Mac 2017 menyaksikan banyak filem yang menarik perhatian aku untuk ke pawagam. Aduh, bertambah habis duit nampaknya. Kalau tak sempat tengok di pawagam, aku tunggu di Astro Best atau Astro First. Nak tengok jugak! Hihi.
Jom baca senarai filem yang telah dan bakal ditayangkan di Malaysia dalam bulan Mac 2017. Ini adalah senarai filem yang aku berkeinginan untuk tonton saja. Bukan senarai penuh semua filem yang bakal ditayangkan dalam bulan March ini ye βΊ
1) J REVOLUSIΒ
Filem ini mula ditayangkan pada 2 Mac 2017 dan masih ditayangkan di kebanyakan pawagam di Malaysia. Ini adalah salah satu filem Melayu terbaik yang aku tonton. Penuh dengan aksi dan tidak banyak kisah percintaan yang cliche. Kepada yang inginkan kelainan atau meminati abang sado, hihi, bolehlah menonton filem ini.
Boleh baca review aku mengenai filem J REVOLUSI dalam >>> ENTRI INI.
2) ADIWIRA KU
Filem ini bakal ditayangkan pada 9 Mac 2017. Esok weii! Aku tahu mengenai filem ini lepas aku skrol senarai filem di laman web MBO Cinema.
Sinopsis:
Based on true story, mengenai kegigihan dan kejayaan cikgu untuk mendidik anak murid di sebuah sekolah luar bandar iaitu SMK Pinang Tunggal di Sg Petani. Kisah guru dan anak muridnya yang berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun mengetahui peluang mereka terlalu tipis untuk menang.
Why I want to watch this film:
Because of choral speaking! Ohh I miss choral speaking! Dulu masa sekolah (Tingkatan 4 & 5), choral speaking adalah salah satu aktiviti yang aku sertai. Best!! Suka betul dengan choral speaking. Excited bila ber-choral speaking dan kononnya bangga sebab wakil sekolah ke pertandingan choral speaking. Peringkat sekolah je pun. Haha. Kami kalah dua tahun berturut, dapat tempat ke-4 bak kata cikgu. But at least we have tried our best ^_^
Rindunya!! Itulah sebab utama kenapa aku nak tengok filem Adiwiraku β
3) BEAUTY AND THE BEASTΒ
Sinopsis (Wikipedia):Β
Belle is a young woman who is taken prisoner by a Beast in his castle in exchange for the freedom of her father Maurice. Despite her fears, she befriends the castle’s enchanted staff and she learns to look beyond the Beast’s exterior to recognize the true heart and soul of the human Prince within. Meanwhile, a hunter named Gastin is on the loose to take Belle for himself and later intends to hunt down the Beast at any cost.
Why I want to watch this film:
Aku suka sangat kisah fantasi. Beauty and the Beast, Sleeping Beauty, Cinderella. Eh semua yang fantasi. Suka berangan ke maknanya? Hihi. Dari kecil sudah disogok dengan cerita begini. Bila ada filem live action, semestinya aku nak pergi tengok π
Selain itu, aku suka sebab filem ini adalah filem muzikal. Ada lagu dan mungkin tarian? Yeayyy! Love love love. Hihi. Dan one more reason, I want to watch Emma Watson. Ahhh dia cantik! Kenal sejak Harry Potter film series. Gaya aku cakap kenal macam rapat je dengan si Emma ni. Haha.
16 Mac 2017! Don’t miss it ^_^
4) POWER RANGERS (2017 MOVIE)
Sinopsis (copy from Wikipedia):Β
Why I want to watch film:
Weii Power Rangers!! Siapa tak kenal angkat tangan? Siapa yang angkat tangan tu? Eh biar betul ada yang tak kenal. Siapa yang lahir era tahun 80-an dan awal 90-an mesti kenal Power Rangers. Seiring sejalan dengan Sailor Moon (nyanyi lagu tema please :p) dan Dragon Ball. Haha.Β
Bila tengok iklan Power Rangers masa tengok wayang, aku dan suami, masing-masing excited nak tengok. Hihi. Harap best lah filemnya. Hii.Β
23 Mac 2017!Β Don’t miss it ^_^
5) LIFEΒ
Tarikh filem ini ditayangkan adalah sama dengan Power Rangers (2017 Movie). Aduh, minggu sama pulak dah.
Sinopsis (copy from Wikipedia):Β
Why I want to watch this film:
Aku suka cerita yang mengisahkan akan kehidupan astronaut. Aku kagum dengan dorang. Boleh hidup kat sana dalam jangka masa yang lama. Walaupun ini semua fiksyen dan dorang berlakon dalam studio je kan? Tapi aku tetap suka tengok cerita camni.
Cita-cita aku dulu nak jadi angkasawan wanita pertama Malaysia. Tapi terkubur cita-cita itu. Hahaha. (Siapa tahu ayat ini daripada dialog dalam telemovie bertajuk apa? :D)
23 Mac 2017!Β Don’t miss it ^_^ Β
6) COLLIDE
Filem ini mungkin masih ditayangkan di pawagam.Β
Sinopsis (copy from Wikipedia):Β
Why I want to watch it:Β
Aku tertarik dengan ayat “How Far Would You Go For The One You Love?”. Membuatkan aku bertanya kepada diri sendiri akan soalan itu. Hmm. Aku rasa filem ni cliche. Mesti hero buat kerja jahat untuk dapatkan duit. Kalau buat kerja baik, biasanya tak jadi filem. Muahaha. Tapi bolehlah nak layan jugak ^_^Β