I want MORE! Itulah ayat yang aku jerit seorang diri selepas baca muka surat terakhir novel ini. Serius, aku tak sabar nak baca novel seterusnya dalam siri ini bertajuk Perfect (Flawed #2).
Aku suka penulis Cecelia Ahern sejak P.S. I Love You. Setakat ini, Cecelia Ahern tidak pernah mengecewakan aku 😊
Title: Flawed
Author: Cecelia Ahern
Pages: 402
Publisher: Feiwel and Friends
Publication Date: 5 April 2016
Sebenarnya, aku tak tahu macam mana nak buat review untuk novel ni. Sebab macam complicated jalan cerita. Eh, tak lah complicated cuma konsep dalam novel ni tidak pernah diguna pakai oleh sesiapa dan di mana pun. Konsep Flawed yang ditekankan.
Aku cuba buat review dengan baik dan maaf jika ada yang tak faham.
Seperti biasa, review novel aku agak terperinci. Ini semua untuk aku mengingati kembali jalan cerita novel ini dalam 10 tahun akan datang 😅
SYNOPSIS
Flawed: imperfect, damaged, weak, deficient, incomplete. (Of a person) having weakness in character.
“I cannot fathom how I can be here. I can’t be Flawed.I am perfect.”
Celestine lives a perfect life. Ada keluarga yang menyayangi dia walaupun dia tidak rapat dengan Juniper (adik perempuan). Ada boyfriend, Art yang merupakan anak kepada Judge Crevan (ketua judge for Guild).
Guild and Flawed brandings – satu undang-undang yang memberi hukuman atas kesalahan seperti di bawah.
The branding location of F depends on their error of judgement:
- For bad decisions, it’s their temple
- For lying, it’s their tongue
- For stealing from society, it’s their palm
- For disloyalty to the Guild, it’s their chest, over their heart
- For stepping out of line with society, it’s the sole of their right foot
Flawed person is not criminal. Even criminals get better treatment than them. Kalau criminal, keluar penjara then okay. Boleh hidup seperti biasa dan orang tak tahu kau criminal. But for Flawed person, they’re like that forever. All Flawed brands are like permanent tattoo.
No matter what you do, your Flawed title can never be removed. You hold it till death. Your punishment serves as a reminder to others to think before they act.
Celestine is perfect until she breaks a rule and faces life-changing repercussions. She could be branded. She could be found Flawed.
And yes, she is Flawed.
Celestine is the most Flawed person in the country, with five brands. But Crevan gave her six. One more brand on her spine!
And her life changed after found Flawed…
REVIEW
I loved this novel. It grabs my attention since page one. Penuh emosi sepanjang baca novel ini. Geram. Marah. Sedih. Semua emosi bercampur. Plot cerita yang menarik dan tidak pernah terlintas di fikiran akan ada undang-undang sebegitu dalam dunia ini.
Bagaimana manusia boleh dibezakan melalui their brands? Sambil membaca sambil aku berfikir akan ketidakadilan dalam konsep Flawed.
Hanya kerana satu kesalahan, sebegitu teruk Flawed person dihukum. Hukuman sangat berat. Flawed person dipulau dan tidak dibenarkan melalui kehidupan seperti manusia normal (perfect).
Tiada hak peribadi untuk Flawed person. Makanan dicatu, mesti berada di rumah sebelum jam 11 malam setiap hari, kalau naik kenderaan awam (bas), hanya boleh duduk di kerusi untuk orang Flawed saja (ada dua kerusi dalam setiap bas).
Bukan setakat itu saja, diari peribadi Flawed person boleh dibaca oleh Whistleblowers (orang yang ditugaskan memantau Flawed person, contoh: ambil darah setiap hari untuk pastikan Flawed person tidak makan makanan sedap).
Sedih masa part diari Celestine dibaca oleh Whistleblowers. Diari weii! Mana boleh orang lain baca 😞
Normal (perfect) person tidak boleh membantu Flawed person. Jika membantu maknanya you are aiding a Flawed person dan mungkin akan dikenakan hukuman Flawed juga.
Sangat kejam! Diskriminasi! Flawed person bagaikan dipulau di negara sendiri. Orang pandang serong seperti kau telah lakukan satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
Because if people have done something wrong, they deserve their punishment. Yes. I know. But Flawed punishment is too much and cruel.
Aku sokong apa yang Celestine buat. Ketika orang lain takut untuk menolong, Celestine bangun untuk menolong Flawed person (an old man yang sesak nafas) because at that time, she felt “it’s the perfectly right thing to do”.
Aku bertambah sokong dengan Celestine sebab dia tidak memutarbelit kenyataan. Perlu untuk menipu di court untuk tidak mendapat title Flawed dan Celestine tidak menipu. Disebabkan itu, Celestine found Flawed.
![]() |
Because of this. Her grandad said. |
Sedih apabila melihat orang sekeliling kita boleh berubah jika sesuatu terjadi kepada kita. Tak semua orang akan bersama kita walau apa yang terjadi. Orang yang disangka akan bersama kita ketika susah dan senang, pergi meninggalkan kita di saat kita memerlukannya 😭
Membuatkan aku teringat akan salah satu quote yang dibaca dalam buku World.
Aku tidak puas baca novel ini sebab ending tergantung. Yes. Tergantung. Cerita mengenai Celestine dan Carrick (Flawed person yang tinggal di sebelah bilik Celestine) berakhir begitu saja. Geram! Because I want more thing happened between Celestine and Carrick! Something sweet. Love maybe?
Favourite Quotes
♥ The more mistakes you have made, the more you have learned.
♥ I worked so hard to be perfect, to be normal – but not for admiration, not to stand out.
♥ When you see something, it can’t be unseen. When you hear a sound, it can never be unheard.
♥ It’s not important what’s being said about me. I don’t need to hear it. I can’t control it and I can’t change it.
![]() |
Well said: None of us are perfect. Author’s note. |
Rating: ★★★★★
I would recommend this novel. I keep on reading to find out more and of course, the ending.
Plus, Eyqa dan Nadiah pun baca novel ini juga. Lagi semangat untuk baca bila ada geng! Yeayy!
Aku tak sabar untuk tahu bagaimana kisah ini berakhir in the next novel! Aku mengharapkan novel Perfect (Flawed #2) akan menyajikan cerita details mengenai Celestine dan Carrick. Dan please, Crevan ditangkap kerana bagi brand ke-6 kepada Celestine. Brand ke-6 itu diberi off record, bukan di court. Pasti Crevan dihukum apabila perkara itu terbongkar 😠
Harap juga Flawed dimansuhkan dengan kadar segera 🙏
p/s: akan review novel Perfect nanti. Tak beli pun lagi. Hihi. Semangat kena ada untuk review walaupun tak nampak lagi novel tu 😛