Lama rasanya tak buat review filem. Ada tengok filem Tombiruo: Penunggu Rimba tapi tak buat review sebab masa tu tengah blogging slump. Malas gila nak on laptop.
Aku pula jenis yang akan buat draft dulu di phone dan final edit mesti buat di laptop. Mesti post entri melalui laptop sebab nak original size untuk setiap gambar yang ada.
Dah membebel pasal benda takde kaitan dengan tajuk entri π
Back to the topic, please π
Sabtu lepas, aku dan suami menonton filem Melayu terbaru di pawagam bertajuk Rempit Sampai Langit. Suami aku adalah salah seorang pencinta filem tempatan terutama kisah lawak/aksi komedi dan pelakonnya terdiri daripada pelakon lawak. Suka betul dia mengajak aku untuk menonton filem genre begini di pawagam.
Rasanya tak pernah miss walau satu filem aksi komedi yang ditayangkan di Malaysia. Semangat kan? π
SINOPSIS
Kudin (Ajak Shiro) memiliki sebiji motor yang sangatlah perlahan sampai mak cik berlari lagi laju daripada motor Kudin. Haha. Kudin berminat untuk menyertai kumpulan mat rempit di kawasan rumahnya demi memikat kembali hati kekasihnya, Yati (Cristina Suzanne).
Hidup Kudin berubah apabila dia bertemu dengan seorang saintis Arab yang telah memberinya satu sampel minyak “magik” yang mampu membuatkan motornya “terbang”.
Fenomena motor “terbang” ini menjadi viral dan menjadikan Kudin semakin hanyut dalam dunia glamor. Kudin juga menjadi buruan individu yang berminat mendapatkan formula minyak “magik” tersebut.
Rakan baik Kudin, Comel (Nabila Huda) cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu dan cuba menyelamatkan Kudin daripada menjadi buruan individu lain.
REVIEW
Sebuah filem komedi ringan yang turut diselitkan dengan beberapa babak CGI. Babak yang tidak melampau dan tidak nampak biasa juga.
Jalan cerita tidak masuk akal (motor terbang dengan menggunakan minyak “magik”), tapi masih ada komedi yang membuatkan aku bergelak ketawa ketika menontonnya.
Terutama dalam babak di bawah ini.
![]() |
Pelbagai mimik muka disebabkan angin terlampau kuat.
Selain boleh terbang, motor Kudin juga sangat laju! |
Babak ni memang kelakar tapi apabila babak ini disiarkan terlalu lama, agak bosan juga sebenarnya.
Kelainan dalam filem ini
Cerita yang tidak logik (motor terbang) menjadi kelainan dalam filem ini. Walaupun tidak logik, tapi sekurang-kurangnya jalan cerita tidak sama seperti filem aksi komedi yang melibatkan mat rempit di luar sana.
Jalan cerita ringkas (tak payah nak fikir mendalam) dan pengakhiran cerita juga okay. Adalah part comel antara Kudin dan Comel. Hii.
Kalau korang rasa nak bergelak ketawa dan nak tengok filem yang ringkas, bolehlah pergi menonton filem ini di pawagam. Masa aku tonton filem ini, agak ramai juga dalam pawagam. Kebanyakannya, ibu bapa bersama anak-anak. Cuti sekolah dah bermula kan? π
Rating: β β β
Selamat menonton ^_^
Write later,