First of all, terima kasih semua kerana menegur tentang kesalahan aku dalam post sebelum ini. Hihi. Happy aku bila ada yang menegur. Inilah dinamakan saling membantu sesama rakan blogger 😊
![]() |
Thank you =) |
Sebenarnya post ini untuk menjawab soalan The Sunshine Blogger Award daripada Hanis. Sekian lama aku peram dalam draft. Orang kata biar lambat asalkan buat kan? Hihi. Terima kasih Hanis untuk award ini 😊
Okay. Soalan bermula sekarang ^_^
1. What is the first impression you always get?
Hmm. Sombong? Haha. Aku pun tak tahu. Cuma kawan aku pernah cakap yang ada orang kata aku sombong. Mungkin sebab aku susah nak senyum dan menegur orang. Aku malu beb!
Nak biarkan aku mulakan perbualan dahulu dengan strangers, agaknya macam tunggu bulan jatuh ke riba. Haha. Kalau keadaan memaksa, itu lain ceritanya.
Berlainan pula cerita di media sosial, aku pula yang suka bertanya dan menegur. Hihi.
2. Is it true? And do you like that impression?
Not true! Aku tak sombong pun sebenarnya cuma aku malu nak menegur. Semestinya aku tak suka tapi anggapan orang itu kerana sikap diri sendiri juga. Jadi perlu ubah sikap agar first impression itu berubah kepada yang lebih baik.
![]() |
Tipulah quote ni. Kan? |
3. How do you react to someone who keeps on talking to you about topics you are not interested in?
Do you know the story of Puteri Gunung Ledang? Bagaimana cara halus Puteri Gunung Ledang menolak pinangan Sultan Melaka. Nak tujuh dulang segala benda sehingga terpaksa korbankan Putera Mahkota yang masih kecil.
Aku harap aku boleh jadi macam PGL dengan menggunakan cara halus dan buat orang tak terasa kalau aku tak berminat akan sesuatu topik. Biasanya, aku akan terus mendengar dan buat-buat sibuk. Dan pada ketika itu, I wish someone call my name 🙊
4. Do you mind to buy albums (physically / digitally? of songs you love to listen or just download them online?
Dulu masa zaman belajar, aku lebih suka download saja. But now, I prefer to buy albums / songs digitally. Salahkan iPhone! Aku pernah beli lagu tanpa sedar di iTunes sampai bila datang jumlah bil RM100++. Haha. Banyak OST Korean Drama je.
Setakat ini, album lengkap yang aku beli hanya album Big Bang – MADE 😂 Hi T.O.P!
5. What kind of items you don’t mind buying the expensive one?
Tudung. I guess you already know kan? Aku agak pantang melihat design shawl yang cantik. Gatal je tangan nak beli 😄
Buku. Aku tak kisah berhabis duit untuk buku. Kalau aku suka satu buku, aku beli je. And mostly, hanya kerana terpikat dengan review di Goodreads. Buku paling mahal aku beli setakat ini adalah novel bertajuk Everyone We’ve Been by Sarah Everett (RM88.90) dan aku masih tak baca lagi novel ni 🙈
iPhone. Sekarang aku guna iPhone 6+ dan masih elok lagi. Tapi serius aku nak sangat iPhone Special Edition in RED. Blink-blink mata melihatnya tau.
6. Do you jot down notes during lectures / talks or simply listen and remember?
Jot down a little. But mostly I simply listen and remember. Tapi dengan syarat, aku mesti studi tajuk tu dalam masa terdekat.
7. Mountains vs beaches? And why?
Both cantik cuma aku lebih suka pantai. Kalau ada pantai, mesti ada laut! Yeayy! Aku suka sangat pantai dan laut. Sangat!! Excited setiap kali pergi. Bawalah aku ke mana saja pantai. Aku pasti teruja. Orang ramai kata pantai di Port Dickson tak cantik, tapi cukup cantik dah bagi aku. Hihi.
![]() |
Pulau Perhentian.
Tahun ni pun panggilan pulau juga. Tak sabar! 😀 |
8. Do you separate your trash into categories?
Aku hanya asingkan tin saja memandangkan aku suka minum air dalam tin. Kopi Tarik Wonda 😋
9. Do you put your phone on flight mode when charging?
NEVER. Haha.
10. Would you mind to share the latest picture in your phone gallery (if appropriate)?
![]() |
Malunya nak tunjuk prestasi diri yang masih ditakuk lama 😑 |
Gambar ini diambil pada 5 April 2017 selepas my Wednesday night run. Aku suka ambil gambar dan letak summary daripada Nike Run App setiap kali habis larian. Konon dijadikan sebagai motivasi untuk larian seterusnya tapi akhirnya, tak jadi apa. Kalau dah nama MALAS dan TIADA MOOD. Haha.
11. Do you think time-travel is good (if it will be possible in the future)?
Sekarang dah banyak kali pula aku dengar perkataan time-travel. Hii. Aku baru habis baca novel A Thousand Pieces of You yang menceritakan mengenai travel through dimension dan tengok hanya dua episod of Tomorrow With You (Korean Drama). Konsep drama ini adalah time-travel.
Mengingatkan aku pada satu lagu lama…
“Andai dapat ku undurkan putaran dunia
Ingin ku ubah semula kata-kata dan tingkah lakuku
Yang salah agar kita dapat seiring di mercu asmara”.
Kalau diberi peluang, semestinya kita mahu kembali ke masa dulu, betulkan kesilapan agar outcome yang kita dapat berbeza pada masa kini.
Kalau diberi peluang juga, semestinya kita hendak ke masa akan datang, agar kita tahu apa yang bakal terjadi pada setiap keputusan yang kita buat sekarang. Susah kan nak buat keputusan tepat T_T
Tapi itu semua tidak berlaku. Dan kita bagaikan tidak percaya pada takdir Allah pula. Aku memilih untuk tidak menyukai konsep time-travel dalam kehidupan. Just go with the flow 😊
Done. Hit Publish Button ^_^
Salam Jumaat and Have A Good Day.