Go! Go! Power Rangers!
Filem ini adalah salah satu filem yang aku nak tengok dalam bulan Mac 2017. Ada aku ceritakan dalam ENTRI INI. Aku tengok filem ini semalam bersama encik suami. Hihi.
SINOPSIS
Lima pelajar remaja di sekolah tahanan iaitu Jason, Kimberly, Billy, Zack, dan Trini. Mereka masing-masing ada kisah yang menyebabkan mereka mesti pergi ke sekolah tahanan ini.
Satu kejadian tidak disangka terjadi dan kebetulan mereka berlima ketika itu. Billy adalah orang yang bertanggungjawab membawa mereka kepada penemuan tempat terletaknya syiling coins PR dari 65 juta tahun dahulu.
Ada lima warna syiling coins iaitu merah, pink, kuning, hitam, dan biru. Dan mereka berlima menyimpan syiling coins setiap seorang. Mereka menjadi kuat dan mempunyai kuasa sehari selepas kejadian itu. Ini membuatkan mereka kembali ke tempat sama dan menjumpai tempat Zordon dan Alpha.
![]() |
Zordon – a giant talking face |
![]() |
Alpha yang comel 😀 |
Musuh Power Rangers adalah Rita Repulsa. Seorang wanita yang dulunya kawan baik Zordon dan bertukar menjadi jahat kerana tamak kuasa. Tujuan Rita hidup kembali adalah untuk merampas sesuatu (aku tak ingat apa namanya), cuma jika Rita miliki sesuatu itu akan menjadikan Rita sebagai seorang yang berkuasa. Their small town of Angel Grove and the world akan binasa.
Power Rangers adalah orang yang akan mengagalkan usaha Rita.
REVIEW
Tiada satu saat pun yang aku rasa filem ni bosan. Hihi. Best! Best! Best!.😁
Apa yang aku suka adalah bagaimana mereka berlima yang tidak mengenali each other menjadi Power Rangers bersama.
Bukan mudah untuk mereka bertukar kepada Power Rangers. Mengambil masa yang lama sehingga akhirnya mereka sedar bahawa mereka perlu sehati sejiwa dan jujur berkawan antara satu sama lain. Hanya selepas itu, mereka berjaya bertukar kepada costum Power Rangers.
Babak ini memang legend! Haha. Bila dah bertukar, Power Rangers akan terbang dan tiba serentak seperti gambar di atas. Teringat sungguh cerita Power Rangers zaman dulu.
Ada satu lagi babak apabila semua Power Rangers dah berada dalam Zord masing-masing, mereka bergerak sekali dan masa ni keluar lagu lagenda, “Go Go Power Rangers”. Ahhh best gila masa tu. Mengimbau kenangan lalu sungguh 😄
![]() |
Benda besar tu diperbuat daripada emas. Gila kaya kalau dileburkan. Hihi. |
![]() |
KRISPY KREME!! – Nak tahu apa kaitan Krispy Kreme, boleh tengok filem ni 😀 |
Billy is the best Power Rangers
Billy yang kelakar dan bijak. Hanya Billy yang teruja untuk menjadi superhero dan hanya Billy juga yang mempunyai perasaan true friends kepada yang lain. Ini menyebabkan hanya Billy boleh bertukar kepada costum Power Rangers pada mulanya.
Strong Chemistry Together
By time, mereka berlima berjaya membentuk Power Rangers dan saling melengkapi dan menyelamatkan satu sama lain. Aku suka kisah bagaimana mereka berubah dari hanya nak menjadi Power Rangers kepada mengenali each other dan bersatu untuk menjadi lebih kuat. Kalau mereka tak sehati sejiwa, mereka tidak boleh bertukar kepada costum Power Rangers, apatah lagi berlawan.
Overall, I really love this film. Aku baca ada juga review yang hentam filem ini, tapi bagi aku, filem ini adalah salah satu filem yang wajar ditonton tambah lagi kepada mereka yang mengenali apa itu Power Rangers 😉
Rating: 4.5/5
Selamat menonton ^_^