Aku beli buku ini ketika menjelajah ke setiap rak di Popular. Terpikat untuk membacanya setelah aku tahu isi kandungannya berupa kata-kata indah / quotes saja. Meingatkan aku pada buku yang pernah aku baca sebelum ini iaitu Kanvas by Muharikah.
Aku tidak membaca buku pertama daripada penulis Budak Tomato bertajuk Esc. Ini adalah buku kedua penulis.
Buku ini dibahagikan kepada lapan bahagian. Aku tak nampak beza antara setiap bahagian. Haha. Mungkin perbezaannya daripada segi tema quotes yang ingin disampaikan.
I love all inspiring quotes in this book. Ayat-ayat Budak Tomato mudah difahami dan dihadam. Penggunaan bahasa ringkas saja dan kebanyakkan quotes ada diberi dalam dwibahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi, mungkin ini memudahkan pembaca untuk lebih memahami setiap kata.
Kadang-kadang pemahaman kita berbeza apabila baca dalam berlainan bahasa. Eh ke sama? Haha. Aku rasa berbeza. Tak tahulah kalau orang lain. Hiks.
Penulis ini sangat santai. Aku suka gaya penulisannya daripada muka surat penghargaan lagi. Sempoi sungguh ayat. Tersenyum aku membacanya 😊
Buku yang pertama aku baca tanpa nombor muka surat. Hii. Kalau tengok aplikasi Goodreads pun tiada jumlah muka surat. Tiada siapa rajin mengira. Haha.
Dan satu lagi, ada juga disertakan Bahasa Arab dalam buku ni. Malunya nak mengaku yang aku tidak tahu membaca Bahasa Arab. Jenuh aku nak cuba faham tapi masih tak faham. Sesiapa yang pandai membaca Bahasa Arab, boleh cuba terangkan apa yang ditulis itu? 🙏
Setiap muka surat ada Bahasa Arab. Sangat sayang apabila aku tidak memahami 😔
Aku sertakan beberapa (macam banyak je) kata-kata indah / quotes dalam buku ini untuk dikongsi bersama. Mungkin selepas ini, korang akan terpikat dengan buku ini pula 😉
Well said! Sepenuh perasaan telah diletakkan dalam setiap penulisan tapi kadang-kadang rasa macam tak cukup. Rasa tak sampai je kepada pembaca. #DilemaSeorangBlogger . Adakah anda juga berasa begitu?
Ini adalah benar. Khabar angin itu sangat bahaya. Benda yang boleh memusnahkan bukan saja persahabatan malah apa jenis hubungan sekalipun. Orang yang menyebarkan khabar angin ini sangat menakutkan!
Oleh itu, lebih baik kita bertanya kepada tuan punya badan akan sesuatu khabar angin yang kita dengar. Cuma masalahnya, manusia lebih cenderung untuk mudah mempercayai khabar angin daripada perkara sebenar. Kan?
Masalah sekarang. Bila diberi teguran, dikatanya kita haters. Sedangkan kita ikhlas memberi teguran. Hmm. Kalau aku dapat orang camni, kadang-kadang aku biarkan je. Mulut berbuih dah bercakap. Daripada menyakitkan hati, baik diam. Settled. Haha.
Cuma kan, ada juga aku dengar cerita orang yang dihentam kerana selalu sangat post gambar anak / suami di media sosial. Bila selalu sangat post, dikatanya nak menunjuk. Bila tak post, dikatanya bergaduh dengan suami. Jadi macam mana sekarang?
Kalau bab selalu post gambar anak, aku suka je tengok. Suka tolong like. Hii. Mana tahu Insyallah ada rezeki ada anak nanti, aku pun buat benda yang sama. Haha.
Time Never Heals
Kata-kata yang membuatkan aku berfikir panjang dan relate dengan diri sendiri. Aku setuju dengan kata-kata ini. Bukan masa yang menyembuhkan, cuma kita suda terbiasa dengan sakit itu setelah sekian lama.
Di awal peninggalan arwah Mak, aku selalu termenung seorang diri dalam bilik. Air mata keluar tanpa disangka. Tambah lagi bila aku belajar. Arwah mak adalah insan yang akan menjenguk aku dalam bilik belajar walaupun sekejap setiap hari. Dan bila arwah Mak tiada, aku rasa kosong.
Aku berhenti belajar walaupun masa tu lagi dua bulan menghampiri SPM.
Dan lama-kelamaan, aku jadi lebih kuat dan berazam untuk belajar dan banggakan Mak. Aku tahu Mak nak aku berjaya dalam SPM. Jadi aku kuatkan hati untuk belajar. Dan masa ni, aku sangat bersyukur sebab aku bukan pelajar yang belajar last minute. Aku hanya perlu baca nota kecil yang aku dah buat. Nota itu menyelamatkan aku, dengan izin Allah.
![]() |
Al Fatihah untuk arwah Mak |
Kalaulah semudah A, B, C untuk amalkan semua benda yang difikirkan. Alangkah bagusnya. Yang penting hati dan fikiran kena kental dan masalah utama di sini adalah MALAS.
![]() |
Allah tidak akan biarkan kau sendirian. |
Sesungguhnya Allah menjaga aib kita. Maka tidak perlulah kita mengorek aib orang lain sedangkan aib diri sendiri sudah begitu banyak. Marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain. Kalau kita menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aib kita juga. Insyallah.
![]() |
Deep |
![]() |
LOVE Suka kata-kata dalam kedua-dua muka surat ini. “Give you my words, hoping that they can touch your heart” |
![]() |
Another symbolic of LOVE |
Aku teringat akan drama Korea Innocent Defendant masa baca kata-kata di atas. Haha. Teringat Ji Sung 😐Apabila dunia tidak berpihak kepada aku, adakah kau akan menemani aku? Sila tanya soalan ini kepada insan yang paling dekat dengan anda.
![]() |
Reminder #1 |
![]() |
Reminder #2 |
![]() |
Reminder #3 |
![]() |
Reminder #4 Hmm. Masih tidak memaafkan seseorang membuatkan aku terkesan dengan ayat ini. |
![]() |
See.Miracles.In.Life.Everyday. S.M.I.L.E. |
Jadi, ada pembaca yang dah terpikat dengan buku ni? It is really nice to read 😊
Rating: ★★★★★
“Untuk yang malas baca berjela, atau untuk yang mampu mendapat selaut makna dari beberapa kata. Have a go”. – Iman Publication.
Selamat pagi semua. Semoga hari ni penuh keberkatan dan senyuman 😊