Hello semua ~ Alhamdullilah. Hari ni masuk hari ke-8 kita berpuasa. Sekejap je masa berlalu, kini dah tiba bulan Jun 2017 dan tiba masa untuk menaip entri mengenai May 2017 Wrap Up.
Aku ada buat entri mengenai A Little Life Update pada minggu lepas. Jadinya, tak banyak nak diceritakan dalam entri wrap up ini.
Still, here’s my story in May 2017 😊
PERSONAL
1. Boleh tak aku nak gelak dulu sebelum cerita kisah pertama? 😆Weiii!! Perkara yang sangat memalukan telah berlaku pada 4 May 2017 iaitu.. Jeng.. Jeng.. Jeng..
Aku pakai baju terbalik!!! Serius!! Kalau tudung terbalik tu perkara biasa, pernah juga aku pakai tudung terbalik sebenarnya, tapi kalau pakai baju terbalik, aduhai, pertama kali terjadi dan sangat memalukan.
Aku siap bertegur sapa dengan kawan sementara menanti lif. Berdiri di hadapan sekali dalam lif. Lif penuh pulak tu. Mesti ada yang perasan aku pakai baju terbalik kan?
Aku sedar akan perkara ini selepas ditegur oleh Hanis. Fuhh! Malu gila 🙈 Aku terus pakai sweater selepas ditegur. Sebab masa tu tengah ada urgent payments, tak boleh nak pergi ladies room untuk alihkan baju.
Sehingga sekarang, aku pasti akan cek keadaan baju untuk pastikan ianya tidak terbalik sebelum pakai. Pengajaran sungguh. Hihi.
![]() |
See. Nampak ketara weii! Malu sihhhh 🙈 |
2. Phone masuk air di Sunway Lagoon. Sedih rasanya bila bercerita mengenai phone 😭 Pendek kata, phone aku tidak boleh dibaiki lagi. Aku beriya rendam dalam bekas beras selama dua minggu dan masih tak boleh on. Baru je jumpa Latif dari @digitalsupplyco untuk baiki phone dan hmm ternyata aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada phone aku. Tak boleh baiki dah 😭
![]() |
Peringatan. Terus repair phone masuk air dengan segera. Tak payah percaya pada bekas beras. Tak semua berkesan T_T |
![]() |
Bye ~ T_T |
3. Aku beli iPhone 7 Plus sebagai penganti untuk iPhone 6 Plus. Nangis terpaksa beli phone baru. Alang-alang beli, baik aku terus beli phone yang aku nak. Ingatkan nak beli phone baru masa iPhone 10 keluar nanti. Hehe.
Aku dah serik nak guna beg kalis air. Jadi, selepas ni, aku tak nak percaya lagi pada beg kalis air. Bukan semua beg kalis air tak bagus. Yang seal je kurang bagus rasanya. Huhu. Nak beli SJCAM!!
4. Larian 10 KM pertama dan mungkin yang terakhir dalam tahun ini. Hihi. Boleh baca kisah selanjutnya dalam entri 10 KM Finisher – Standard Chartered KL Marathon 2017 Story.
READING
Mood membaca berterusan kekal dalam bulan May. Hihi.5. Aku telah baca 8 buku (5 E-Books dan 3 physical book). Dalam 8 buku yang dibaca, aku hanya mampu siapkan satu review buku saja. Gila malas! =D
Review untuk buku bertajuk Words From A Wanderer by Alexandra Elle. Review buku yang lain masih berada dalam draft. Tak tahu bila nak siap tu haa. Jangan tahun depan sudah =p
Ada dua buah buku yang aku memilih untuk tidak buat review iaitu Terukir Cinta by Anna Lee dan Derita Cinta by Aisya Sofea. Dah terukir cinta jadi derita cinta pulak dah. Adoi. Sebab apa tak nak buat review? Jawapannya… MALAS dan hmm tak berminat 😅
![]() |
6. Terukir Cinta by Anna Lee (3★) 7. Ti Amo, Sweetheart 100 Hari by Suri Ryana (4★) 8. Derita Cinta by Aisya Sofea (3★) |
BLOGGING
6. Aku pulun siapkan entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip dalam awal bulan May. Bersungguh siapkan entri Pulau Redang sehingga aku mengabaikan entri Month Wrap Up yang sentiasa menjadi entri pertama bagi setiap bulan.
Nasib baik juga aku siapkan entri Pulau Redang awal. Tidak disangka phone masuk air pulak. Selepas kejadian itu, aku mengalami blogging slump yang agak lama. Huhu.
