Hello semua ~ Aku lambat dua hari untuk bercerita mengenai March 2017 Wrap Up. Sekarang entah kenapa blogging slump melanda diri. Sebulan hanya publish kurang daripada 15 entri saja.
Ada beberapa entri yang masih dalam draft hanya kerana aku malas nak ambil gambar. Entri itu tidak akan siap tanpa gambar. Dan apabila malas mengatasi segalanya, tidak jadi apa-apa nampaknya.
Apa pun, aku tetap siapkan juga Month Wrap Up post. Ini adalah post wajib dalam blog aku setiap bulan 😊
Mari dengar, eh baca, hihi, cerita aku dalam bulan March 2017 😊
PERSONAL
1. Kecewa dan Sedih. Korang semua tahu akan Big Sale Air Asia kan? Aku tak dapat beli tiket ke Korea for next year sebab aku tidak diberi pelepasan 😭 Satu team tidak boleh ada dua orang cuti serentak. But it all depend on each team. Team aku tak boleh lepaskan aku sebab mungkin ada KL Daylight which is we need to cover 100% workload. Jika tiada daylight, aku nak juga pergi Korea. Sheima, if you read this, please give me your permission okay 🤗 Please please 🙏
Rakan blogger, doakan aku juga pleaseeee 😇
2. Just Do It Sunday. Ohh lemah sungguh rasanya! Aku hanya join aktiviti ini untuk sehari saja. Minggu yang lain aku hanya lari 2 KM, lepas tu, aku join zumba. Hihi. Zumba is much more fun than running!! Yeahhhh ~
![]() |
Satu-satunya rekod 5 KM yang ada dalam bulan Mac T_T |
3. Seiras Tapi Tak Serupa. Haha. Okay ini sumpah lawak. Nak dijadikan cerita, aku pergi servis kereta Sabtu lepas. Sebelum tu, hari Rabu aku ada pergi ke tempat servis untuk booking. Elok aku masuk je tempat servis hari Sabtu lepas, semua staf (ada tiga orang) dalam tu pandang aku dan cakap, “haah sama lah. Sama weii”.
Aku pelik dan tertanya-tanya memandangkan aku sorang je customer dalam tempat servis tu (paling awal jam 8 pagi dah sampai) dan mestilah dorang tujukan percakapan itu untuk aku kan?
Rupanya, muka aku sama dengan anak kepada Kak Rina, salah seorang staf di situ. Dia tunjuk gambar anak dia yang baru 10 tahun tapi dah pandai bergaya dan tinggi juga.
Dan serius, aku bagaikan tengok aku dalam versi kecil. Cuma bezanya aku kurus sangat tinggal tulang je masa umur 10 tahun dan anak Kak Rina sama seperti aku sekarang. Haha. Lagi menyegankan, apabila Kak Rina cakap kat semua staf yang ada kat Perodua Servis dan semua tengok aku. Malu weii! 🙈
![]() |
Selfie dengan Kak Rina. Katanya nak tunjuk kat keluarga dia. Hii 😀 |
READING
Secara jujurnya, aku lemah juga bab membaca bulan lepas. Aku dah kurang masa membaca di pejabat memandangkan kerja semakin banyak (walaupun aku cakap boring tiap hari :p) dan malas buka buku ketika berada di rumah.
Namun begitu, di akhir minggu bulan Mac 2017, tetiba mood membaca datang dan aku berjaya juga habiskan pembacaan ^_^
So,
4. Finished Reading. Dua buku selesai dibaca bulan ini iaitu A Thousand Pieces of You by Claudia Gray dan WOR[L]D by Budak Tomato. Sebulan habiskan pembacaan untuk novel ATPOY dan satu jam saja untuk WOR[L]D. Aku malas nak buat review untuk ATPOY. Korang boleh baca review buku ini di blog Fatina ^_^ . Review buku WOR[L]D akan disiapkan nanti ye.
5. Currently Reading. Aku sedang baca novel terbaru daripada Ramlee Awang Murshid bertajuk Anding Ayangan. Kalau korang ada tengok insta story aku, pasti dah tahu aku bawa ke mana saja novel ni. Hihi.
Selain itu, sekarang aku baca manga pulak! Haha. Setelah 8 tahun meninggalkannya 😀 Ini semua kerana terjebak dengan Budak Vanilla. BV ada suggest satu aplikasi Manga Reader dan aku pun download. Weiii, banyak gila manga dalam tu dan senang dibaca sebab guna phone je. Pilih random, aku baca manga bertajuk Perfect Girl Evolution ^_^
WATCHING
6. Rancangan TV. Aku tengok Maharaja Lawak Mega je. Yang aku betul follow lah. Walaupun biasanya di akhir show, aku tertidur. Sedar-sedar dah umum siapa terkeluar. Haha. Jumaat lepas, peserta kegemaran aku semestinya Dazwin! Lawak gila wei! Ayat power dia sure power dan sangat #pickupline 😀
7. Filem. Tiga filem dalam bulan Mac. Sungguh, aku telah menjalinkan hubungan baik dengan MBO Cinema. Hihi. Kecewa sebab tak dapat tengok AdiwiraKu di pawagam. Filem tu tak banyak slot ditayangkan. Tapi sekarang AdiwiraKu dah ada di Astro First. Aku subscribe nanti 🙂
Aku sangat rajin :p buat review filem. Makanya korang boleh baca di bawah ye. Kalau ada yang berkenan ☺
Review Filem | Power Rangers 2017
Review Filem } Beauty and The Beast 2017
Filem paling aku suka dalam bulan Mac 2017 semestinya jatuh kepada Beauty and The Beast 😍 Rasa nak tengok sekali lagi. Hihi.
