If you’re following me on social media, you will know that I have joined #KLSCM2019 last week on 29 Sep 2019. Jadi, post ini ditujukan khas untuk diri sendiri. Haha. Cerita di sebalik #KLSCM2019.
Pada mulanya aku membatalkan hasrat untuk berlari tahun ini memandangkan jerebu yang pada ketika itu masih memberikan bacaan IPU yang tidak sihat. Tapi, bila dah hari Jumaat, tengok jerebu makin okay, makanya aku mengambil keputusan untuk teruskan saja larian #KLSCM2019.
Hari Sabtu, aku bermalam di MPalace Hotel, Jalan TAR Kuala Lumpur bersama #gengmakan. Upgrade sikitlah tahun ni siap tidur kat hotel. Haha. Sayang sebab kakak aku tak dapat join #KLSCM2019 . Harapnya tahun depan ada rezeki kakak aku join. Dia dahlah semangat bab larian ni. Hii.
Malam Sabtu, kami berjalan-jalan ke Sogo dan pasar malam Jalan TAR. Membeli makanan bersungguh jugaklah. Konon nak ada tenaga masa lari keesokan hari ke camne? Haha. Bukan, bukan. Nafsu pelahap semata 😆



Sedikit mengenai MPalace Hotel. Ini adalah hotel baru. Jadi semuanya masih nampak baru. Hii. Best jugak tidur di hotel KL. Fefeeling tourist gitu 😁 Paling best bila kami dapat bilik dengan view Menara KL! Teruja betul kami tengok! Lagilah fefeeling tourist 😆 Kalau nak view Menara KL, rasanya korang kena tempah bilik family room ye.
Hari Ahad, walaupun tidur di hotel ye kawan-kawan, aku dan Hanis masih lambat untuk flight off. Haha. Tak boleh bla betul rasanya. Konon tidur hotel sebab tak nak lambat, sudahnya lambat jugak. Dahlah tempat flight off kat jalan depan hotel je 😅
Kami flight off jam 7.30 am begitulah. Tanpa breakfast. Minum air masak saja pagi tu. Rugi betul free breakfast hotel.
Disebabkan dah lambat start untuk Cruise, aku ketinggalan di belakang. Punyalah beriya jugak lari slow-slow sebab rasa boring sorang-sorang je lari. Akhirnya bertemu juga dengan peserta dalam Cruise. Larian diperlahankan. Hihi.
Bertambah perlahan larian dan berhenti sekejap untuk mengambil gambar. Yela, bukan senang kan nak berjalan sambil ambil gambar dengan tenang, tiada halangan kereta dan sebagainya. Walaupun ini bukan kali pertama join SCBKL Marathon, aku masih tetap utuh ambil gambar bangunan dan pemandangan 😁



Larian kembali diteruskan. Dalam 5KM larian, aku dah bertemu dengan geng peserta Leisure yang flight off nya 30 minit selepas Cruise. Masa ni, aku tak down pun. Haha. Sebab sebenarnya real reason aku join Cruise bukan sebab lari laju. Tapi sebab aku nak flight off awal je. Biar awal flight off, habis saing-saing dengan orang Leisure. Baguskan strategi? 😜
Start dari 7KM, kaki aku dah mula sakit. Bukan betis atau peha. Kaki bahagian tepi kiri dan kanan di tapak kaki. Apa aku cakap ni? Korang faham tak? Haha.

Pendek kata, aku salahkan kasut aku. Kasut aku not in a good shape kot. Maybe sebab ketat dah kecik ke apa. Jadi rasa padat. So kaki pun sakitlah. Huhu. Bermula dari 8KM, aku dah mula berjalan saja. Ada seorang peserta tegur aku sebab dia nampak aku terenjut-enjut jalan slow-slow. Aku cuma kata yang tapak kaki aku sakit, bukan kaki cramp. Terima kasih ye awak sebab concern 😊


Dah mula nampak Dataran Merdeka. Masa ni, aduh lega sangat rasa. Walau lagi 1 KM nak habis, aku masih setia berjalan saja dengan sangat perlahan sehingga ke Finish Line.
Alhamdullilah. Berjaya juga habiskan 10 KM.
Duduk dalam khemah, bukak kasut dan terus kaki cramp. Cramp gila sakit gila oiii! Tak pernah lagi aku sakit camni 😭 Bertahan saja duduk diam-diam kat bawah khemah. Aku tak bergerak langsung. Ambil gambar dengan kawan-kawan pun tak. Memang aku duduk je bawah khemah sampai lah bergerak balik ke hotel pada jam 10.30 am.
Kuatkan semangat jalan jugak walaupun kaki sakit gila. Ada lagi kesan-kesan cramp tapi yang paling sakit adalah bahagian tepi kanan dan kiri di tapak kaki. Memang sungguhlah aku rasa kasut aku yang tak bagus. Masa beli dua tahun lepas okay je, maybe sebab yela kaki dah besar. Haha. Fine! 🙄



Result daripada aplikasi Nike Run. Slow sungguh aku lari. Eh, bukan lari. Itu namanya berjalan-jalan di KL. Haha.

Tengoklah nombor aku tu. Sipi-sipi je lagi nak nombor akhir 🙈
Rasa ralat juga sebenarnya sebab tak boleh lakukan sehabis baik untuk #KLSCM2019. Tapi takpelah, InshaAllah tahun depan ada peluang boleh cuba lagi. Dan pastikan beli kasut baru dan training! Beli kasut lagi penting sekarang! ☺️

Satu-satunya gambar yang aku ambil selepas larian 10KM. Ini pun sebab nak bagi gambar kat group ws family. Takde ambil gambar di Dataran Merdeka, bersama kawan-kawan juga tiada, gambar aku bersama medal juga tiada. Punyalah sakit tue. Takde mood nak buat benda lain ~ 🤦🏻♀️

Apa pun, sehingga kita bertemu lagi, SCB KL Marathon in 2020. Harapnya masih berkesempatan untuk join tahun depan. Amin.
Good job to all #KLSCM2019 runners! 👍🏻👏🏻
p/s: kaki masih sakit sehingga sekarang. Layankan je ~ 😌
Thanks for reading!