Alhamdullilah. Sekarang tibalah masa untuk menganjurkan giveaway kedua di blog Siqahiqa.
Giveaway ini sepatutnya berlaku selepas aku pulang dari Korea tapi sayangnya impian aku ke Korea pada tahun ini tidak menjadi kenyataan 😭 Sedih memang sedih. Tak terkata sedih tambah lagi bila melihat gambar cherry blossom yang tengah full bloom.
Tapi apakan daya, keizinan suami sangat penting jika mahu meluangkan masa bersama kawan-kawan. Untuk tahun ini, aku tidak mendapat keizinan suami ke Korea. Mungkin nanti ada rezeki kami ke sana bersama-sama. InshaAllah. Sentiasa bersangka baik dan moga dibukakan hatinya 😊
Dah boleh senyum. Yeayy! Haha.
Disebabkan tak pergi Korea, makanya hadiah bukan dari Korea ye. Hadiah dalam giveaway ini adalah 100% dari Malaysia. Hihi.
Apakah hadiah giveaway blog Siqahiqa pada kali ini? Jeng. Jeng. Jeng. Eh sebelum itu, kenapa giveaway ini aku namakan Letter of Happiness Giveaway? Nama giveaway ini diambil berdasarkan dua hadiah utama yang menjadi pilihan aku dalam giveaway kedua blog ini.
Dan hadiah yang aku pilih adalah barang/benda yang aku suka. Yes. Aku hanya bagi hadiah benda yang aku suka je dengan harapan korang pun suka jugak lah 😀
![]() |
||
Dua Hadiah Utama: Love Letter + Love & Happiness |
Hadiah yang bakal dimenangi dalam giveaway kedua blog ini adalah:
1) dUCk Scarf (New): Matte Satin Silk in Love Letter
![]() |
MSS in Love Letter |
Kalau korang dah lama follow aku, rasanya mesti dah tahu yang aku adalah salah seorang dUCkies 😀 Aku sangat suka akan dUCk scarf dan material paling aku suka untuk Premium Basic dUCk adalah Matte Satin Silk dan inilah juga yang aku pilih sebagai hadiah utama giveaway ini.
Aku memilih salah satu warna kegemaran aku dalam range Matte Satin Silk yang diberi nama Love Letter. Warnanya sangat cantik. Percayalah 😍
Boleh baca entri aku mengenai MSS dalam entri >> My Most Favourite of Premium Basic Duckscarves – Matte Satin Silk.
2) Book (New) : Love & Happiness by Yasmin Mogahed
![]() |
Love & Happiness by Yasmin Mogahed |
Buku dan aku tidak dapat dipisahkan 😁 Jadi, buku mesti ada dalam senarai hadiah giveaway. Aku memilih buku Love & Happiness by Yasmin Mogahed sebab aku suka sangat dengan buku ini. Serius!!
I loved everything about this book! Everything! Dan lepas baca buku ni, memang ada niat untuk aku jadikan hadiah dalam giveaway dan taadaaa, ianya berlaku sekarang 😀
Happy to share a good book with you. Nak tahu lebih mengenai buku ini, boleh baca review aku dalam entri >>> Book Review | Love & Happiness by Yasmin Mogahed.
Lagi satu sebab aku suka bagi buku dalam hadiah giveaway adalah untuk mengalakkan rakan blogger membaca. Hihi.
3) dUCk Notebook (New) : Stuff-It Notebook in Blush
![]() |
Stuff-It Notebook in Blush by The Duck Group |
Satu-satunya dUCk notebook yang aku guna sekarang. Aku suka Stuff-It Notebook sebab ada zipper pocket yang memudahkan untuk letak pen, duit, dan segalanya. Kalau malas nak bawa handbag, bawa notebook ini pun sudah memadai. Sumbat semua dalam pocket zipper.
Cuma aku guna notebook ini untuk simpan semua resit yang boleh digunakan untuk claim tax tahun hadapan. Mesti tak hilang dah resit aku. Hihi.
Harap berguna juga hadiah ini untuk pemenang tempat ketiga.
Okay. Semua hadiah giveaway telah dinyatakan. Kini nak nyatakan syarat penyertaan giveaway pula. Senang je syarat penyertaan. Perkataan follow yang korang akan jumpa. Hihi.
Syarat Penyertaan Giveaway:
1. Follow Blog Siqahiqa (follower gadget ada di page footer)
2. Follow Facebook page BLOG SIQAHIQA
3. Follow Instagram @haqisfila dan @siqahiqa_
4. Copy banner dan buat satu entri bertajuk “Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa”. (please backlink).
5. Publish entri anda dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini.
Senang kan?? Semua syarat penyertaan mesti dibuat ye. Aku tak akan check sebab aku percaya semua rakan blogger jujur orangnya. Mesti kita semua nak jadi orang yang jujur kan? Hii 😎
Kalau rajin, korang boleh juga kongsi apa yang korang suka/tidak suka dalam blog aku. Kalau rajin atau ada banyak lebihan masa. Ini bukan syarat tau. Saja suka-suka. Nak tahu juga pendapat korang mengenai blog picisan aku ni 🙈
Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 13 April – 13 May 2018. Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan konsep lucky draw yang akan aku cabut sendiri. Kali ni, aku tak nak menggunakan khidmat random number generator.
Pemenang akan diumumkan dalam masa seminggu dari tarikh tamat.
Jemput semua rakan blogger untuk memeriahkan giveaway kedua blog ini dan selamat berjaya ^_^
p/s: jemput juga join segmen pertama blog ini >> Segmen : Making A Blog List by Blog Siqahiqa