Yeayyy! Filem yang dinantikan datang lagi. Fast and Furious edisi ke 8! Aku menonton filem ini bersama Hanis dan Tasha pada hari pertama tayangannya di TGV Cinema Jaya Shopping Centre. Kat belakang pejabat je. 15 minit sampai =D
Malas nak buat sinopsis boleh? Haha. Korang akan dapat agak jalan cerita selepas menonton official trailer. Dom menerima tawaran untuk bekerja dengan Cipher, pengodam paling dikehendaki dan atas sebab tertentu, Dom terpaksa menerima tawaran tersebut dan berpaling tadah daripada keluarganya.
REVIEW
BEST GILA!!! Tiada satu saat pun yang aku rasa bosan. Malah tak sedar dua jam dah berakhir. Terasa macam sekejap pula.
Babak Menarik Tertarik Siap Ada Kapal Selam
Haha. Aku teruja sungguh dengan babak ada kapal selam. Maklumlah kapal selam maksudnya tentera lah kan. Hihi. Paling best adegan kapal selam keluar daripada bawah ais. Perggghh!! 👍
![]() |
Kapal selam di sebalik ais tu. Tak nampak pulak. |
Kelakar Dalam Serius
Cerita gempak nampak bergaduh beriya seperti gambar di bawah, masih ada babak kelakar. Mimik muka beserta dialog yang spontan gitu. Walaupun okay, aku tahu dorang ada skrip. Haha.
Roman mesti paling kelakar sekali. Masih sama perangai dia. Tak berubah walaupun dah masuk filem ke-8. Haha.
Dom’s Baby Rescue
Salah satu babak menarik dalam filem ni! Baby yang comel diselamatkan oleh Deckard Shaw. Cara Deckard menyelamatkan baby memang win. Baby comel sangat! Geram tengok! 😍
Ohh, baby Dom diberi nama Brian di akhir cerita. Miss Brian 😌
![]() |
Ee geram! Nak cubit pipi awak tau <3 |
Family Always Come First
Always. Always. Always. Siri Fast and Furious sentiasa menekankan konsep keluarga sentiasa perlu diutamakan. Itu juga yang ditunjukkan dalam Fast and Furious 8. Dom terpaksa berpura-pura berpaling tadah daripada keluarga dan kumpulannya demi untuk menyelamatkan anaknya. Anak Dom bersama Elena. (sempat lagi kau buat anak dalam masa tengah berduka masa Letty takde kan)
Trust and Faith
Percaya dan yakin bahawa orang yang disayangi itu berubah atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagi peluang untuk dia betulkan keadaan. Aku suka hubungan antara Dom, Letty, Luke, Roman, dan Tej. Mereka sentiasa bersama dan bagi sokongan antara satu sama lain. Bukan senang nak ada hubungan sebegini kukuh. Jika sudah ada, jaga hubungan itu dengan baik.
Tak Logik
Haha. Aku rasa ada juga babak yang tak logik dalam filem ini. Bom nuklear meletup yang dikatakan akan memusnahkan dunia tapi semua orang boleh selamat dengan berlindung dan menjadikan kereta sebagai perisai untuk letupan itu.
Adakah kereta mereka begitu hebat? Nuklear wei! Biar betul boleh selamat tanpa tiada kesan. Tapi tak tahulah kan. Aku bukan tahu sangat bab nuklear dan kereta. Manalah tahu babak itu benar dan tepat sekali. Tengok dan say WOW je mampu. Haha.
Tapi, paling penting aku suka juga babak di mana mereka yang lain menjadi pelindung untuk Dom yang berada di luar ketika letupan itu berlaku. Nampak hubungan yang sangat jitu di situ 😊
Rating: ★★★★★
Pendek kata, filem Fast and Furious 8 mesti ditonton oleh semua peminat siri Fast and Furious.
Ramai dah tengok rasanya ni kan? Jadi, apa pendapat korang? 🙋