Nampak tajuk saja sudah aku agak bahawa buku ini merupakan kisah pengalaman penulis yang pernah menjadi tukang cuci di UK.
Aku pinjam buku ini daripada kawan sepejabat, Masyi. Ada ternampak buku ini di atas meja dia, lalu aku pinjam. Lagipun, tengok bukunya nipis saja. Pasti boleh habis dalam beberapa jam. Hihi.
Tapi, aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan pembacaan satu buku yang hanya mengandungi 153 muka surat.
Sebab aku sibuk ( tak sempat baca di pejabat ) dan ada bahan bacaan yang lain apabila di rumah.
Aku akan terus kepada review untuk buku ini ye ^_^
REVIEW
Buku yang menceritakan pengalaman penulis sepanjang menjadi tukang cuci di UK. Gaya penulisan santai dan bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Malay + English.
Part yang aku suka dalam buku ini apabila penulis menceritakan mengenai pelbagai jenis manusia yang beliau jumpa dalam setiap bab. Daripada gadis blonde hingga ke mubaligh Kristian.
Turut juga diceritakan kisah bersama pengajaran yang penulis dapat dalam setiap bab itu.
Berbangga dengan penulis yang mampu menampung duit sewa apartment dan tiket masuk ke Royal Albert Hall kepada keluarga beliau semasa Hari Graduasi beliau di sana.
Dan paling penting, beliau dapat mengumpul duit perbelanjaan kahwin dengan menjadi tukang cuci di UK. Pound bila ditukar kepada Ringgit Malaysia, weiii banyak! Sure buat kenduri kahwin lengkap belaka π±
Pendapat peribadi aku, buku ini masih ada kekurangannya. Aku tak tahu dari segi apa. Yang pasti aku membaca buku ini tanpa perasaan yang membuak di dada. Perasaan ingin tahu juga tiada. Baca tanpa perasaan jugak nanye.
Mungkin kerana aku tidak berapa faham akan kesinambungan antara satu demi satu cerita. Aku tak tahu samada ia bersambung atau tidak. Entahlah, cuma ada sesuatu yang aku rasakan tidak lengkap dalam buku ini.Β
Β
Aku saja kot yang rasa begini π€
Β
Favourite Quotes:Β
Β
When you do the same thing everyday, I bet you can be good as time goes by.Β
Β
DIA datangkan pengajaran untuk kita daripada pelbagai makhluk ciptaan-Nya, walaupun yang tidak sejenis dengan kita atau seagama dengan kita.Β
Β
You know why I look young? Because I always think positive and keep myself happy.Β
Β
When you’re happy, you’re not thinking whether you’re old or young. You just enjoy your life as it is. That’s why I always cheer myself up. If you keep whining and complaining, you’ll feel sad. Even if people do something bad to me, I’ll always talk to them.. You know, just to keep myself and everybody happy.Β
Β
Sometimes you need to talk a lot, so you can release something from inside your mind. At least you’ll feel relieved a bit..if not much. But you know, people around you can’t give you happiness. Even your parents can’t make you happy. You have a lot to do for yourself.Β
Β
When you’re old and you have your family, your kids, you’ll enjoy the money that you earned. That is, if you get a good wife. If you get a bad wife, she’s gonna cause you a lot of trouble. If she spends too much, she’ll kill you. Do you know that most men die because of their wives? π
Β
Even if you have so much money and other materials, if you feel sad, it’s not gonna bring you any good, is it? You can’t buy happiness. It’s important for you to live in a surrounding where you fell happy.Β
Β
But people in this world, sometimes they can stand the sufferings, but sometimes they can’t. Some people can suffer for so long but still living his life like normal people. Some people, just can’t bear all the torments.Β
Β
Realiti kehidupan. Dalam kita menyangka yang ilmu kita sudah cukup banyak, hakikatnya ada lagi yang kita tidak tahu. Ilmu dan hikmah itu juga, bukan semestinya datang daripada mereka yang berjawatan atau berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Kadang-kadang, ia datang daripada sumber yang kita tak sangka.
Β
Dengan adanya tukang cuci, kita dapat menjalani kehidupan selesa dengan menggunakan kemudahan awam. Terima kasih tukang cuci! ππ
Mana taknya, aku mengomel sendiri kot kalau tandas awam tak bersih. Tambah lagi bila tandas berbayar. Rasa angin satu badan dan terus terbantut niat nak melepaskan hajat. Huhu.
Terima kasih penulis untuk buku ini. Sedikit sebanyak catatan kisah peribadi dan pengalaman yang diceritakan mampu memberi pengajaran kepada pembaca.
Sesungguhnya, setiap pengalaman yang kita dapat di muka bumi ini daripada pelbagai cara adalah didikan daripada Allah. Terimanya dengan baik dan berdoa agar pengalaman itu dapat memberi kekuatan dalam diri kita π
Rating:Β β β β