In my previous post, aku ada cerita mengenai our short weekend getaway in Cyberjaya. Pada malam hari, kami tak tahu nak makan di mana walaupun Shaftbury Square ada banyak kedai makan.
Kami ke DPulze Shopping Centre yang terletak berdekatan dengan Shaftsbury Square. Pertama kali masuk DPulze dan aku rasa seronok sebab banyak gila weii kedai makan. Kenapa Cyberjaya jauh dari Subang? 😀
Jadi dalam entri ini, aku nak review mengenai satu restoran makan sedap pilihan kami di DPulze Shopping Centre Cyberjaya iaitu Campur Campur Kitchen. Banyak restoran yang menarik cuma aku lebih tertarik dengan restoran ini. Pilihan dinner terletak sepenuhnya di tangan aku. Suami hanya mengikut. Hihi.
Hiasan restoran yang ringkas dan hanya bermain dengan warna putih, merah dan kuning menjadi sebab utama pemilihan aku untuk makan di restoran ini. Aku suka akan konsep restoran yang ada.
Restoran ini menghidangkan hidangan ala Indonesia, Chinese, dan Thai. Entah kenapa tiada Malaysia di situ? Takpelah. Nama pun nak cuba kan. Layankan.
Selain daripada hiasan dalaman, restoran ini sangat mementingkan pelanggan di mana staf cepat dalam melayan kami. Menu yang kami order juga sampai kurang daripada 15 minit. Ada diberikan salad percuma setiap hari. Sesuai untuk mereka yang diet, makan salad je tau. Hihi.
Kami order minuman yang sama iaitu Tea Hong Kong Style (RM 3.68). Rasanya seperti teh ais dan sedap! Susah tau nak penuhi kehendak aku untuk Teh Ais. Kira minuman ni menepati juga citarasa teh ais bagi aku walaupun tidak 100 peratus. Jenuh nak habiskan bila minuman ini didatangkan dalam kole air.
Restoran ini unik dan bertepatan dengan namanya Campur Campur Kitchen. Sebab makanan yang kita order datang dalam saiz yang besar dan bersama side dish yang banyak. Kami berdua memilih untuk order menu dalam bentuk set dan makanan kami seperti di bawah.
![]() |
Ayam Penyet Rice Set RM 14.06 |
![]() |
Chicken with Salted Egg Yolk Rice Set RM14.06 |
Besar kan portion makanan kami? Jenuh nak habiskan dan seperti biasa, aku makan tak habis. Huhu. Rasa bersalah tapi apakan daya. Nasi banyak dan side dish pun banyak juga iaitu Ayam 3 Rasa, Egg Salad Thai Style dan Sambal. Semuanya sedap dan semua sumber daripada ayam! Hihi. Aku mencari menu berkaitan ikan tapi tak jumpa. Atau aku yang tak perasan?
Disebabkan kami makan hanya berdua, jadi menu untuk review pun dua jela. Hihi. Pendek kata, makanan yang kami order semuanya sedap! Tak mahal sangat jika nak dibandingkan makanan di kafe atau restoran lain. Dan paling penting, sedap dan portion besar! Baru puas hati berbelanja. Ye tak?
Korang boleh waze DPulze Shopping Centre Cyberjaya. Kalau jumpa DPulze maknanya jumpalah restoran ini 😊 Dan satu lagi, ada cawangan restoran ini di Wangsa Walk Mall juga. Bolehlah pergi antara dua cawangan ini.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua 😋