Hari ni, aku cuba habiskan entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip. Malas bab nak pilih gambar , edit, dan letak watermark sebenarnya. Haha. Itu yang bertangguh beberapa hari selepas entri Part 1.
Korang boleh baca mengenai pakej, jadual, tempat penginapan kami (Redang Mutiara Beach Resort) dan jumlah perbelanjaan kami selama 3 hari 2 malam dalam >>> ENTRI INI.
Aku bahagikan entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip menjadi empat bahagian iaitu:
Part 1 – Package, Itinerary, Accommodation, and Budget
Part 2 – Snorkeling Points in Pulau Redang
Part 3 – Leisure Hour – Relaxing and Photography Session
Part 4 – Goodbye Redang and Food Hunting in Terengganu
Harap korang semua stay with me till the end of my stories. Thank you in advance. Hii ^_^
Tanpa berlengah masa, mari aku ceritakan mengenai snorkeling points di Pulau Redang dan juga pengalaman di setiap point.
Snorkeling diadakan pada dua hari pertama: 29 April – Pasir Akar manakala 30 April di Marine Park dan Pulau Ekor Tebu.
Eh kejap. Sebelum cerita mengenai snorkeling, nak berkongsi dulu kasut yang kami pakai semasa snorkeling dan sepanjang berada di pantai.
SNORKELING POINTS AND STORIES
PASIR AKAR
Snokeling point pertama yang kami pergi di waktu petang hari pertama. Masa tu, rasa macam penat juga sebab lepas sampai je resort, kami terus mandi manda di pantai. Tak nak berehat langsung. Mana tahan wei tengok laut cantik. Rugi duduk dalam bilik tau.
Kami semua mandi termasuk Hanis dan Syira yang bergilir memandu dari Subang ke Merang. Mereka berdua sentiasa menjadi pemandu yang berhemah dari tahun lepas ke Pulau Perhentian hingga ke tahun ini ke Pulau Redang. Thank you korang! 😍
Perjalanan ke Pasir Akar tidaklah lama sangat. Cuma aku tidak berapa gemar akan bot yang membawa kami snorkeling. Bot tertutup tau macam feri tu. Rasa sesak nafas duduk dalam tu. Aku lebih suka akan open bot tapi dah disediakan bot seperti feri itu, naik jela kan. Tak kan nak protes pulak kat situ. Kena humban dalam laut kang! Hahaha.
![]() |
View di Pasir Akar. Ada gambar ni je dalam phone aku. |
![]() |
Tasha. Sempat ambil gambar Tasha je. Sebab dia yang sentiasa berdekatan dengan aku. Hihi |
Seronok sangat snokeling kat sini! Sebab banyak ikan weii!!! Banyak gila! Aku suka sungguh lah jumpa banyak ikan camni. Tahun lepas masa ke Pulau Perhentian, rasa takdelah aku jumpa ikan banyak camni. Mungkin aku yang tak explore sangat kot.
Ikan di Pulau Redang cantik, banyak, dan mesra alam! Hihi.
Tak boleh nak snap gambar dalam laut. Maklumlah phone letak dalam beg kalis air. Hanya boleh ditekan semasa tidak berada dalam laut saja. Jadinya, tekan record siap-siap dari atas dan masuk ke laut.
Makanya, gambar di bawah, aku snap daripada video saja. Hihi.
![]() |
Tengok siapa tu? :p |
![]() |
Banyak ikan! Suka! |
MARINE PARK
Kami pergi ke Marine Park pada hari kedua di awal pagi. Seawal jam 8.30 pagi, kami sudah disuruh berkumpul untuk pergi ke sini. Perjalanan ke Marine Park lagi sekejap daripada ke Pasir Akar semalam.
![]() |
View dari laut. Taman Laut Malaysia, Pulau Redang |
Kat sini lagi best sebab jarak dekat dari tepi pantai je sudah ada banyak ikan. Tak payah nak snorkeling beriya. Masa kami sampai, orang masih tak ramai. Jadi memang seronok lah terus turun ke laut.
