Hello semua ~ Apa khabar? Sihat ke? Dah lama tak jenguk kalian semua 😐
Sebagai permulaan untuk bulan Ogos 2017, entri pertama aku up adalah mengenai July Wrap Up. Masa tengah semangat berkobar update blog dulu, entri Month Wrap Up adalah entri pertama untuk setiap bulan.
Aku nak mulakan kembali dalam bulan Ogos ini supaya mood blogging kembali seperti dulu. Sungguh dan benar sekali aku cemburu tau tengok rakan blogger yang asyik update blog. Sekali lagi, aku ucapkan tahniah buat anda semua 👍😊
Sebelum aku melalut lebih panjang, hihi, mari aku nak cerita serba sedikit mengenai kehidupan aku dalam bulan Julai 2017. Rasanya bulan Julai 2017 adalah bulan yang agak sibuk buat aku.
PERSONAL
1. Work Achievement. Alhamdullilah. I got a certificate of achievement for Value Champ Award – Trustworthy. Terima kasih semestinya kepada manager dan my team. Tanpa korang, siapalah aku. Dah 7 tahun kerja bersama, rasa nak kekal selamanya begitu. Tapi apakan daya, mungkin keselesaan kerja bersama akan berubah satu hari nanti. Mungkin. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kami semua.
![]() |
Again, thank you. |
2. Goodreads Reading Challenge. Topik ni lagi? Hihi. Bulan lepas cakap pasal cabaran Goodreads, bulan ni pun sama jugak. Hidup tak boleh lari daripada buku nampaknya. Korang pun dah tahu kan? Hihi.
Disebabkan aku sudah lengkapkan cabaran Goodreads bulan lepas, maka dalam bulan Julai, aku upgrade jumlah buku dalam cabaran ini menjadi 40 buku. Dan saat entri ini ditulis, aku sekali lagi telah lengkapkan Goodreads Reading Challenge dengan telah membaca 45 buku.
Nak ubah kepada angka berapa agaknya lepas ni? Mungkin 70 buku? Macam tak yakin pulak mampu habiskan dalam tahun 2017. Hmm, tapi dah nama pun cabaran kan?
3. Pengalaman aku dikunci di luar rumah oleh suami tersayang, tercinta, dan segala-galanya hanya dia. Haha. Sikit punya panjang haa. Kalau ada yang belum baca, boleh baca kisah aku yang mengharukan tapi tak sampai hati nak marah dalam entri >> A True Story – I’ve Been Locked Out Of House by My Husband.
4. Balik kampung. Ooo balik kampung (korang sambung nyanyi please :D). Alhamdullilah. Aku dan suami berpeluang juga untuk balik kampung sempena hari raya dan kenduri kahwin sepupu aku. Walaupun hanya sebentar (tak dapat tidur malam sebab suami kerja pada hari Ahad). Sekejap pun jadilah, asalkan dapat bertemu saudara mara di sana.
Terkilan juga bila tak dapat tidur satu malam di rumah Atuk. Dahlah jarang balik, bila balik sesekali, boleh pulak balik hari. Aduhai. Nak buat macam mana, suami aku kalau dah sibuk tu, memanjang aje sibuknya. Sis redha ~ 😊
![]() |
Sebahagian daripada keluarga besar Ali |
![]() |
Kalau balik kampung, aku mesti ambil gambar kat jalan raya di antara rumah Atuk dan sungai. Port wajib ambil gambar 😀 |
5. Outing alone. Dah lama aku tak keluar sorang, jalan-jalan seorang diri, pergi kedai buku (pasti), masuk segala kedai lain yang terpikat (tak beli, window shopping je), dan akhir sekali, pergi lepak makan di kafe.
Pada 24 Julai 2017, aku buat juga aktiviti yang aku selalu lakukan sebelum kahwin, outing alone. Mall yang aku pilih pada hari itu adalah AEON Mall Shah Alam. Sebab utama, nak makan sotong goreng di AEON. Sedap sangat weii!! Sebab sotong je? Haha. Mudah terhibur dan mudah lapar 😜
![]() |
La Boheme Cafe. Makanan biasa juga ni untuk aku: Spaghetti dan Latte. Mungkin sebab aku dah kenyang makan sotong goreng, spaghetti rasanya biasa saja dan tak habis pun makan. Latte sedap <3 |
6. Company Event in Pulau Tioman. Pada 28 July – 30 July, aku ke Pulau Tioman untuk sertai satu company event di sana. Company event + short vacay. Barulah namanya menyelam sambil minum air 😆 Pergi sana in group tau. Empat orang dalam satu group.
