
How to remove unwanted objects in photos. To be exact, in flat lay. Sebab contoh yang aku bagi dalam entri ini adalah pada gambar flat lay.
Rasanya aku dah cukup fokus ketika shoot flat lay tapi masih juga ada kecacatan di gambar flat lay itu. Dan paling haru bila aku dapat detect kecacatan itu semasa nak edit gambar dan semestinya pada ketika itu, segala props untuk flat lay telah dikemas.
For sure, aku malas nak ambil flat lay sekali lagi. Nak tunggu hari esok ketika ada natural lighting pula. Fuhh malas.
Jadi, aku cuba segala aplikasi yang sedia ada dalam phone ini untuk menghilangkan kecacatan dalam flat lay aku.
Mesti korang tertanya-tanya apakah kecacatan yang aku maksudkan? Sebenarnya kecacatan dalam gambar flat lay aku kecil saja tapi masih boleh mencacatkan dan menyemakkan mata yang melihat.
Ini adalah tutorial untuk buang kecacatan kecil pada flat lay dan bukan nak buang sepenuh object tau. Agaknya korang faham ke apa aku maksudkan di atas? Aku pun tengah pening nie. Haha.
Aku pasti dengan contoh gambar bersama cara-cara dan video yang akan aku letak di penghujung entri ini akan membuatkan korang faham kecacatan yang aku maksudkan dalam flat lay 😊
![]() |
Gambar asal. Sebelum edit. |
Nampak tak kecacatan dalam flatlay di atas? Kena besarkan mata dan tengok dengan teliti. Pastinya korang akan nampak satu perkara yang cacat dalam flatlay di atas.
Seperti yang aku cakap di atas, kecacatan kecil saja tapi kalau ternampak, rasa macam menyemakkan mata. Hihi.
Teliti gambar di sekitar dUCk charm. Korang nampak tak akan satu garisan di situ? Yang sangat menunjukkan bahawa aku tak iron shawl ini. Pemalas kan 😅
![]() |
||
Selepas edit |
Nampak tak garisan itu sudah berjaya dihilangkan? Malah kalau tengok flat lay di atas pun tak akan perasan sebenarnya flat lay di atas telah di-edit pada bahagian itu.
Jadi, aku nak berkongsi aplikasi yang aku guna untuk menghilangkan garisan dan kecacatan kecil pada flat lay. Bukan hanya untuk flat lay. Apa saja gambar pun boleh. Anything can 😁
APLIKASI:
ADOBE PHOTOSHOP FIX
Pelbagai aplikasi telah aku cuba untuk edit gambar flat lay ini termasuk aplikasi Snapseed. Tapi tak tahu jugak. Adobe Photoshop Fix adalah aplikasi terakhir yang aku guna dalam phone ni dan berjaya akhirnya.
Jenuh nak cari satu aplikasi yang boleh digunakan oleh aku dengan mudahnya. Gaya macam nak cari produk skincare pulak. Hehe.
Caranya mudah saja. Screen shot seperti di bawah dan korang boleh tengok video di hujung entri ini untuk lebih memahami tutorial ini. Terima kasih pada screen recording on iPhone.
Sila baca caption untuk langkah-langkahnya ya.
![]() |
1. Pilih gambar dan hanya perlu menggunakan Healing dan Smooth saja. |
![]() |
2. Klik Healing dan adjust size pensel. Aku panggil pensel. Hihi. Faham kan? 😀 |
![]() |
|
3. Letakkan pensel di bahagian/kecacatan yang hendak dihilangkan. Buat berkali-kali sehingga kecacatan itu hilang. |
![]() |
4. Selepas berpuas hati dengan hasil Healing, klik tanda ✔ . Seterusnya klik Smooth dan ulang langkah di atas. |
![]() |
|
Dan siap!! Now my flat lay is perfect. Takdelah nampak garisan itu lagi. Hihi. |
Senang je kan caranya? Dalam masa dua minit, korang boleh siapkan edit cara begini untuk kecacatan pada gambar yang ringkas.
Aku pernah cuba Snapseed untuk Healing juga tapi sumpah aku tak tahu guna. Blur sebab macam berganda pula jadi gambarnya. Aku tak faham fungsi lain di Snapseed kecuali add Brightness.
Makanya sangat bersyukur jumpa aplikasi Adobe Photoshop Fix untuk mencantikkan flat lay aku agar tidak nampak pelik. Hihi.
Aplikasi ini boleh didapati di App Store (iPhone) dan Play Store (Android).
![]() |
Cari benda tersembunyi 😀 Untuk gambar ini, aku hilangkan sehelai rambut. Nampak tak? 😀 |
Sampai sini saja entri ini. Harapnya korang faham apa yang aku cuba sampaikan. Kalau ada yang berminat untuk mencuba, silakan dan mari kongsikan dengan aku, hasil gambar korang 🙂
Lagi bagus kalau korang tak perlu guna aplikasi ini. Sebab itu tandanya flay lay / gambar korang dah sempurna. Tidak perlu menghilangkan apa yang tidak patut 😀
Aku akhiri entri ini dengan video mengenai topik ini, How to Remove Unwanted Objects in Photos. Harap korang lebih faham selepas menonton video ringkas di bawah.
p/s: Aku pernah berkongsi satu photography tips bertajuk Easy Tutorial | How I Edit My Flat Lay Photos – White Theme / Background. I will update another version of editing photo tutorial in future 🙂
Thank you for reading and have a beautiful day, all 😊