Two Soul. Melibatkan ayah Vesa dan bakal isterinya, Arianna dan agama Islam.
Ending novel ni best gila!! Wahhh berbunga-bunga hati ini 😍 Aku tersenyum sendiri. Tak sangka di akhir cerita, ada juga diselitkan kisah romantik 😀
Bagaimanakah pengakhiran cerita ini? Berjayakah Vesa menumpaskan Jardi? Bagaimana cara yang digunakan untuk menumpaskan Jardi. Apa lagi kuasa magis cincin Two Soul?
Korang nak tahu apa yang berlaku? Sila baca novel ini. Korang tak akan menyesal baca.
Cuma dalam novel ni, ada bab meteor, langit, galaksi, wormhole yang bila baca pun sumpah tak faham. Korang boleh skip part tu. Tapi tak payahlah skip. Bacalah, penat penulis bagi info berguna dalam novel beliau. Aku tetap baca walau tak berapa faham. Hihi.
Aku menutup novel ini di akhir pembacaan dengan hati yang puas dan senyuman terukir di bibir. Muahaha.
Satu lagi yang menarik dalam novel ini adalah ayat Al-Quran terjemahan sebagai permulaan setiap bab. Ada 32 bab dalam novel ni jadi ada 32 ayat Al-Quran terjemahan yang diselitkan bersama dan kebanyakannya berkaitan alam semesta.
“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.” (Al-Quran, surah Al-Anbiya, ayat 16)
“Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata.. .” (Al-Quran, surah Qaf, ayat 7)
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al-Quran, surah Al-Anbiyaa’, ayat 33)
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Quran, surah An-Nahl, ayat 18)
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ★★★★
Bagi pencinta buku yang inginkan kelainan, aku syorkan baca novel ini. Kisah cinta hanya di akhir cerita saja. Tidaklah melarat sampai rasa meluat. Hihi. Plot cerita yang berbeza dan tiada lagi dalam pasaran Malaysia.
Aku tumpang gembira dengan penulis tempatan yang sudah mula menghasilkan novel yang mempunyai jalan cerita yang boleh lari dari kisah cinta cliche.
Well done, Ema and good luck for your next novel 👍