Kalau korang nak ke Marine Park, dinasihatkan agar datang awal tau. Kalau tidak, korang snorkeling sambil berlanggar dengan orang nampaknya. Ada seorang bagi taklimat sesudah kami sampai di sini. Dan dia kata akan tiba lagi 14 bot ke sini pada waktu pagi saja.
Bayangkan!! 14 bot weii! Berapa ramai orang pulak jumlahnya tu haa! Fuh mujur sampai awal.
Kat sini pun, ada kejadian yang mengelikan hati juga berlaku 😆 Dijadikan cerita, Nadia bawa roti bersamanya. Nak bagi ikan makan. Aku yang berada di belakang Nadia terkejut sebab tiba-tiba banyak ikan datang kat aku.
Aku memang suka ikan banyak camtu tapi kalau dorang dah datang kat aku secara berjemaah gitu, jadi seram dan geli jugak nanye. Tengah duk berfikir kenapa ikan datang kat aku? Rupanya baru nampak yang sebahagian roti yang Nadia bawa terlekat pada jaket aku. Patutlah ikan banyak datang kat aku. Ada makanan rupanya 😅
Cepat-cepat aku leraikan roti yang ada sambil menjerit. Muahaha. Rasanya semua orang kat situ dengar aku jerit. Maaflah ye 😁 Seronok juga sebenarnya. Anggap jela ikan suka kat aku. Dah ada makanan, sukalah! Hahaha.
Aku snorkeling sekejap saja di sini. Ombak jadi tidak menentu sebab bot asyik datang dan pergi saja. Rimas aku dibuatnya. Jadi, aku mengambil keputusan untuk duduk di tepi pantai dan perhatikan gelagat orang saja. Macam-macam orang ada wei. Aku suka perhati orang nanye. Hihi.
Ada yang teragak-agak nak turun ke laut. Ada yang tak habis-habis betulkan mask snorkeling. Ada yang menjadi cikgu untuk mengajar orang snorkeling. Paling aku suka adalah ayah mak yang bagi sokongan kat anak dorang agar tidak takut. Berbuih mulut cakap, ‘adik, jangan takut”. Senyum sendiri aku.
![]() |
Semasa kami sampai. Tak ramai orang lagi. |
![]() |
Ketibaan bot |
![]() |
Ramai orang! Masa ni lagilah aku hanya duduk di tepi pantai saja. Hii |
Disebabkan aku tidak snorkeling sangat di sini, sampai keringlah baju duduk tepi pantai. Hihi. Aku ambil gambar ikan dan coral di bawah daripada video yang Nadia share. Video daripada GoPro makanya gambar terang sikit 😀
![]() |
Cantik 🙂 |
![]() |
Coral pun cantik |
![]() |
Rasa nak beli GoPro. Okay, mahal. Beli action camera pun jadilah 😀 |
Hampir dua jam kami di sini. Kat sini ada tempat bilas badan selepas naik daripada laut. Tak ambil gambar pula. Korang ikut je arah orang berjalan. Biasanya ikut arah orang berjalan adalah perkara paling senang kalau tak pasti. Hihi. Tempat ni tidaklah luas. Tak akan sesat.
![]() |
Tak sempat ke sini. Ambil gambar semasa dalam perjalanan nak naik bot untuk pulang |
PULAU EKOR TEBU
Selepas lunch di petang hari kedua, kami dibawa ke sini. Aku tak sempat bertanya kepada Ayoh mengenai asal usul nama tempat ini. Macam pelik pulak namanya. Hihi. Ohhh Ayoh adalah orang yang bertanggungjawab membawa kami ke sini. Pemandu bot lah ni. Banyak pengalaman Ayoh. Bawa orang snorkeling dah berpuluh tahun katanya.
Tiba di lokasi terakhir snorkeling dan aku terus memandang sekeliling. Agak gusar untuk aku turun sebenarnya sebab lokasi ini di laut dalam. Aku automatik teringat akan kisah hampir lemas di Light House Pulau Perhentian tahun lepas.
