Sesungguhnya kami berdua adalah pengemar tegar filem Melayu. Support industri filem tempatan bak kata encik suami. Hihi.
Filem ini memaparkan kisah kehidupan anggota Unit Tindak Khas (UTK). UTK merupakan pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). UTK adalah salah satu unit yang bergabung dengan Batalion 69 Komando (VAT69) dan membentuk Pasukan Gerakan Khas (PGK) untuk PDRM. PGK dilatih khas untuk menangani segala ancaman dan keganasan di Malaysia.
SINOPSIS
Jay Zulkarnain atau Judo (Zul Ariffin) adalah seorang ketua pegawai Unit Tindak Khas (UTK) yang sangat hebat dan tidak pernah gagal dalam 53 misi.
Jay mempunyai seorang adik bernama Dian (Fazura) yang menjadi seorang ejen penyamaran dalam kumpulan untuk menghasilkan satu virus. Konflik terjadi apabila Dian cuba menyelamatkan rakan sekerja yang berada dalam ancaman daripada penjenayah, si pembeli virus, Andra (Farid Kamil).
Dian diculik oleh penjenayah itu. Dalam misi menyelamatkan Dian, Jay terperangkap dan dituduh bersubahat dengan penjenayah,
Jay mencari jalan sendiri untuk menyelamatkan Dian daripada Andra dan dia dibantu oleh Skodeng (Azad Jazmin) dan Eddie (Izara Aishah).
REVIEW
Tepuk tangan!! Yeayy! Sekali lagi, ini adalah filem Melayu yang tidak mengecewakan. Aku puas hati selepas menonton filem ini. Serius best!
Filem yang menyebabkan aku berfikir bahawa tidak mengapa jika hidup kita tidak sempurna setiap masa. Seperti watak Jay yang begitu sempurna dengan misi yang dijalankan dan berakhir dengan kegagalan dalam misi ini.
Filem ini penuh dengan aksi yang mendebarkan. Seawal 15 minit pertama, sudah dihidangkan dengan aksi mantap mereka. Membuatkan aku agak pening pada mulanya. Sebab biasanya di awal cerita baru nak pengenalan. Relax dulu. Tapi dalam filem ni, terus pergi misi je haa.
Namun begitu, aku suka akan aksi yang dipaparkan. Dan lagi bertambah suka apabila semua aksi tersebut termasuk aksi di atas platform dilakukan sendiri oleh pelakon Zul Ariffin dan Farid Kamil. Terbaik! 👍
Selepas menonton filem ini, aku baru tahu akan kewujudan Unit Tindak Khas dan kerja mereka. Bukan mudah tau kerja dalam UTK. Harus kuat mental dan fizikal. Fuhh!
![]() |
Credit photo here |
Aku teruja beb setiap kali tengok filem aksi mengenai anggota keselamatan negara. Dalam filem ini, dapat dilihat jelas akan kerja sebenar UTK. Teruja tambah lagi bila tengok kenderaan armor PDRM yang digunakan oleh UTK.
UTK ini wujud untuk memastikan kita semua hidup dalam keadaan aman damai di Malaysia. Kita tak tahu mereka wujud dan hidup senang lenang je. Terima kasih untuk UTK dan juga untuk semua anggota keselamatan negara kerana memastikan negara kita selamat 💪
Aku menitiskan airmata dalam filem ini. Tersentuh benar hati ini melihat adegan adik-beradik. Korang mesti pelik kan apabila filem aksi mampu menitiskan air mata. Hati aku mudah tersentuh jika ada isu keluarga dan kasih sayang 😢
LAKONAN MANTAP
Pemilihan Zul Ariffin sebagai ketua UTK adalah sangat tepat. Abang sado yang lagi bagus berlakon cerita aksi begini daripada cerita romantik. Hii. Iedil Putra. Fuh watak dia antagonis dalam filem ni. Sakit hati tengok dia. Psycho! Aku ingatkan dia adalah dalang tapi rupanya tidak. Farid Kamil turut melakonkan watak dengan baik. Menyampah betul tengok dia. Watak jahat.
Lakonan Izara Aishah mantap weii! Merecik 💦 Fazura pula rasanya pertama kali dia tidak membawa watak seorang wanita lembut. Menjadi juga Fazura bawa watak lain daripada lain.
Azad Jazmin yang melakonkan watak sebagai Skodeng adalah seorang yang kelakar. Asal ada muncul je watak Skodeng, confirm adegan jadi lawak. Aku tak berapa suka lakonan Azad dahulu sebab bagi aku dia kelihatan over, tapi dalam filem ni, aku suka watak dia. Kelakar!
PELIK
Kenapa pelik pula? Sesiapa yang sudah menonton filem ini pasti tahu apa yang aku cuba sampaikan. Bahagian pelik dalam filem ini adalah apabila babak Jay melutut di hadapan Dian, dari hari siang, tiba-tiba bertukar malam. Aku jadi pelik di situ.
Agaknya pihak produksi siapkan juga adegan itu pada hari yang sama walaupun hari sudah malam. Atau, aku fikir mungkin pada mula adegan itu terjadi, hari dah hampir malam lalu cerita berlarutan membawa hingga ke malam hari. Mungkin begitulah. Hihi.
Kesimpulannya, filem ini wajar ditonton oleh rakyat Malaysia. Mari sama-sama pergi menonton dan mungkin dengan sokongan rakyat Malaysia, filem ini mampu mengutip kutipan “box office”.
Tidak perlu samakan filem ini dengan filem Polis Evo. Sesungguhnya, dua filem ini sangat berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri.
RATING: 4.5 /5
Selamat menonton ^_^
#SupportIndustriFilemTempatan
“SEKALI MELANGKAH, TAKKAN BERUNDUR”