Pertama kali aku ke Cyberjaya. Mengambil keputusan untuk ke Cyberjaya selepas tak tahu nak ke mana. Semestinya semua tempat fully booked dan tak nak juga sesak di highway kalau balik pada hari Isnin. Kebetulan suami ada kerja di Cyberjaya dan kami memilih to have our short weekend getaway in Cyberjaya.
Kami memilih untuk bermalam di SHAFTSBURY SERVICED SUITES di Cyberjaya. Selama ni hanya tidur di hotel dan kali ni kami pilih untuk tidur di serviced apartment pula. Okay fine! Sebenarnya, hotel fully booked. Haha. Padan muka, last booking sangat kan 😀
Alhamdullilah. Pilihan kami sangat tepat sebab Shaftsbury best sangat! Serviced apartment yang feel like home dan berdekatan pula dengan Shaftsbury Square yang penuh dengan kedai makan.
Aku booked Junior Room tapi telah di-upgrade kepada One Room Suite sebab Junior Room dah penuh. Aku tak kisah sebab upgrade. Kalau downgrade, rasa geram jugak. Hihi.
Jom aku bawa korang tour dalam One Room Suite ye ☺
RUANG TAMU
DAPUR
BILIK TIDUR
Aku tak ambil gambar bilik mandi. Biasa je bilik mandi. Cuma tiada bathtub. Kelengkapan dapur pula sangat lengkap. Peti sejuk, microwave, pinggan mangkuk, cawan, periuk, frying pan, periuk nasi, pemanas air elektrik, dan pembakar roti. Semua lengkap! Beli bahan basah je kalau ada sesiapa nak masak. Aku tidaklah masak di sini. Hihi.
![]() |
Love the tagline : Your Home Away From Home |
![]() |
Toiletries. Aku ambil semua bawa balik walaupun aku tak guna. Hahaha. Memang hobi aku ambil semua. Hihi. |
Pemandangan dari bilik kami di tingkat 8. Short weekend getaway in a city makanya pemandangan pun nampak bangunan jela 😄
SWIMMING POOL
Kami hanya lepak sebentar di sini selepas sarapan. Tidaklah mandi walau tiada orang masa tu. Rasa rugi sebab aku tengok gambar di Instagram, ramai juga yang post gambar di sini ketika sunset. Bestnya!! Lama tak tengok sunset dalam suasana yang tenang. Biasa nampak sunset tapi sedang memandu. Mana mahu nak ambil gambar.
Pemandangan kolam renang dari atas. Cantik! Gambar ini aku ambil dari Mr Google.
Lebih kurang jam 11 malam, kami keluar untuk menikmati pemandangan malam di Putrajaya. Memandangkan kami dah beberapa kali keluar berjalan di Putrajaya, jadi kami hanya pergi ke Jambatan Seri Wawasan dan Jambatan Seri Gemilang.
![]() |
Jambatan Seri Wawasan |
![]() |
Jambatan Seri Gemilang |
Sampai sekarang aku masih google untuk memastikan nama jambatan di Putrajaya adalah betul. Serius, walau berkali aku ke Putrajaya, masih tak ingat nama jambatan. Ada sesiapa yang ingat nama jambatan ke?
Curi ambil gambar encik suami semalam. Hihi. Mungkin sedang memikirkan kerja yang bakal dihadap hari ini. Isterinya esok, hari Rabu baru masuk kerja. Hari ini masih bermalasan di rumah 😎
Itu saja kisah kami di Cyberjaya. Tiada apa sangat pun selain daripada pertama kali tidur di serviced apartment. Besar dan kalau bawa family ramai-ramai pun best. Bawa je toto sekali. Boleh tidur di ruang tamu. Sofa pun besar dan boleh muat seorang tidur. Eh dua orang pun bolehlah. Hihi.
It was too bad because our stay here was too short. We felt really comfortable and it felt like home. It really suits their tagline, Your Home Away From Home. Aku rekomen untuk semua datang ke sini. Sesuai tak kisah for couple or family.
Mungkin ini adalah short weekend getaway kami berdua yang terakhir untuk tahun ini, 2016.
Masih tiada plan untuk tahun depan. Suami seorang tentera makanya semua plan harus last minute. Layankan je 😇