Aku tidak tahu akan kewujudan filem ini sehingga kawan aku ada berkongsi link menonton filem ini di Facebook. Aku jadi tertarik untuk menonton selepas aku tengok Official Trailer untuk kesinambungan filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 yang bakal ditayangkan pada 16 Februari 2017 di Malaysia.
Filem kedua nampak menarik dan aku perlu menonton filem pertama untuk memahami cerita ini.
Dan aku habis tengok semalam. Bercucuran air mata πππ
SINOPSISΒ
Pertemuan Pras dan Arini seperti sebuah kisah dongeng. Bertemu, bercinta, dan hidup bersama. Kehadiran Nadia menambahkan lagi keutuhan dan kebahagiaan rumahtangga mereka.
Pras adalah seorang lelaki yang sebatang kara di dunia ini setelah ditinggalkan oleh ibunya yang mati bunuh diri atas kecelakaan jalan raya. Pras seorang lelaki yang baik dan dia bersungguh ingin menggambarkan sebuah surga yang bakal dirindukan oleh Arini. Pras berjanji untuk tidak pernah menyakiti hati Arini dan tidak akan mengusik walau sedikit kepercayaan Arini kepadanya.
Takdir berubah apabila Meirose datang dalam kehidupan Pras. Pras menyelamatkan Meirose yang ingin mengakhiri hidupnya walaupun dia baru saja melahirkan seorang bayi lelaki.
Pras teringat akan kisah silamnya dan mengambil keputusan drastik untuk mengahwini Meirose. Hanya itu jalan yang ada untuk buat Meirose percaya bahawa ada lelaki yang jujur dan baik dalam dunia ini. Pras juga tidak mahu anak Meirose menjadi sepertinya dahulu. Hidup sebatang kara.
Pras merahsiakan perkahwinannya dengan Meirose kerana ingin mencari masa yang sesuai untuk memberitahu Arini yang baru saja kehilangan ayahnya. Dan di hari peninggalan ayah Arini, Arini baru saja mendapat tahu bahawa rupanya ayahnya berpoligami.
Akhirnya rahsia terbongkar. Arini merasakan bahawa dongeng indah mengenai perkahwinnya dirosakkan oleh Pras dan Meirose. Arini juga merasa rumah tangganya dengan Pras bukan lagi seperti surga yang dirindukan.
Mereka berpisah rumah buat sementara. Setelah sekian lama, Arini menerima kehadiran Meirose dalam kisah dongeng dia bersama Pras. Meirose merasa dirinya sebagai perosak kebahagiaan wanita lain dan pergi membawa diri meninggalkan anaknya bersama Arini dan Pras.
REVIEW
Sebuah kisah yang sangat menyentuh jiwa. Sebuah kisah yang membuatkan aku berfikir mengenai cinta, kesetiaan, kebahagiaan, takdir dan ujian yang harus diharungi.
Kita sebagai manusia kadang-kadang tersepit dengan pilihan yang ada. Seperti Pras yang tersepit di antara pilihan untuk tidak mengecewakan Arini dan pilihan untuk menyelamatkan seorang insan Allah yang ingin menamatkan kehidupannya.
Pras seorang lelaki yang baik. Benar. Sangat baik. Tapi itulah, adakah ada lelaki yang mampu berlaku adil kepada isteri-isteri? Adakah wujud lelaki seperti itu? Even Pras juga tidak percaya akan kemampuan dirinya berpoligami dan berlaku adil.
Poligami. Perkara paling tidak disukai oleh wanita dan aku tergolong dalam wanita itu. Tak kira walau apa penjelasan suami, mana mungkin seorang isteri tegar melihat kasih sayang dan cinta suami berbelah bagi.
Arini mengambil masa untuk berfikir mengenai masalah keluarganya dan dia memilih untuk menerima Meirose. Aku sangat tabik spring dengan ketabahan dan keikhlasan hati Arini.
Surga hanyalah tempat bagi orang-orang yang selalu bersyukur dan ikhlas. Adakah benar keikhlasan itu wujud untuk berkongsi kasih? Atau semuanya hanya pergorbanan saja?
Marilah sama-sama kita sebagai wanita fikirkan. Tidak salah untuk katakan tidak dan memilih jalan hidup yang lain asalkan itu membahagiakan kita. Jika pilihan kita adalah untuk kekal bersama, tabah, sabar, dan ikhlas perlu diterapkan dalam jiwa dan fikiran.
Aku tertanya-tanya, setelah terpalit satu kejadian yang boleh meruntun jiwa, merosakkan kepercayaan Arini kepada suaminya, Pras. Adakah kehidupan Pras dan Arini kembali bahagia dan seperti sediakala walaupun Meirose telah pergi meninggalkan mereka?
Mungkin mengambil masa untuk move on daripada kisah itu. Only time can heal a broken heart. It’s true.
Aku suka pada Meirose. Daripada seorang wanita bukan Islam dan menjadi seorang wanita Islam yang bijak dan mempercayai takdir Allah. Percaya sepenuhnya kepada Allah. Menyatakan bahawa dirinya sudah kuat kerana mempunyai Allah di hatinya. Hidayah adalah milik Allah dan merupakan anugerah terbaik kepada hambaNya.
Kata Mutiara dalam filem ini:
Surga yang digambarkan begitu indah, tapi maaf bukan surga itu yang aku rindukan.
Siapa saja yang bisa menjamin orang itu baik atau tidak, kalau bukan kita yang mempercayainya.
“Kamu percaya akan dia?”. “Atas redha bapak”.
Tidak ada yang bisa aku berikan untuk membahagiakan kamu kecuali diriku sendiri.
Buat aku, kebahagiaan tidak diberikan. Tapi bersama-sama kita cipta dengan saling percaya. Di situlah surga kita. – Insyallah. Aku akan menjaganya bersamamu.
Kita berdua tahu. Tidak ada perempuan yang sepenuhnya ikhlas berbagi, yang ada kita sama-sama berkorban.
Dia pahlawanku Ya Allah. Dia yang selamatkan aku. Tapi dia bukan hanya milikku. Aku yang memaksanya berbagi. Kalau saja aku mengenalMu lebih baik Ya Allah, aku tidak akan membangun kebahagiaan di atas air mata perempuan lain. Aku tidak akan membuat susah orang lain, juga diriku sendiri. Kau yang punya takdir Ya Allah, lindungilah aku, jagalah aku, lindungilah dia, jagalah dia..
Hari ini aku tutup dongengku dengan kesedihan. Agar dongeng perempuan lain mendapatkan kebahagiaan. Kerana menurutku kebahagiaan adalah ketika kita bisa membuat orang lain bahagia.
Lagu Surga Yang Tak Dirindukan oleh Kris Dayanti sangat bertepatan dengan filem ini. Aku menangis semasa lagu ini disiarkan ketika babak Pras, Arini, dan Meirose, masing-masing memohon kekuatan dan petunjuk daripada Allah. Lirik lagu yang menyentuh hati dan perasaan π
Merelakan cinta untuk dibagi
Tak semua hati siap berbagi
Mungkin bisa sajaΒ
Hanya bilang Tuhan yang mahu
Β
Akulah sayapmu yang kau butuhkan
Untuk nanti terbang ke surga Dia
Namun bukan ini surga ku rindukan
Kesimpulan. Filem Surga Yang Tak Dirindukan adalah layak untuk ditonton dengan cerita yang penuh Islamik, serta pengajaran dan mesej kehidupan.