8. Korean Drama. Done watched Innocent Defendant dan Romantic Doctor Teacher Kim. Love both drama! 😍 Currently watching Korean Drama adalah Whisper dan Strong Woman Do Bong Soon. Storyline in Whisper berat sikit manakala storyline sangat ringan dan kelakar untuk Strong Woman Do Bong Soon. Matched!
BLOGGING
9. Rasanya korang dah perasan kot akan perubahan blog aku? Hanya tukar blog header dan warna blog saja. Bosan dengan warna hitam. Jadi tukar warna agar nampak berseri blog ini 😛
Nak beli template baru tapi nantilah dulu. Sedang mencari template yang berkenan di hati. Mungkin daripada ETSY atau PIPDIG? Haha.
10. Aku menggunakan perkhidmatan edit blog header daripada Mellya. Adik manis Mellya pandai edit blog header dan segalanya tau. Korang kalau blur bab coding dan tak tahu nak buat blog header cantik dan menarik, korang boleh terjah ke blog Mellya dan tengok hasil kerja Mellya. Dan apa lagi, lepas dah tengok, orderlah. Hii. Servis sangat memuaskan! 👍😊
11. Aku ada blog watermark yang baru juga. Asalnya aku order daripada Mellya tapi aku tukar sebab… Encik suami tetiba melayan untuk buat blog watermark dan dia siapkan dua watermark for my blog. As you can see in the pictures on this entry. Terima kasih encik suami 😍 Melayan isterimu, si blogger picisan ini 😁
FOOD
Food is my bestfriend. Haha. Aku nak berkongsi makanan yang telah dihadam dan menjadi lemak dalam badan aku sepanjang bulan Mac 2017. Hihi.
12. Nampak biasa tapi sedap! Nasi Manggey dan Coconut Shake di Warung Kita, Kg Sg Buloh. Kalau sekadar nak makanan ringkas bolehlah datang sini. Kalau rasa Klebang Melaka jauh, bolehlah datang ke sini juga. Coconut Shake di Warung Kita boleh tahan sedap!
Boleh waze je kalau nak ke sini. Taip Warung Kita Kg Sg Buloh. Pasti sampai tempat dituju.
13. Makanan pagi bersama Lontong + Rendang Ayam dan Nasi Lemak + Ayam Goreng + Paru Goreng Sambal di Restoran Hatinie, Seksyen 10, Shah Alam. Bagi aku, makanan yang kami makan ini biasa je rasanya.
Cuma Restoran Hatinie ini banyak sangat pilihan makanan. Ada nasi kerabu, sate, pelbagai lauk (walaupun belum tiba masa lunch), pelbagai bubur dan kuih, dan nasi dagang. Itu je yang aku ingat. Hii. Pasti akan rambang mata kalau ke sini. Tak percaya? Cuba pergi =)
14. Gulai Patin Tempoyak Temerloh segar di Tepi Sungai Pahang, Temerloh. Al kisahnya kami (aku, Hanis dan Tasha) ke Jengka untuk menghadiri jemputan kahwin rakan sekerja pada minggu lepas dan terus lajak ke Temerloh. Dapatlah makan gulai patin tempoyak. Sedap! Sedap! Sedap!
Aku juga pernah makan gulai patin tempoyak di Restoran Go Bang Maju Patin Tempoyak, Temerloh. Bagi aku, rasanya lebih kurang sama je. Hii.
15. Pada hari yang sama, dalam perjalanan pulang dari Temerloh, kami singgah pula di Kak Jun Durian di tepi Lebuhraya Karak-KL. Harga untuk satu kilo durian Musang King RM68, Musang Queen RM48 dan durian kampung RM12. Tak kisah harga yang penting sedap! Haha.
Aku rasa tak puas sangat makan durian di sini. Mungkin sebab kami datang petang, makanya pilihan durian tak banyak. Mujur semuanya sedap cuma aku pernah makan durian lagi sedap! 😋
16. Costa Coffee. Sedap weii! Tak terkata. Haha. Aku gemar perasa Vanila Latte. Costa Coffee hanya ada di sesetengah Shell saja. Baguslah. Kalau tidak, aku asyik beli je pula kang! :p
17. Anis Coffee dan Anis Choc Moist Cake. Both sedap! Aku sangat suka Anis Coffee perasa Coffee Latte. Sedap cuma agak manis for me. Kedua-dua produk ini boleh beli di Petronas ^_^
Seperti biasa, aku akan akhiri entri Month Wrap Up dengan random pictures yang aku ambil. Sayangnya bulan lepas, aku kurang mengambil gambar selain gambar makanan di atas. Haha.
So, here the pictures..
Haha. Gambar suami saja. Disebabkan dia maintain kurus, maka aku ambil gambar dia jela. Hii. Bersungguh tunggu di tepi pokok untuk snap gambar laki sendiri. Orang tengok pelik je. Kau datang senaman atau nak ambil gambar? Mungkin nampak beriya cara aku mengambil gambar. Orang tak berseni memang begitu. Aksi lebih daripada hasil gambar 😝
![]() |
Untunglah kurus =D #salahkandirisendiri |
Sekian saja entri March 2017 Wrap Up. Macam panjang je entri ni. Panjang dengan gambar makanan je nanye. Hihi.
So, how’s your March 2017?