Haa~Ahh ~ Hello semua ~ Semalam aku berpeluang tengok filem The Battleship Island bersama Geng Makan (kecuali Syira), dan pagi tadi aku menonton filem Bad Genius seorang diri. Ada 6 orang je dalam wayang tadi. Dahlah seat twin. Selesa duduk selama dua jam. Hihi.
Aku hanya nak berkongsi pendapat aku mengenai kedua-dua filem ini. Not a long review. I promise 😜 I know you can find a lot of review about these two films. Tapi bacalah review aku jugak eh. Hii.
THE BATTLESHIP ISLAND
Jujur sejujur-jujurnya (berapa kali jujur da :p), aku hanya ingin menonton filem ini sebab ada Song Joong Ki dan So Ji Sub. Mereka berdua tergolong dalam kategori pelakon lelaki Korea kegemaran aku. Terbayang Joong Ki yang sangat comel dalam DOTS dan kekacakan Ji Sub dalam Master’s Sun dan Oh My Venus 😍
Kisah berlaku di Pulau Hashima atau bermaksud Pulau Kapal Perang dan berlaku kira-kira semasa Perang Dunia Kedua (rasanya). Hehe. Tak pasti bab sejarah, sila rujuk Google untuk keterangan lanjut ye.
![]() |
Pulau Hashima |
Filem ini mengenai orang Korea yang dibawa masuk ke Pulau Kapal Perang untuk menjadi buruh di lombong arang batu di sana. Bab jadi buruh satu hal, bab kerja yang kebanyakan gaji ditolak untuk bayar kos tempat tinggal makanan semua dah jadi hal kedua.
Pendek kata, gaji mereka ciput dan dilayan seperti bukan manusia dan terpaksa bekerja tanpa cuti. Wanita pula dijadikan tempat melampiaskan nafsu serakah 😡
Terpejam-pejam mata aku apabila ada babak yang tak sanggup nak tengok. Kalau tak pejam mata, aku akan rendahkan cermin mata supaya penglihatan aku kabur. Sampai tahap macam tu wei tengok filem ini 😦
Kekejaman Jepun
Sangat kejam!! Kejam yang aku rasa nak bakar hidup sorang-sorang. Haa punyalah kejam. Well, kita semua sedia maklum akan askar Jepun dahulu yang kejam. Ingat kembali kisah sejarah semasa mereka jajah Tanah Melayu dulu.
Dan sekarang Jepun adalah satu negara yang disegani dan terkenal dengan persekitaran yang bersih, rakyat yang bersih dan sopan. Tidak dinafikan setiap seorang mesti ada simpan hajat nak ke Jepun kan?
Pembelotan Rakyat Korea
Orang yang sangat dipercayai oleh orang Korea di Pulau ini sebenarnya adalah orang yang bersuhabat dengan orang Jepun untuk menindas bangsa Korea sendiri. Kes ini boleh dilihat di mana-mana. Bahaya orang camni cuma tak sampai ke manalah penipuan kau tu. Akan dapat balasan setimpal jugak.
Wanita sebagai Simbol Sex
Hmm sedih tengok. Hmm. Tak tahu nak cakap apa 😢
Kasih sayang seorang Ayah
Tidak kira apa yang terjadi, yang pasti, seorang Ayah hanya mahu anaknya selamat. Suka tengok babak mereka berdua menyanyi sambil menari di bawah lampu. Comel.
Mereka berdua tidak kacak dalam filem ini. Muka tak bersih. Sentiasa comot. Dah nama filem perang kan. What do you expect? HAHA.
![]() |
Aku harap hubungan mereka berakhir dengan indah selepas berjaya melarikan diri tapi sayang sekali.. |
Rating: ★★★
Sebenarnya kan, aku tak tahu nak bagi berapa ★ untuk filem ini. Melihatkan lakonan mereka dan set filem ini, tak dinafikan yang filem ini berhak dapat lima ★.
Tapi disebabkan aku tidak berapa suka akan keseluruhan jalan cerita (walaupun ini kisah benar), aku hanya mampu beri 3 ★ saja untuk filem ini. Sorry 🙏
BAD GENIUS
Ramai cakap yang filem ini best. Baca review pun semua cakap best. Jadi aku pun mengagahkan diri untuk menonton filem ini pagi tadi.
Dan ini pula adalah review aku mengenai filem ini 😊
Pandai Meniru dan Menipu
Daebak!! (tak memasal bahasa Korea pulak :D) Haha. Pandainya kau weii! Aku beriya nak tahu apakah cara yang digunakan untuk menipu pada awal cerita. Dan okay, idea menipu kau memang terbaik. Haha.
Kepada cikgu yang menjaga peperiksaan, selepas ini, sila perhatikan jari jemari anak murid anda semasa peperiksaan berlangsung. Mungkin ada yang seperti bermain piano 😂
![]() |
Mentor. Mastermind. Genius. |
Cara dorang menipu di hujung filem ini memang tak terkata. Gila berani weii! Bukan kecik punya exam tu. Perghhh ~ Aku yang tengok pun berdebar-debar jadinya. Lepas ke tak korang menipu ni.
Dalam hati, harap sangat dorang tak kena tangkap. Boleh tak macam tu? Seperti aku sokong pulak dorang menipu kan 😅🙅
![]() |
Lynn & Bank. Mereka berdua saja yang bijak dalam filem ini. |
Idea dorang untuk menipu itu sangat risiko tapi masih dilakukan kerana wang. Iya, bila ada sekumpulan budak remaja yang kaya raya tapi agak tidak cerdik, mulalah buat tema #PAYFORA . Gitu ~
Persahabatan
Aku suka akan permulaan hubungan persahabatan antara Lynn dan Grace. One simple act of kindness can start a friendship 👭
The Ending
Aku setuju dengan ending filem ini. Kalau bukan endingnya begitu, tiadalah lesson learnt yang boleh diambil daripada filem ini.
Pendek kata, berani buat beranilah tanggung. Berani mengakui kesalahan dan bersedia untuk menerima hukuman 👍
Rating: ★★★★
Pendek tak review aku? HAHA.
Korang dah tengok ke kedua-dua filem ini? Apa pendapat korang? Jom berbincang di ruangan komen ^_^