Hmm. Namun aku gigihkan juga turun ke laut. Nak juga merasa. Cuba try test.
Tapi aku hanya berada di laut tidak sampai 15 minit. AKU TAKUT!! Serius teringat akan kisah di Pulau Perhentian dan aku jadi seram dan panik. Cuba untuk snorkeling tapi apabila melihat dasar laut yang sangat dalam terus aku berhenti 😩
Mula-mula aku berpaut pada Tasha untuk bawa aku ke bot tapi sayangnya air laut tidak menentu masa tu. Kami asyik tertolak lagi jauh daripada bot. Kasihan Tasha. Huhu.
Aku terus lambaikan kedua-dua tangan. Sebelum turun ke setiap lokasi, boatman dah pesan agar melambaikan kedua-dua tangan jika mahu pertolongan. Jangan lambai satu tangan je. Nanti dorang ingat itu hanya lambaian bye-bye.
Ada boatman datang dan membawa aku ke bot dengan menarik aku menggunakan pelampung. Terima kasih banyak-banyak! 🙏 Jasamu dikenang.
Aku tahu orang kata jangan panik ketika di laut. Kalau panik, apa pun tak jadi. Aku cuba untuk tidak panik tapi haih, tak boleh. Fobia. Terbayang-bayang kejadian lepas menyebabkan aku tak sanggup lagi nak mengalaminya buat kali kedua 😔
Bila diri dah tenang di atas bot, aku mulalah ambil gambar dan mencari mereka berempat di tengah laut. Susah nak nampak. Warna tudung pula gelap je semua. Tak cam mana satu mereka di kejauhan itu.
![]() |
Tak ramai orang kat sini |
![]() |
Mana korang…. |
![]() |
Masa nak balik dah. Ada 2 bot lagi datang. |
Kami di sini hanya satu jam rasanya. Ramai orang yang naik cepat ke bot. Semua yang naik ke atas bot cakap penat snorkeling kat sini. Ada seorang mamat tu dah naik bot sama masa dengan aku. Dia kata kakinya rasa nak cramp. Jadi dia terus naik bot je sebelum apa-apa terjadi.
Betul juga kan. Kaki cramp boleh jadi bila-bila masa. Sebab tu dinasihatkan agar pakailah jaket keselamatan walaupun kau superb talented berenang. Mana tahu kaki cramp tiba-tiba nanti.
Kalau naik bot dengan Ayoh, diwajibkan semua pakai jaket keselamatan. Tak dibenarkan turun ke laut kalau tak pakai.
![]() |
Hanis dan Tasha. Masa ni, Nadia dan Syira masih berada di dalam laut. |
Dalam perjalanan pulang dari sini, kami berlima duduk di depan bot. Seronok rasanya sebab boleh melihat keindahan lautan luas dengan angin kuat. Best! Ayoh pula bersungguh bawa kami yang di depan ini untuk melihat sesuatu katanya. Kami pelik jugak apalah bendanya kan.
![]() |
Inilah bendanya.. Cuba cari apa yang misteri? Hihi |
Ayoh kata batu-batu kecil (di tepi kiri gambar) adalah sesuatu kejadian yang misteri. Kenapa misteri? Sebab bagaimana ubah pun batu kecil tersebut, esok harinya batu itu akan kekal begitu juga. Seperti ada orang menjaganya. “Bunian kot, Ayoh”.
Sebenarnya aku blur masa ni 😁 Iyakan jela apa yang Ayoh cerita. Hihi.
![]() |
Geng Makan! <3 |
![]() |
Tak pasti apa yang kami suka sangat masa ni. Yang pasti aku suka gambar ni <3 |
Tamat sudah cerita mengenai snorkeling di Pulau Redang. Hanya ada tiga lokasi untuk snorkeling di Pulau Redang. Sebab itu juga masa terluang banyak di sini.
Dalam post selepas ini (Part 3), aku akan ceritakan pula apa yang kami buat ketika masa terluang itu ye.
Thank you for reading and stay tuned for my next story ^_^