Filem yang ditunggu-tunggu oleh suami aku telah tiba! HAHA. Suami aku sangat meminati filem tempatan terutama filem AL (aksi lawak) seperti ini. Dan aku mestilah penjadi peneman suami untuk pergi menonton filem ini semalam.
Layankan je ~ Sebab tengok teaser macam menarik kan?
SINOPSIS
Mengisahkan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit (A.Galak) dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) sebagai Tiger, si pembunuh upahan yang telah membunuh 50 orang.
Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL, Yana, yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan Tiger.
Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan. Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger.
Berjayakah Fadil mencari Tiger? Siapakah Tiger yang sebenar dan apakah misteri dalam filem ini?
REVIEW
Awal filem lagi, korang dah boleh bergelak ketawa dengan aksi Zizan yang melucukan. Boleh Zizan nak jadi gigolo? HAHA. Salah besar beb! Sebelum gigolo, Zizan nak cuba jadi stunt man. Lagi satu kesalahan besar. HAHA.
Selepas babak lawak Zizan, kita terus dihidangkan dengan aksi yang serius dan mendebarkan. Zizan ditangkap kerana disyaki membunuh mak datin yang dia datangi sebagai gigolo tadi. Hii. Masa ni lawak pun ada walaupun dia ditangkap!
![]() |
Bergabung mencari Tiger |
GANDINGAN PELAKON LAMA DAN BARU
Semua berlakon dengan baik. Aku takde nampak cacat cela pun. Pertama kali juga nampak Achey yang membawa watak yang tidak lawak/serius/garang.
Sorang lagi, Wak Doyok. Boleh juga dia berlakon rupanya. HAHA. Tak habis-habis dengan misai dia. Ada juga sedikit promosi produk keluaran Wak Doyok dan trademark, “jangan cakap abang tak payung” 😅
![]() |
Dikatakan Wak Doyok membelanjakan lebih RM15,000 untuk membeli pakaian dalam filem ini. Sut dia memang menarik dari awal kemunculan sampai babak lawan di hujung filem. |
SKRIP PADAT DAN AKSI BERTEMPUR
Skrip bersahaja yang tidak melarat. Aksi bertempur pula boleh dikatakan menarik dan berpuas hati melihatnya. Walaupun ada juga dua saat yang aku nampak jelas dorang berlakon bertempur.
Babak bertempur di hujung filem best! Lawak jugak tengok Wak Doyok dengan sut cantik dia berlawan. Hihi.
PLOT TWIST DI HUJUNG FILEM
Aku suka bab plot twist ni. Sebab serius, aku tak terfikir pun begitu rupanya jalan cerita. Lahhh ~ Tidaklah aku nak cerita dalam review ni ye. Nak tahu, kena tengok filem ni sendiri 😄
MENGHIBURKAN
Keseluruhan, filem ini menghiburkan. Tidaklah terlalu “WOW” tapi bolehlah untuk ditonton dan dilayan. Ada juga beberapa aksi lawak yang aku rasa menjengkelkan, HAHA, tapi mungkin bagi aku je kot. Korang rasa okay kot? Hii.
Plot twist dan aksi bertempur di akhir cerita dengan situasi lawak (sila tengok Wak Doyok) berjaya membuatkan aku tidak memberi rating rendah untuk filem ini.
Dan…. Abang Long Fadil vs Transformers. Hmm 😂 Nak tahu apa? Sila tengok filem ini. HAHA.
Rating: 3.8/5
Selamat menonton kepada semua rakyat Malaysia! Terutama sekali yang telah menonton Abang Long Fadil pada tahun 2014 😊
#sokongindustrifilemtempatan
Korang dah tengok? Kalau belum, sila terjah ke pawagam berdekatan dan jangan lupa berkongsi pendapat korang juga nanti ^_^