7. Sindrom blogging slump juga menyebabkan aku jarang blogwalking di blog rakan blogger semua. Aku akan lawat blog korang nanti ye. Terima kasih sebab sudi singgah blog blogger picisan aku ni. Terima kasih sebab tidak melupakan aku ^_^
WATCHING
8. Malay Drama. Setelah sekian lama, akhirnya kini aku mula mengikuti satu drama Melayu bertajuk Hero Seorang Cinderella (review novel DI SINI). Tiba-tiba aku jadi peminat Fattah Amin pulak. Haha. Sebenarnya aku suka watak Tengku Ian Uzzam yang dibawa oleh Fattah Amin. Seorang lelaki yang sentiasa mempercayai orang yang dia sayang. Tak mudah terpengaruh dengan kata-kata nista orang lain.
Dan apa yang aku bayangkan ketika membaca novel ini, semuanya ada pada Fattah Amin. Itu yang boleh terminat Fattah Amin pulak. Mungkin dalam drama ini jela 😛
9. Korean Drama. Sekarang, aku sedang menonton empat drama Korea. Banyak kan? Drama Korea ni dah makin berlumba-lumba pulak, semua best! Terpikat nak tengok mestilah sebab pelakon. Hehe.
The Emperor: Owner of the Mask
Main reason tengok drama ni adalah pelakon yang memegang watak hero dan heroin. Yoo Seung Ho dan Kim So Hyun. Suka sangat dorang. Handsome dan comel. Pelakon lain pun best jugak.
![]() |
Empat pelakon yang handsome dan comel <3 |
Suspicious Partner
![]() |
Asalkan ada Ji Chang Wook, mesti aku tengok!! <3 JCW comel. Suka heroin tapi tak nak mengaku :p |
Fight for My Way
![]() |
Suka mereka berdua! Drama ni kelakar! Hihi. Nak tahu bagaimana terjadinya hubungan mereka daripada kawan kepada kekasih <3 |
My Secret Romance
Okay. Drama ni cliche. Cliche tahap yang sangat cliche. Apa aku cakap ni? Haha.
Hero anak orang kaya bertemu dengan heroin (semestinya dalam kejadian yang tidak disangka). One night stand. Selepas tiga tahun bertemu kembali, hero buli heroin sehingga akhirnya jatuh cinta. Okay, fine. Memang hero jatuh cinta dengan heroin sejak tiga tahun lepas.
Sambung cerita. Mereka menjalinkan hubungan cinta tapi tidak berpanjangan. Diibaratkan seperti panas tidak hingga ke petang, hujan turun di tengahari. Berpisah atas sebab yang cliche. Hero tak nak heroin terluka sebab mungkin heroin tak boleh adapt dengan kehidupan dia (teringat apa yang jadi kat mak dia, diabaikan oleh ayahnya). Heroin bawa diri ke mana-mana daerah di Korea (bukan ke London okay :p).
Rasa rindu sangat pada heroin membuatkan hero mencari heroin kembali. Bertemu secara tidak sengaja dan cinta berpaut kembali.
Haa cliche kan?? Haha. Aku tahu drama ni sangat cliche tapi entah kenapa aku suka tengok. Hihi.
Antara empat drama Korea di atas, ada tak yang korang sedang tonton? 😀
FOOD
Tak banyak cerita mengenai makanan dalam bulan lepas. Bukan sebab aku kurang makan ye. Kuantiti makanan masih sama. Hihi.
10. Shell Out Delivery! Sedap teramat sedap! Tak cukup weii bila makan. Rasa nak ratah lauk je. Hihi. Boleh baca kisah terperinci mengenai Shell Out Delivery dalam ENTRI INI. Bulan puasa begini, sila tabah tengok gambar makanan ye. Aku pesan ni 😀
11. Durian!! Yeayyyy!! Aku, Hanis, Tasha dan Sheima pergi makan durian di kedai berdekatan pejabat, SS2 Petaling Jaya selepas kerja pada 25 May 2017. Sedapppppp!! Puas rasa dapat makan durian. Terasa boleh berpuasa dengan tenang. Haha.
12. Mangga Harum Manis. Alhamdullilah merasa juga makan mangga harum manis yang viral ni. Ada kawan sepejabat jual. Sheima dan Kak Ain yang beli. Kami yang lain jadi tukang rasa je. Hihi. Serius sedap dan manis! Bersesuaian dengan namanya.
13. Ohh hampir terlupa. Makanan lain ada aku cerita dalam entri Pulau Redang Holiday Trip >> Foods Hunting in Terengganu.
Tiada random pictures sebagai penutup entri May 2017 Wrap Up. Salahkan kemalasan aku 😅
That’s all from me =)
How’s your May? Exciting? Anything to share with me? ^_^