Aku pergi juga menonton filem ini seorang diri. Aku lebih suka menonton filem komedi romantik begini berseorangan.
OK, full disclosure. Siapa nak teman aku pergi tengok wayang on weekday? Orang lain semua kerja. Aku je yang cuti. Aku cuti hari ni sebab Hong Kong cuti. Aku follow public holiday Hong Kong, bukan Malaysia ye 😁
Kenapa Aku Nak Tengok Filem Ni?
1. Aku baca novel Kimchi Untuk Awak by Suri Ryana (review novel DI SINI) dan aku suka novelnya. Novel yang membawa aku terbang bersama angan-angan berjumpa dengan prince charming like Danial Lee 😛
2. KOREA!! Aku sangat suka Korea! Novel Kimchi Untuk Awak penuh dengan babak di Korea dan semestinya filem juga begitu kan? Dapat tengok sedikit Korea dalam filem ni pun jadilah. Nak pergi Korea lagi entah bila? 😇
SINOPSIS
Selepas dua tahun di Korea, Bella (Emma Maembong) pulang ke Malaysia selepas mendapat tiket penerbangan percuma kelas bisnes daripada Kak Long Bella (Dira Abu Zahar). Bella terlanggar dengan Danial Lee Jae Hwan (Aiman Hakim Redza) di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan dari situlah permulaan kacau bilau dalam hidup Bella.
Kak Long memaksa Bella membuat kimchi untuk presiden syarikat tempat kak long bekerja dan presiden itu adalah Danial Lee. Makin tidak keruan apabila Bella mengetahui kenyataan itu.
Bertambah kecelaruan dan kacau bilau dalam hidup Bella apabila Danial merupakan anak kepada Pak Cik Dani (kawan baik keluarga Bella) dan sebenarnya adalah bakal tunang arwah Kak Ngah Bella yang telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Insiden di kampung menyebabkan Bella terpaksa menerima kehadiran Danial sebagai suami. Cinta mula hadir dalam diri Bella tapi disebabkan salah sangka terhadap Yoo Ri (adik susuan Danial), Bella membawa diri ke Seoul.
Danial Lee menjejaki Bella ke Seoul dan cinta mereka mula kembang mekar di sana. Mereka bahagia sehingga diganggu oleh kedatangan Yoo Ri dan Zara (Janna Nick) yang cuba menggangu perkahwinan mereka.
REVIEW
Peringatan. Ini adalah review daripada seseorang yang membaca novel Kimchi Untuk Awak. Mungkin berbeza daripada mereka yang hanya menonton filem saja ☺
Apa yang aku bayangkan semasa membaca novel adalah sama diterjemahkan dalam filem. Dan ini membuatkan aku suka akan filem ini.
Yes. Story is cliche. As always kalau cerita datang daripada novel kan? You should know already. Hihi.
Lakonan
Emma Maembong as Bella sama seperti yang aku bayangkan. Gerak geri dan personaliti! Manakala Aiman, okay, aku ingatkan orang Korea kacukan yang berlakon sebagai Danial. Haha. Mana nak dapat weii! Okay. Okay. Seperti biasa Aiman. Kalau berlakon jadi lelaki berlagak, annoying dan romantik, memang dia pandai lah. Tak payah nak cakap dah walaupun aku geli juga melihat. Hihi.
Sebenarnya, sungguh tidak manis apabila melihat babak Danial Lee mengendong Bella ketika menuju ke guest house dan Danial Lee yang menunjukkan aurat kepada Bella dan babak-babak romantik yang lain.
Ini adalah lakonan untuk menunjukkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri. Aku tahu hanya lakonan. Dalam novel pun, selepas mereka mula bercinta, adegan memang sumpah romantik! Itu yang hati sentiasa berbunga ketika baca novel 😜
Cuma apabila dilakonkan, adalah lebih baik mengambil pelakon wanita yang tidak berhijab untuk mengenakan hijab untuk membawa watak Bella. Biarlah hipokrit hanya mengenakan hijab ketika berlakon saja daripada status pelakon berhijab diperkatakan.
Aku suka watak Sharifah Sakinah. Kelakar! Nama sebenar Aminah, nama panggilan di Malaysia Minah tapi apabila di Korea, nama panggilan menjadi Min Ah 😆 Baru Korea katanya. Hihi. Kemunculan Sharifah Sakinah sekejap je. Tapi setiap kali ada watak Min Ah, mesti lawak!
Satu lagi watak kelakar adalah Ungku Haris yang membawa watak Faris. Faris yang suka sangat pada Bella dan sangat annoying. Sanggup datang meminta restu mak Bella dengan kostum pengantin. Sumpah lawak gila masa ni. Hihi.
Watak antagonis dibawa oleh Janna Nick sebagai Zara. Berkesan sungguh sampai rasa nak tampar Zara laju-laju. Rasa best bila Bella tampar Zara akhirnya. Yes! You go girl!
Lokasi Pengambaran di Korea
Paling aku suka apabila ada babak di Korea. Hihi. Babak paling best, menarik, daebak adalah masa Bella dan Danial Lee pergi ke Nami Island dengan menaiki Nami Skyline Zipwire Ziprider!! Ahhh bestnyaaaaaa! 😍 My wishlist nak pergi Nami Island naik Zipwire tau! Pemandangan sangat cantik!!!
Filem ini berjaya menunjukkan yang Korea itu cantik dari segi sinematografi 😍
Original Soundtrack Best
Lagu tema filem Kimchi Untuk Awak bertajuk Dia Untukku dan dinyanyikan oleh King of OST iaitu Ippo Hafiz. Feeling habis dengar lagu ni. Tambah lagi bila dengar lagu ni dalam filem. Fuhhh best!!! Suara Ippo Hafiz memang sesuai dijadikan lagu tema filem / drama. Mendayu-dayu rasa dengar 😊 Lirik pun 😍
Tuhan yakinkan aku
Dia untukku
Agar ku takkan luluh
Genggam tangannya
Suluhlah jalanku
Selama bersamanya
Dia untukku
Aku suka juga apabila novel adaptasi ini dijadikan filem. Jadinya, hanya dua jam aku mengambil masa untuk menonton. Kalau drama, dah makan berjam-jam. Kebiasaannya aku tengok di awal cerita je. Hii.
Pada yang membaca novel Kimchi Untuk Awak, bolehlah menonton filem ini. Yang tidak membaca novel pun boleh juga menonton. Cuma perasaan dan tanggapan anda untuk filem ini mungkin berlainan 😊
Rating: ★★★★
Aku beri 5 ★ untuk novel tapi tidak untuk filem. Sesungguhnya, novel jauh lagi best daripada filem 🙋
p/s: Aku dengan sabar menanti kemunculan filem pertama adaptasi novel Ramlee Awang Murshid bertajuk Tombiruo. Harap filem itu sebagus novelnya.