Hari ini, ITT team ada buat makan-makan Shell Out. Pada mulanya, kami nak buat potluck sebelum Ramadhan. Kak Sha pula bagi cadangan untuk tempah Shell Out. Aku memang sangat setuju dengan idea ni. Sebab tak payah masak! Haha.Β
Kami tempah shell out daripada InstagramΒ @comot2 . IG ini dicadangkan oleh Miera, memandangkan dia pernah tempah dulu. Semua pengurusan mengenai tempahan shell out dikendalikan oleh Masyi.
Malas nak taip panjang. Jom terus terjah kepada makanan ye ^_^
Menaip sambil masih merasakan kesedapan shell out tadi π
![]() |
Dah siap setup π |
![]() |
Semua makanan. Kuah ikan siakap tak tuang lagi masa snap gambar ni π |
![]() |
Ketam goreng telur masin. Sedap sangat! |
![]() |
Ada dua jenis kuah. Ini yang pertama; kuah sambal pedas kot namanya. Hihi. |
![]() |
Aku suka yang ni! Kuah ala butter chicken tu. Sedap gilaaaaaaa! |
SEMUA SEDAP!!! SERIUS SEDAP!Β
Tak puas makan! Rasa macam nak order sekali lagi. Hihi.
![]() |
IGΒ @comot2 |
Sekarang rasanya ramai buat bisnes shell out delivery. Aku rekomen IGΒ @comot2 ni. Servis cepat, sekejap je dorang setup, harga berpatutan dan paling penting, sedap!
Ohh cakap pasal harga. Kami order menu di atas untuk 36 orang dengan jumlah harga RM1150. Maknanya, RM31 / pax. Bagi aku harganya standard saja, tambah lagi apabila mereka hantar dan setup di tempat kita. Dan paling best jugak, tak payah basuh pinggan selepas makan. Hihi.
Muka kami yang teruja sebelum makan π
![]() |
Meja 1 |
![]() |
Meja 2 |
![]() |
Meja 3 |
Tak ambil gambar pula selepas semua makanan dah licin! Hihi.
Pertama kali aku makan shell out dan pilihan yang tepat! Bercadang juga untuk tempah shell out delivery di rumah pula. Mungkin satu hari nanti =)
Korang pernah makan shell out? Kedai mana yang korang paling suka? Boleh bagi cadangan π