KL Special Force merupakan filem aksi terbaru tahun 2018 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios. Filem ini mengisahkan sekumpulan unit khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk membanteras kegiatan perompak yang mengelarkan diri mereka Geng Anarkis.
Ini adalah satu filem tempatan yang aku nantikan untuk tengok. Tak sabar nak tengok punya pasal, makanya aku dan suami pergi menonton filem ini pada hari Rabu malam, 7 Mac 2018. Nampak semangat tak kat situ? 😀
Persoalannya sekarang, adakah kumpulan unit khas PDRM yang dinyatakan dalam filem ini adalah sama dengan Unit Tindak Khas (UTK) yang diketengahkan dalam filem J Revolusi? Berapa banyak unit tindakan khas dimiliki oleh PDRM? Siapa polis atau ada pengetahuan mengenai unit khas PDRM, mohon berkongsi di sini 🤔
Tapi aku rasa sama Unit Tindakan Khas dalam kedua-dua filem ini. Dah nama pun sama. Haha.
SINOPSIS
Sekumpulan Unit Khas PDRM diketuai oleh Roslan (Rosyam Nor) berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang dikenali sebagai Geng Anarkis. Ketua Geng Anarkis adalah Ashraff (Syamsul Yusof).
Zul (Fattah Amin) pegawai polis baru telah diserapkan dalam Unit Tindakan Khas untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaan.
Situasi menjadi semakin rumit apabila Ashraff memainkan peranan dalam memanipulasikan minda, perasaan lalu menimbulkan syak wasangka di antara Roslan dan Zul.
Sebuah rahsia bakal terbongkar dalam Geng Anarkis yang membawa kepada perkara yang menyebabkan mereka melakukan aktiviti rompakan apabila Geng Anarkis merompak bank kepunyaan Dato Mior.
Apakah rahsia tersebut? Bagaimana hubungan antara Roslan dan Zul? Adakah mereka berjaya menumpaskan Geng Anarkis?
Jeng.. Jeng.. Jeng..
REVIEW
*Aku cuba untuk tidak bagi spoiler* *Ini hanya review peribadi aku*
Apa yang patut aku katakan mengenai filem ini ek? Hmm yang pastinya perasaan aku hanya mendatar saja selepas filem ini berakhir. Tidak begitu mengujakan aku.
Bukan sebab filem ini tak best. Bagi aku filem ini okay, storyline menarik (walaupun boleh agak apa yang bakal terjadi), aksi dan lakonan terbaik.
Cuma entahlah. Seperti ada sesuatu yang tertinggal dalam filem ini. Aku pun tak pasti apa. Mungkin aku ngantok kot masa tengok filem ni sampai tak boleh berfikir dengan waras? Haha.
LAKONAN TERBAIK
Tidak perlu disangkal lagi kehebatan lakonan Datuk Rosyam Nor. Beliau merupakan hero utama dalam filem ini. Walaupun dah agak berusia, lakonan Datuk Rosyam Nor masih mantap. Ala-ala pelakon lelaki Hollywood yang seusia dengannya.
Semakin lama lakonan Syamsul Yusof semakin baik dan berkesan. Dulu nampak macam lakonan jadian, haha, sekarang dah makin bagus. Geram je tengok muka berlagak Syamsul Yusof dalam filem ni 😀
Fattah Amin. Haaaaaaaaaaaaa! Panjang haaaaa weiii! 😆 Pertama kali melihat Fattah Amin berlakon filem aksi, darah sana sini, lari laju, lompat sana sini dan ternyata Fattah Amin boleh keluar daripada kepompong pelakon kayu. Lakonannya bagus dan menjadi. Masa babak akhir, nampak muka Fattah Amin berdarah sungguh, rasa nak ketawa pun ada. Macam tak padan muka handsome tapi berdarah bagai. Dah nama filem aksi kan. Kalau tak berdarah, apakah? Aku ni pun. Haha.
Miss Fazura kata suami dia hot dalam filem ni. Bolehlah aku setuju walau agak menyampah bila Fattah Amin buat perangai ikut kepala dia je. Haha.
![]() |
Credit photo here |
AKSI LAGAK NGERI, ADEGAN LETUPAN dan AKSI TEMBAK MENEMBAK
Aksi lagak ngeri dikatakan dibuat sendiri oleh pelakon dan mendapat tunjuk ajar daripada pakar lagak ngeri. Kalau benar apa yang dikata, terbaik lakonan Fattah Amin dan Datuk Rosyam Nor. Banyak aksi lagak ngeri daripada mereka.
Bagi aku terlalu banyak aksi tembak menembak sampai aku pening. Haha. Dah nama filem aksi banteras perompak, mestilah banyak aksi menembak kan. Adoi lah. Bagi aku too much kot. Tapi bertepatan dengan filem aksi ngeri yang ditonjolkan.
Aksi letupan, kereta terbakar, terbalik sana sini 👍
Hanya 10% kesan khas yang telah dibuat dalam filem ini. Suka juga filem yang tidak bergantung dengan kesan khas semata.
![]() |
Credit photo : @thehitmannazri – Instagram |
Ada juga beberapa mesej yang diketengahkan dalam filem ini. Antaranya adalah:
Rasuah Membinasakan Masyarakat
Ditunjukkan dengan jelas dalam filem ni. Ashraff yang cuba merasuah pihak polis agar membantunya dalam aktiviti rompakan. Selain itu, ada orang kaya yang ada duit dan menggunakan duit untuk melepaskan diri daripada hukuman. Money can buy anything. Hmm.
Cara Salah Untuk Mengubah Dunia
Kejadian buruk yang berlaku ketika Ashraff remaja membuatkan dia menjadi perompak. Mengejar kekayaan kerana dia percaya bahawa hanya kekayaan mampu membinasakan mereka yang memberi rasuah. Dia mahu menggunakan duit untuk melawan orang yang berduit.
Niat baik Ashraff untuk mengubah dunia agar tidak ada penindasan tapi cara yang digunakan tetap salah.
Syak Wasangka dengan Ahli Kumpulan
Aku geram menyaksikan sikap buruk sangka antara Roslan dan Zul sehingga hampir menghancurkan kumpulan mereka. Rasa nak cepuk muka dorang. Haha.
Aku bebel kat suami pasal buruk sangka ni dan suami cakap mereka (UTK) memang diajar untuk buruk sangka terhadap semua orang termasuk keluarga dan ahli kumpulan. Mereka perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembelotan. Lepas suami dah cakap camtu, aku terus diam jela. Tak jadi nak bebel panjang. Haha.
Dalam kehidupan, tak payah buruk sangka sangat. Nanti hidup tak tenang tau.
Aku suka akan kata-kata terakhir daripada Roslan di penghujung filem ini. Lebih kurang camni lah ayat dia, aku tak ingat exact words 😅
Rating: 4/5 bintang
Kalau berminat, korang boleh menonton filem ini di pawagam berdekatan bermula 8 Mac 2018. Selamat menonton ^_^