Berita gembira pada hari ini untuk semua peminat Gantung The Series. Secara rasminya, Gantung The Series boleh ditonton secara halal di Astro First. Tak sangka Astro First menjadi platform untuk tayangan di Malaysia.
Penulis buku Gantung The Series, Nadia Khan, melalui akaun Twitter beliau juga turut melahirkan perasaan terkejut dengan tayangan Gantung The Series di Malaysia yang berlaku secara mengejut dan tanpa promosi. Tapi beliau yakin bahawa ramai peminat Gantung The Series yang akan bagi sokongan pada drama bersiri ini di Malaysia.
Dan akulah salah seorang daripada peminat Gantung The Series. Terus subsribe di Astro First sebaik saja baca tweet Nadia Khan 😄
Bak kata The Musketeers, please re-support Gantung The Series bila dah ditayangkan di Malaysia. Aku dengar cakap The Musketeers 😜
Tengok sekali lagi walaupun aku sempat tengok drama bersiri ini secara haram di laman sosial. Hihi.
Gantung The Series dah keluar di Astro First. Ada 8 episod (1 episod = 45 minit) untuk harga RM15.90 dan boleh ditonton selama 10 hari. 10 hari wei!! Lama betul haa.
Jadi, aku menyeru kepada semua peminat Gantung The Series di Malaysia untuk re-support Gantung The Series di Astro First agar kita boleh menonton Gantung The Series Season 2 😁
Happy watching, all ~ ^_^