Mengambil masa seminggu untuk post entri mengenai kafe ini. Punyalah bagi hint dalam entri Happy 31st Birthday, To Me~~!! sebab ingatkan aku terus semangat nak post entri kafe sehari selepas itu. Muncul lagi blogging slump. Haha.
The Parque Cafe terletak di EcoWorld Gallery at Eco Sanctuary (near to Kota Kemuning Shah Alam). Jauh nak pergi sini.
Konsep glasshouse kafe ini menjadi punca utama aku nak sangat ke sini. Aku memang suka pergi kafe tambah lagi yang cantik-cantik jadinya mengambil peluang sempena birthday untuk minta suami bawa aku ke sini. Hihi.
Setelah dikaji, haha, rupanya glasshouse cafe ini diinspirasi daripada Jay Chou music video bertajuk Handwritten Past. Tak memasal jugaklah aku tengok music video Jay Chou, memang sebijik weii kafenya! Boleh tahan jugaklah lagu tu nanye. Lagu jiwang yang popular sekitar tahun 2014. Dah like video lagu ini di Youtube. Hehe.
![]() |
Glasshouse Cafe |
Ada dua glasshouse di sini. Surprisingly, masa aku pergi sini, hanya aku dan suami saja. Lepas tu, barulah ada customer lain. Jadi tiada masalah untuk duduk di mana saja kami nak.
You can’t park inside the premise. You can park at the car park located opposite, then wait for a buggy car to pick you and send you straight to The Parque Cafe. Ada beberapa buggy car dan servis mereka pun bagus. Mereka akan tunggu korang di parking lot dan bawa korang ke kafe.
Kalau nak jalan kaki pun boleh. Tidaklah jauh sangat jaraknya. Cuma cuaca panas terik ketika aku datang menyebabkan aku naik je buggy car. Seronok! Bukan selalu dapat naik pun. Hihi.
![]() |
You love to make coffee. I love to drink coffee. Perfect <3 |
Konsep kafe simple dan cantik. Hanya ada empat meja di main glasshouse dan tak tahu jumlah meja dalam another glasshouse. Pendek kata sikit saja mejanya. Disebabkan glasshouse kan, jadi sila duduk di tempat yang terlindung dari sinaran matahari. Siapa cepat dia dapat 😀
![]() |
Spaghetti and Iced Latte |
Aku hanya makan spageti dan latte saja di sini. Bagi aku, both sedap. Takdelah sedap wow sangat, cuma bolehlah untuk bagi aku kenyang. Bila latte tidak memerlukan aku untuk add on syrup, maknanya sedap.
Nak makan kek tapi baru je makan kek di Subang Parade sebelum datang ke sini. Tidaklah nak makan kek lagi. Nampak macam sedap je kek di sini.
Selepas makan, sesi pengambaran pun bermula 😀
![]() |
Minta tolong customer lain untuk ambilkan gambar kami. Tolong-menolong ambil gambar 🙂 |
![]() |
Dinding di tepi kafe |
![]() |
Ala gazebo yang besar dan cantik |
![]() |
I’m not ready yet. Candid lah nie namanya 😀 |
Kalau korang rasa boring duduk lama di kafe, korang boleh jalan-jalan ambil gambar dan boleh juga visit show houses yang ada di sini (belakang dalam gambar di atas). Sebelum tu, korang kena daftar dulu di pejabat Eco Sanctuary (terletak di kawasan ini juga) dan baru boleh visit show houses.
Aku dan suami malas nak daftar. Jadi, hanya jalan-jalan di luar rumah saja. Tidak dibenarkan ambil gambar di luar rumah ye. Nak juga curi ambil gambar tapi ada saja pak guard di situ. Kacau betul. Haha.
![]() |
Luas, cantik, dan panas ^_^ |
![]() |
Di luar pintu masuk ke The Parque Cafe |
Overall, The Parque Cafe adalah satu glasshouse kafe yang mempunyai konsep dan persekitaran yang menarik. Sesuai dikunjungi oleh cafe lover, like me 🙋😊
Kalau korang ada masa terluang, sila lah singgah sini 😀
Details:
The Parque Cafe,
Eco Sanctuary, EcoWorld Gallery,
Lot 41296 Persiaran Eco Sanctuary,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor.
Opening Hours: 10AM – 10 PM daily
(Waze saja, confirm sampai)
Siapa pengemar kopi dan kafe? Sila angkat tangan tinggi-tinggi 😁
Write later,