Bulan Februari terasa cepat berlalu. Mungkin kerana bulan Februari hanya mempunyai 28 hari saja. Dah makin dekat nak Aidilfitri maknanya. Haha. Awalnya fikir wei. Dah habis puasa ganti ke semua? ☺
Macam biasa, ini adalah post wajib setiap bulan. Hihi. Meh dengar, eh bukan dengar, baca kisah dalam hidup aku sepanjang bulan Februari 2017.
PERSONAL
1. Switched to Celcom. Akhirnya aku berubah telco. Dari Maxis ke Celcom. Ambil tindakan drastik untuk tukar ke Celcom kerana harga bil yang lebih murah daripada Maxis. Aku ambil plan First Gold yang berharga RM80 tanpa GST. Ada 20GB internet (10GB weekday + 10GB weekend). Cukuplah plan internet yang ada. Aku jarang online di tempat kerja. Di rumah dah ada WiFi. Jadi 20GB internet mencukupi bagi aku.
2. Kulit muka aku semakin pulih. Hihi. Tiada jerawat baru tumbuh tapi ada kesan jerawat yang lepas. Dalam proses menghilangkan kesan jerawat. Rajin cuci muka dan pakai krim malam juga. Ada sesiapa tahu produk untuk hilangkan kesan jerawat? Please share with me 😃
3. Just Do It Sunday. Aku buat aktiviti ini selama tiga minggu berturut-turut. Punyalah rajin dan semangat. OK, full disclosure: Sebenarnya, encik suami yang semangat sangat nak lari. Aku ikut saja. Buat semua aktiviti bersama akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri 💓👫
![]() |
Minggu keempat tak complete 5KM sebab aku berhenti separuh jalan. Pergi join zumba pulak. Lagi seronok zumba daripada lari 😀 |
4. Tujuh hari bekerja (6 Feb – 12 Feb). Terpaksa kerja on weekend untuk cover rakan sekerja yang MC. Satu team MC beb. Fuhhh! Penat sangat minggu tu. Tak boleh weii kerja 7 hari seminggu. Cukuplah sekali saja jadi perkara begini. Harap rakan sekerja aku cepat sembuh. Amin.
![]() |
Random snap gambar sunset ketika di pejabat 🙂 |
5. What happens when I do laundry alone? Haha. Aku pergi laundry seorang diri selepas hampir tiga tahun kahwin. Ketawa pada diri sendiri kerana tidak tahu membezakan antara tempat letak detergent dan softener 😆 Keliru. Aku luahkan perasaan di Twitter. Haha.
Ohh yes, I’m back on Twitter. Kepada rakan blogger yang ada Twitter, jom kita jadi kawan di sana nak? 😀
6. On 19 Feb, aku pergi ke Pusat Darah Negara Malaysia. Tapi sayangnya aku tidak layak untuk derma darah kerana iron tidak cukup. First time jadi camni.
BOOKS
7. Aku baca tiga buah buku dalam bulan Februari dan ini menjadikan my 2017 Reading Challenge Goodreads sudah ke angka 7/25 books 😃
- My Not So Perfect Life by Sophie Kinsella.
- All The Bright Places by Jennifer Niven
- Pena & Picagari by Dr. Khairul Hafidz
Semua review masih dalam draft. Aku cuba siapkan dalam bulan Mac. Lambat macam kura-kura aku sekarang. Atau lambat seperti siput? Antara kura-kura dan siput, siapa paling lambat? Soalan untuk readers. Hihi.
FOOD
8. Ohh makanan! Haha. Nak juga letak gambar makanan di blog. Macam dah jadi point wajib dalam setiap Month Wrap Up post 😉
KOREAN DRAMA & TV SHOW
9. Satu drama Korea habis ditonton iaitu Hwarang: The Poet Warrior Youth. Semua comel dan handsome dalam drama ni. Aku suka ending drama ni walaupun tunggu selama 18 episod, baru King bersemangat nak jadi King. Akhirnya!! Lambat weii kau sedar. Aigoo. Kenapa yang tengok drama Korea ni, pasti faham apa yang aku cakap.
10. Currently watching Korean Drama adalah Innocent Defendant (uishh geram, marah, semua cukup bila tengok drama ni), Romantic Doctor Teacher Kim, dan Tomorrow With You.
11. TV Show – Weekly Idol Big Bang Ep 284 & 285. Kelakar gila!! Best sungguh tengok mereka semua santai. Bye TOP! See you again in two years okay! Please come back!
Entri ini diakhiri dengan gambar yang aku ambil untuk bulan ini. Selalu pegang phone untuk ambil gambar. Dari sepuluh gambar yang diambil, mostly hanya satu atau dua yang cantik di mata aku. Hihi.
![]() |
Awan =) |
Gambar yang diambil semasa jogging di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
![]() |
Love. Love. Love. |
![]() |
KLCC. KL Tower. Istana Budaya. |
![]() |
Ini adalah gambar curi. Muahaha. Aku sedang berjalan mendaki bukit yang tak berapa tinggi di Taman Tasik Titiwangsa dan ternampak encik suami di sana. Terus snap gambar. Stalk suami sendiri 😀 |
![]() |
Haa. Gambar bunga pun aku snap jugak! Hahaha. Ini di Taman Tasik Kelana Jaya. |
Done my February 2017 Wrap Up. Thank you for reading 😊
How’s your February?