Rasa macam tahap aku suka pada buku sangat melampau. Sehingga kan aku beli buku (bukan satu) hanya kerana aku percaya pada pihak penerbit.
Pihak penerbit yang tidak sesekali akan terbitkan buku yang tidak best!
Pelik jugak dengan diri sendiri. Biasanya kepercayaan diberikan kepada manusia, tapi aku boleh wujudkan kepercayaan juga kepada pihak penerbit buku. Hihi. (juga percaya pada beberapa jenama tudung :D)
Dan pihak penerbit yang aku maksudkan adalah PROLOG MEDIA.
Sebelum ini, aku pernah baca dua buku terbitan Prolog Media iaituΒ Hello It’s MeΒ danΒ MesejΒ oleh penulis Anna Lee. Aku dapat tahu yang Anna Lee ada hasilkan buku baru dan jari jemari terus gatal untuk melihat Instagram Prolog Media.
![]() |
Instagram :@prologmed |
Rasa menyesal bila buka Instagram Prolog Media πAku bukan saja tertarik dengan buku baru Anna Lee, malah aku tertarik dengan semua buku baru terbitan Prolog Media π
Sebab utama aku tertarik? Mestilah sebab kulit buku yang cantik. HAHA.
Dan satu lagi yang membuatkan aku beriya dan bersungguh nak beli buku daripada Prolog Media adalah promosi buku yang ada. Promosi seperti di bawah. Beli 3 buku dengan harga RM70 saja (Semenanjung Malaysia).
Eh ada satu lagi sebab. Buku Prolog Media susah untuk didapati di kedai buku. Aku ada pergi Popular dan MPH tapi tak pernah nampak buku-buku terbitan Prolog Media. Tak tahulah kalau buku-buku ini hanya boleh beli secara online, pesta buku, atau terus daripada pihak Prolog Media saja.
Tapi aku ada nampak buku Mesej di Popular. Hanya buku itu saja.
![]() |
Promosi buku |
Promosi buku ini membuatkan aku tidak berfikir panjang dan terus beli enam buku daripada Prolog Media tanpa membaca review di Goodreads. Dah confirm beli, barulah buka Goodreads untuk baca review. Dan aku yakin pilihan untuk membeli semua enam buku ini adalah tepat π
Aku juga yakin bahawa Prolog Media tidak akan mengecewakan pembaca seperti aku yang mengharapkan kelainan dalam setiap buku oleh penulis tempatan.
![]() |
Enam buku yang dibeli |
Semua buku ini dibeli pada awal bulan Ogos. Tapi, HAHA, sampai ke hari ini, satu buku pun aku tak habis baca lagi. Sekarang, aku tengah baca buku Jika Aku by Anna Lee. Mesti karya Anna Lee yang aku baca dulu. Sikit lagi nak habis =)
Ada kawan blogger, Lea dan Sha, yang dah baca beberapa buku di atas dan membaca review mereka membuatkan keinginan aku untuk baca buku-buku ini semakin tinggi.
Siapa pihak penerbit buku yang korang suka? Pernah beli buku sebab percaya pada pihak penerbit ke? ^_^Β