Group aku diberi nama Sunburn. Haha. Kami berempat (Aku, Nadiah, Syira, dan Maza) for sure balik pada hari Ahad dengan muka yang gelap. Baru sesuai dengan nama group ye tak? Kami redha. Hihi. Aku akan cerita details mengenai event ini dalam entri lain nanti. Insyallah akan aku cerita dalam bulan Ogos juga. Tak boleh tabur janji manis sekarang 😅
Bagi gambar jela dulu dalam entri ini ye =)
![]() |
TAR GO GO 3. Sebenarnya, aku pun tak tahu apa maksud TAR GO GO. Hihi. |
![]() |
Laut. Pantai. Hijau alam. Biru langit. Awan cantik. Perfect <3 |
READING
7. Pecah rekod beb! Pecah rekod! Haha. Semangat membaca tetiba naik mendadak dalam bulan lepas. Ketinggian bukan setakat Petronas Twin Tower, tapi dah sampai ke paras ketinggian Burj Khalifa. Amboi melampau. Hihi.
Lagipun aku dalam mood blogging slump dan writer’s block. Makanya, membaca jela kerja aku.
Aku gunakan masa dalam bulan Julai dengan membaca 15 buku. Wow! Haha. Boleh tak nak bangga dengan pencapaian diri? Walaupun sebenarnya, 7 daripada jumlah buku tersebut adalah buku quote dan cerita pendek saja. Bolehlah, asal buku, ye dok? 😂
Senarai buku yang aku baca dalam bulan lepas adalah seperti gambar di bawah. Senarai buku mudah diberi tapi review buku susah dibuat sekarang. Aku hanya buat review buku untuk This Book Loves You.
Boleh baca review pendek mengenai buku yang lain di akaun Goodreads aku, @siqahiqa . Siapa ada akaun Goodreads, jom kita jadi kawan kat sana jugak! Jom! Jom! 😍
![]() |
Coklat Tarbiah 2 – 4/5 Empty – 5/5 Sepandai-Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Kena Tembak – 4/5 |
![]() |
All Nadia Khan’s Novel Kelabu – 4/5 Pakar – 4/5 Gantung – 4/5 Gantung 2 – 4/5 |
Aku baca semua buku Nadia Khan dengan menggunakan aplikasi E-Sentral. Korang boleh baca entri aku mengenai E-Sentral dan cara nak beli E-Books online dalam entri >> Cara Beli Online Buku Fixi dan Novel Dalam Format E-Book.
WATCHING
8. Ketiga-tiga drama Korea yang aku tengok sudah melabuhkan tirainya. Habis serentak pulak tu. Drama bertajuk Fight For My Way, Suspicious Partner, dan The Ruler: Owner of the Mask. Semua drama ni best! Aku rekomen 👍
Selepas habis tiga drama itu, aku tak tahu nak tengok drama apa nanye. Makanya, mengikut kata hati, aku tengok drama Signal yang bersiaran tahun lepas. Dan fuhh, stuck pulak! Best! Kisah penyiasatan. Lain daripada lain kisahnya. Aku suka! Tambah lagi bila ada Kim Min Kyu, walaupun hanya sebagai tukang kemas balai polis. Hihi.
![]() |
Screenshot daripada my instastory |
Just start watching, School 2017 dan Criminal Minds. School 2017 cerita budak sekolah. Tengok tajuk pun dah tahu kan? Hihi. Comel cerita ni. Tak pernah nampak semua pelakon yang jadi budak sekolah dalam drama ni tapi semua pandai berlakon dan comel!
Criminal Minds – kisah penyiasatan lagi. Hihi. Adaptasi daripada Criminal Minds US. Aku tak tengok Criminal Minds US jadi takdelah kisah sangat nak bandingkan cerita ke apa. Semua pelakon dalam Criminal Minds best jugak!
![]() |
Screenshot daripada my instastory |
RANDOM PICTURES
Sudah sampai di penghujung entri Wrap Up. Macam pendek je pulak rasanya. Kenapa aku rasa kehidupan dalam bulan Julai sangat sibuk. Setiap minggu ada saja aktiviti. Tapi kenapa entri wrap up macam pendek je.
Takpelah. Cerita mana yang aku ingat je nanye ni. Hihi.
Seperti biasa (bukan sekian kali) , aku nak berkongsi gambar yang telah diambil dalam bulan Julai. Macam biasa jugak lah, gambar langit je 😍
![]() |
Awan bukan nano |
![]() |
Federal Highway. Gigih juga random snap gambar. Masa ni, jalan sesak. Kereta gerak slow and steady. |
Yeayy! Berjaya siapkan entri pertama dalam bulan Ogos 👏 Fuhh, berpeluh rasa nak siapkan satu entri.
Okay. Okay. Berpeluh sebab panas pulak rasa pagi begini. Patut sejuk. Baru aku perasan yang aku tak switch on kipas. LOL.
How was your July? Any exciting moments to share? ^_^